Dah 3 Tahun Gereja Gay Beroperasi Di Malaysia Secara Senyap
Apabila paderi homoseksual tunggal Malaysia mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan gereja 'gay' atau 'sesama jenis lelaki' yang pertama di negara ini, beliau dihujani pelbagai kritikan dan bidasan.
Namun paderi Ouyang Wen Feng tidak mengalah dalam menghadapi tindakan kerajaan dan pemimpin agama untuk mengagalkan rancangannya itu. Homoseksual adalah satu jenayah di Malaysia dan boleh dihukum sehingga 20 tahun di penjara.
Menurut lapporan AFP, gereja yang ditubuhkannya itu beroperasi secara senyap di pinggir Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu dan menarik sekumpulan penganut Kristian 'gay' pada setiap Ahad dan menghadiri kelas mempelajari kita 'Injil'.
Tindakan Ouyang ini adalah hanya satu daripada tindakan beberapa pergerakkan yang berjuang untuk hak komuniti 'gay' di negara ini yang mahu hak mereka dihormati.
"Kita cuba menggalakan lebih ramai orang menyertai gereja kami,- bagi masyarakat Kristian untuk ke depan dan hidup secara semula jadi,” katanya yang sebelum ini pernah berkahwin selama sembilan tahun sebelum mengumumkan bahawa beliau juga seorang homoseksual pada tahun 2006.
"Sama ada seseorang itu 'gay' atau 'straight' atau 'dwi-seksual' - ini adalah orientasi seksual, ini bukan sesuatu yang kita lakukan yang men jadikan kita seseorang 'gay'.”
Ouyang berkata gerejanya juga menerima mereka yang 'dwi-seksual' dan kumpulan 'mak nyah' serta 'hetero-seksual' dan mahu golongan itu memahami bahawa mereka “tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.”
Comments
JUTAAN TERIMA KASIH kerana sudi mengunjungi blog kami...
Kami amat teruja dengan pengendalian blog anda dengan artikel2 yg amat bernas..
Semoga kita dapat berkongsi idea dalam memantapkan blog buat tatapan masyarakat.
Kami berharap agar pihak saudara dapat mempromosi blog kami ini..
Kami tlh linkkan blog anda di dalam blog pilihan di blog kami..
SEKIAN, SALAM KASIH DARI,
Melayu CinDia
Wakil blogger2 Gelombang Rakyat
Kan indah bunyinya. Ada tiga perkara itu anda sudah ahli gay hehehe.
Liberal itu kuncinya. "bebas tanpa sekatan" dalam pergaulan.