Posts

Isu Bauksit: Lawan Rakyat Lawan - Tengku Puan Pahang...

Image
Fight people fight, (Lawan rakyat lawan). Demikian coretan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di dalam laman sosial Instagram milik baginda, @tengku_puan_pahang hari ini merujuk kepada isu perlombongan bauksit di negeri ini. Selain membuat coretan itu, Tunku Azizah Aminah Maimunah turut memuat naik keratan laporan Utusan Malaysia semalam bertajuk ‘Bauksit: Kabinet arah berhenti sementara.’ Walaupun mahu tindakan tegas diambil bagi menangani isu bauksit, Tengku Puan Pahang bertitah, tidak wajar kerajaan disalahkan sepenuhnya. “Memang sudah berlebihan. Jangan salahkan kerajaan sahaja. Salahkan juga pengusaha yang haram, salahkan juga tuan punya tanah. “Kita semua salah di sini,’’ titahnya yang mengulas laporan muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini bertajuk ‘Hentikan Terus lombong Bauksit’ yang turut dimuat naik di dalam Instagram milik baginda. Sedih dengan masalah bauksit yang ditanggung rakyat, Tengku Azizah Aminah Maimunah menyatak...

Tiada Tempat Untuk Parti PAN Sebagai Ahli Majlis PBT Di Selangor...

Image
PAS Selangor tidak akan memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mendapatkan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kerajaan negeri. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kemarahan akan timbul di kalangan ahli PAS di peringkat akar umbi sekiranya parti memberikan laluan. “Baru-baru ini di dalam pemilihan nazir masjid, calon-calon PAS yang berkebolehan tidak dipilih oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), walhal calon-calon Umno dan Amanah telah terpilih. “Jika PAS diminta memberi laluan pula untuk ahli majlis, ahli-ahli PAS di Selangor akan bertambah marah lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, kuota seharusnya diminta daripada DAP dan bukan PAS yang tidak ada hubungan politik dengan Amanah. “PAS tak ada hubungan dengan Amanah dan kuota sepatutnya diambil dari DAP yang ada hubungan baik dengan Amanah. “Saya bimbang dengan perkembangan ini kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan ba...

Kalau Bencikan Tun M Pon Jangan La Tuduh Merepek Macam Nie...

Image
Minta maaf ye, aku tak kisah la kalau orang umno nak berperang sesama sendiri, pengakhirannya umno akan kembali bersatu juga nanti... Tapi batu api macam anak hindu (panggilan orang kepada orang india) aku tak boleh terima... Demi benci dia pada tun dan nak bodek najib, sanggup dia kata pun al-arqam di haramkan kerana tun ikut telunjuk cina bukan sebab al-arqam itu sesat.... Apa punya bangang anak hindu sekor nie... Kau tak tau pasal agama Islam baik kau diam... Jangan nak memandai-mandai... Kalau nak kipas ke, kalau nak aircond ke, cari isu lain... Akidah umat Islam bukan untuk di permainkan...

Unit Tempur Tentera Darat Yang Sudah Tidak Wujud Lagi...

Image
UCIS telah digantikan dengan Platun tinjau (recon) dimana penugasan yang sama dilakukan dan juga Infantri Sniper dimana penugasan lebih kepada membunuh dan melumpuhkan keupayaan musuh dengan membunuh individu penting kepada musuh seperti CO, radioman, OC, Pengendali senjata bantuan. UCIS ataupun " Unit Combat Intelligence Section or Squad " juga dikenali sebagai "Risik Gempur" di tubuhkan dalam Rejimen Renjer. Pada awal penubuhan 1 Renjer, unit yang serupa turut dikenali sebagai "Platun Ngelaban". Unit ini merupakan unit elit di dalam setiap batalion Renjer dimana mempunyai kekuatan diantara satu seksyen sehingga satu platun. Pegawai2 dan anggota unit ini juga menjalani latihan yang lebih khusus dan lasak daripada anggota Renjer biasa hampir menyamai kepakaran unit Komando seperti menjalankan rondaan jangka panjang, risikan medan, payung terjun dan sebagainya. Unit ini kemudian di ganti dengan Sniper. Kursus Sniper Inf dan Tinjau Inf ajar ...

Adakah Kita Tinggal Di TONGSAN...???

Image
“Di mana kita tinggal? Tongsan?,” soal pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah yang mengecam campur tangan parti pembangkang negara ini dalam urusan pentadbiran Brunei. Beliau yang membidas campur tangan Parti Amanah Negara (PAN) mengenai sambutan Krismas di Brunei berkata, apabila orang Islam sudah menjadi jurucakap, pastinya ultra kiasu sangat seronok. Mereka, katanya, turut mendesak supaya Putrajaya campur tangan mendesak Kerajaan Brunei supaya meliberalkan sambutan perayaan kaum minoriti itu. “Di mana kita tinggal? Tongsan? Hormatilah perasaan bangsa majoriti dan undang-undang di sana. “Peliknya, Kristian di Brunei tidak terasa apa-apa pun. Kenapa kita gatal punggung? Sila baca artikel Harris Nasril, bertajuk Christmas in Brunei, a reader’s account, yang membuat kajian apa yang berlaku di sana,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini. Beliau turut membidas pemimpin politik pembangkang yang mahu menjadi jaguh kampung sehingga tidak menghormati prinsi...

PAS Beri Cadangan Pada Najib, Buang Menteri Dan Timbalan Menteri Yang Mengarut...

Image
PAS mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuang menteri dan timbalan menteri yang sering memberikan cadangan kontroversi kepada rakyat supaya perbelanjaan mengurus kerajaan dapat dikurangkan. Cadangan itu diletakkan paling atas dalam senarai 16 perkara yang disyorkan kepada kerajaan dan Najib bagi mengatasi kemelut ekonomi, kenaikan kos sara hidup dan membebaskan rakyat daripada terpaksa menanggung beban kerajaan yang dikatakan boros. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata beban yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini sudah mencapai tahap mencekik leher. Katanya, laporan pemberhentian pekerja oleh pelbagai sektor membabitkan ribuan kakitangan, serta kenaikan kos hidup kini memuramkan suasana sosio politik negara. “Ombak kemelesetan ekonomi sudah dirasai meskipun kerajaan yang suka bermain dengan nombor-nombor statistik dengan rakyat enggan mengakui secara terbuka. “Tapi sekurang-kurangnya ada seorang timbalan menteri yang sec...

VIDEO: Tolong Orang Pun Kena Tangkap....

Image
Menurut mangsa, polis terpaksa gari dia... Soalan, siapa yang paksa polis gari mamat tu??? Kenapa polis minta tahan reman 7 hari...??? Pelik jugak kes nie... Tengok video nie pulak... Betul ke kompleks kota raya KEBAL...???