BENARKAH RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN SUSAH NAK HIDUP?


Rakyat susah, rakyat kelaparan dan rakyat menderita, itu ayat yang selalu kita dengar sewaktu era awal-awal gabungan pembangkang (Ketika itu) Pakatan Rakyat berjaya mendapat kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri.

Untuk melunakkan lagi ayat mereka, digunakan pula frasa-frasa seperti 'hutang makin membengkak', 'dana awam', 'duit rakyat' dan pelbagai lagi frasa yang menusuk jantung rakyat jelata.  

Macam sekarang la, frasa seperti 'ketimbang', 'tatakelola', 'kebinekaan' 'kesenjangan' dan ntah apa-apa lagi frasa yang tak tau datang dari mana, tapi bila perdana Menteri sendiri yang guna, siapa boleh halang kan?

Persoalannya sekarang ini ialah, benarkah rakyat Malaysia ni hidup semakin susah? 

Kita sorot balik kempen-kempen Pakatan rakyat dan Pakatan harapan beberapa tahun sebelum BN/UMNO tumbang.

Kerap kali ceramah-ceramah mereka, pembangkang tanam dalam minda masyarakat yang buta isu semasa yang rakyat hidup semakin menderita, rakyat semakin susah. sedangkan Ketika itu, pelbagai bantuan kepada rakyat sedang lebat disalurkan kepada rakyat, salah satu pantuan yang paling rakyat nanti-nantikan adalah BR1M.

Tetapi pembangkang ketika itu masih lagi berwirid rakyat hidup susah.

Kini mereka sudah menjadi kerajaan, kenapa nak marah pula kalau pembangkang kini berwirid, wirid yang sama 'rakyat makin susah, rakyat makin menderita' dulu masa rakyat hidup senang, (pr&ph) kata rakyat susah, sekarang pn gunakan senjata yang sama tembak kau balik. rileks la ph jangan koyak pulak.

Sebenarnya bukan semua rakyat Malaysia ni susah seperti yang digambarkan oleh pemimpin-pemimpin politik, saja je mereka nak membangkitkan kegusaran awam nak tunjuk yang seolah-olah Malaysia ni menghadapi krisis kebuluran dan krisis perkerjaan supaya rakyat yang sedikit kurang cerdik ini mengundi mereka untuk menjadi ahli parlimen dan ahli dewan negeri, dapat la mereka gaji dan elaun RM10 ribu ke RM15 ribu, kalau tak ada Langkah shereton atau tebuk atap, lepas 36 bulan dah on tittle untuk dapat pencen wakil rakyat, lepas dapat semua tu, ada ke mereka jengok rakyat?

Pembangkang kata mereka tak mampu jengok rakyat pasal peruntukan mereka kerajaan sekat, itu pun satu pembohongan juga tuan-tuan, sebenarnya peruntukan untuk Kawasan pembangkang ni ada jer yang kerajaan bagi, tetapi melalui agensi kerajaan di parlimen itu, bukan secara direct ke tangan wakil rakyat, sepatutnya mereka bersyukur tak perlu pening-pening kepala nak kira peruntukan, keluarkan satu surat ber-letter head ahli parlimen atau dewan negeri, bagi kepada agensi dan biar agensi kerajaan uruskan, lepas sebulan agansi tak buat kerja seperti yang diarahkan kau hentam la agensi tu kaw-kaw.

Bagi wakil kerajaan pula, walaupun peruntukan ada di parlimen mereka, mereka seolah-olah tak ada idea nak buat apa, tu lah dulu asyik membangkang jer, orang buat kerja tak nak tengok, ada satu Adun tu di Selangor, bila rakyat minta dia selesaikan soal lampu jalan dan masalah sampah di beberapa taman permainan, dia jerkah balik penduduk dengan kata 'saya mana ada duit' lahh rakyat bukan suruh pakai duit kau repair lampu jalan dan bersihkan taman permainan tu, orang suruh guna kuasa kau sebagai Adun untuk arahkan agensi buat kerja, ngok betul Adun tu.

Itulah dia Allah ni maha kaya, dulu kau fitnah kerajaan yang bantu rakyat, sekarang bila kau berkuasa kau sendiri pun tak mampu buat kerja macam kerajaan dulu. jadi rakyat dah boleh tengok siapa yang mampu membantu rakyat sebenarnya.

Nota: Yang paling teruk aku tengok rakyat Malaysia ni susah sewaktu rakyat kita angkat bendera putih. korang ingat lagi tak?

Nota: 

Barisan Alternatif: Gabungan (KEADILAN, PAS, DAP, PRM)

Pakatan Rakyat: Gabungan (PAS, PKR, DAP)

Pakatan Harapan: Gabungan (PKR, AMANAH, DAP + BERSATU)


Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.