Posts

Kehadiran Riza Dan Jho Low Ke Mahkamah Mampu Bersihkan Nama Najib...

Image
Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho, yang disebut dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap 1MDB, akan dipanggil membela diri pada 22 Ogos ini. Riza dan Jho Low serta beberapa nama lain yang disebut dokumen DOJ berpeluang mencabar tuntutan kerajaan Amerika yang mahu merampas aset mereka. Sekiranya mereka tidak tampil ke mahkamah, mahkamah akan beri perintah untuk membolehkan kerajaan Amerika merampas aset-aset ini. Tetapi sekiranya mereka tampil ke mahkamah, mereka boleh lawan tuntutan kerajaan Amerika itu dan sekaligus boleh membersihkan nama Najib. Sumber

Tiada Campur Tangan Asing Dalam Hal-Ehwal Negara Kita - Anifah Aman

Image
Alhamdulilah, menteri luar anifah aman mengesahkan, tiada campur tangan asing dalam urusan negara kita... Menurut anifah, apa yang dibuat oleh DoJ itu, hanya sekadar menyiasat pengubahan wang haram dan mencuci duit kotor yang berlaku di negara mereka (amerika)... itu adalah undang-undang mereka dan kita mesti menghormatinya...

AAM Tak Bayar Gaji Pekerja 4 Bulan, Ada Yang Telah Di Halau Dari Rumah Sewa...

Image
Persatuan Automobil Malaysia (AAM), penyedia perkhidmatan penyelenggaraan kereta di seluruh negara yang beroperasi sejak 1932, didakwa berdepan masalah kewangan. Ini susulan syarikat itu didakwa berdepan krisis ekonomi apabila tidak mampu membayar gaji kepada 300 pekerja sejak empat bulan lalu manakala sudah hampir setahun tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). AAM bukan syarikat kecil dan gemilang di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah ia diiktiraf sebagai pihak berkuasa permotoran yang bertindak sebagai jurucakap rasmi bagi pemilik kenderaan bermotor Malaysia dan memperjuangkan hak penggunaan selamat di jalan raya. Pekerja AAM, Mohamad Tajuddin Jailani, 48, berkata tindakan kejam AAM yang tidak membayar gaji kakitangan menyebabkan kehidupan mereka terjejas teruk. Katanya, ada pekerja yang berdepan dengan kereta ditarik bank, dihalau dari rumah kerana tidak ada wang untuk membayar sewa bulanan. “Sepanja...

Isu 1MDB Ibarat Bom Atom Kepada UMNO...

Image
Kali pertama tahun ini, ketua umno bahagian membangkitkan kebimbangan yang mana isu 1mdb boleh menjadi seperti bom atom yang boleh memusnahkan umno... Ketua umno bahagian shah alam dalam ucapanya sewaktu persidangan umno bahagian itu telah membagkitkan beberapa isu yang perlu ditangai segera oleh umno bagi menghadapi pru akan datang... Azahari shaari menegaskan, isu pengambilan pekerja asing, gst dan pengurangan subsidi oleh kerajaan sebagai satu isu yang boleh diibaratkan sebagai "bom atom" kepada umno dan harus di selesaikan segera... Pada aku ok la, sekurang-kurangnya masih ada lagi ketua umno bahagian yang nak bercakap pasal 1mdb ni dan tahu 1mdb ni punca segala masaalah kepada umno...

Pesta "Puja Umur" Anwar Ibrahim Di Depan Penjara Sungai Buloh Semalam...

Image
Pesta puja umur atau sambutan hari lahir anwar di anjurkan oleh otai reformasi 98... Kehadiran pada kiraan aku ada la kut sekitar 500 orang... Ramai juga pemimpin pembangkang yang hadir... Badrul Amin memulakan acara dengan bacaan doa... Saudari Anis Syafika dari pada Gerakan Tangkap MO1... Tien chua... Anak beranak Anwar Ibrahim... Ambiga... Wajah terbaru MP Sepang, Hanipa Maidin, katanya dia kini sudah 80 peratus recover dari penyakit stroke... Nik Nazmi, sexy bibir dia... Hanipa Maidin dalam ceramahnya mengatakan, dia rindu untuk berperang dengan umno dan ingin segera kembali ke parlimen, duduk dirumah bosan pasal rumahnya tak ada umno... Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1.... Kata Sivarasa, Majoriti pegawai penjara sungai buloh adalah penyokong reformasi... Mandeep Singh kata "MO1 itu adalah Najib Razak"...  Sape tak kenal awek ni, dia gila... Mahfudz Omar... Ha...

MITOLOGI : HANTU PENANGGAL DI ASIA SIRI 2

Image
Siri 2 : Penanggal Di Borneo KISAH BALAN-BALAN (BAJAU) DAN KUMOKODONG (KADAZAN) DI SABAH Menurut kepercayaan masyarakat Bajau Kota Belud, makhluk penanggalan ialah orang biasa yang masih hidup yang bertukar menjadi balan-balan apabila berlaku kelahiran atau kematian. Balan-balan ini adalah dalam bentuk jasad manusia yang berjalan diwaktu malam dan subuh apabila tercium bau kelahiran atau kematian, untuk mencuri bayi yang baru lahir dan tali pusat belum dipotong, atau jasad orang yang meninggal dunia. Balan-balan mencuri jasad dengan cara menjulurkan lidahnya dari bumbung atau dari bawah rumah, dan menggantikan jasad itu dengan batang pisang. Jasad yang dicuri akan dilenggang dalam perahu untuk ditukar menjadi ikan (ini versi kisah balan-balan daripada kaum Irranun, mungkin disebabkan mereka rata-ratanya berkerja sebagai nelayan). Balan-balan daripada kaum Bajau dan DusunTindal akan mencuri jasad dan memakan tali perutnya. Untuk mengetahui samada balan-balan berada ...

Perang Kelang: Pertempuran Keturunan Opu Bersaudara Bahagian Akhir...

Image
Bahagian Akhir... Sultan Abdul Samad terpaksa mengakui Raja Mahadi sebagai pemerintah Klang yang baru dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kedudukan baginda sebagai seorang sultan tersangatlah lemah kerana dikatakan baginda hanyalah seorang sultan yang ditabalkan mengikut adat semata-mata sahaja malah baginda tidak mempunyai askar dan kekuasaan yang kukuh.  Oleh itu, baginda mengambil langkah untuk mendiamkan diri sekiranya baginda mahu kekal lama di atas takhta. Walau bagaimana pun, baginda telah mengenakan cukai sebanyak $500 setiap bulan ke atas Raja Mahadi sebagai cukai pentadbiran Klang. Setelah berkuasa penuh di Klang, Raja Mahadi telah mabuk dengan kebudayaan, kejayaan dan kemenangan sehinggakan beliau tidak mahu bayar cukai tersebut dan ini membuatkan Sultan Abdul samad murka kepadanya.  Oleh itu, Sultan Abdul Samad telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan puterinya dengan Raja Mahadi dan baginda telah menikahkan puterinya itu dengan ...