GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 1


GOLONGAN PERPECAHAN/TAKLID UMAT ISLAM

Perpecahan umat islam mulai timbul setelah nabi Muhammad saw wafat sewaktu jujungan besar berumur 63 tahun.Sehingga kini ia masih berlaku dan ia menjadi duri dalam daging untuk islam di seluruh dunia mencapai matlamat kemajuan dunia dan akhirat.Kita boleh lihat di dalam konteks ini dalam bentuk kepelbagaian ideologi pemikiran dan pembawaan dan walaupun tidak terlalu merbahaya namun ia tetap membawa kesan negatif kepada masyarakat.

Di Malaysia perpecahan di kalangan bangsa melayu yang beragama islam khasnya boleh dikategorikan ia di dalam bentuk cara tafsiran berbeza mengenai agama,corak pemikiran dan kerana mencari pengaruh politik.

Kita boleh klasifikasikan golongan perpecahan umat islam melalui susur galur sejarah bermula dengan ;

GOLONGAN KHAWARIJ

Mulai timbul pada tahun 37 hijrah selepas peristiwa majlis tahkim .khawarij bererti orang yang keluar ( dari pasukan tentera saidina ali r.a ) kerana membantah cadangan rundingan damai antara saidina ali r.a dan muawiyah.

Tanda-tanda sikap dan cara pemikiran mereka ialah sanggup MENGKAFIRKAN saudara seislam mereka sendiri termasuk saidina ali r.a hanya kerana membantah rancangan perdamaian yang disebut di atas.( bila melihat fakta ini maka dengan jelas sikap ini telah diamalkan oleh parti pas yang baru-baru ini ( disember 2003 ) telah mengistiharkan semua orang umno yang berjumlah 3.2 juta adalah dari golongan YAHUDI hanya kerana tidak menyokong dasar perjuangan jumud mereka ! )

Tuduhan kafir bukan sahaja terhad kepada saidina ali r.a malah turut melibatkan nama-nama para sahabat seperti saidina uthman,muawiyah,abu talhah,amru al-as hanya kerana mereka di atas tidak bersama-sama di dalam perjuangan sempit mereka.

Oleh kerana khawarij di anuti oleh pelbagai golongan maka telah banyak perkara-perkara bidaah yang bertentangan dengan nilai-nilai akhlak dan hokum syariah yang diperkatakan mereka.

Selepas golongan khawari ini tidak mendapat tempat dan sokongan maka timbul pula cabang dari kumpulan mereka yang dikenali sebagai syiah.

GOLONGAN SYIAH

Mulai timbul sewaktu penentangan pendapat antara mereka dan puak khawarij.syiah menyokong perdamaian saidina ali r.a .syiah bermaksud puak atau kumpulan.

Slogan perjuangan mereka adalah ‘semua sahabat ali adalah sahabat kami dan semua musuh ali adalah musuh kami’.( bila melihatkan fakta slogan ini maka kita dapat kaitkan isu ini kepada keadaan semasa dimana parti pas kerap kali mengistihar bahawa sesiapa yang menjadi ahli mereka adalah rakan manakala sesiapa yang tidak bersama mereka adalah musuh mereka.ini amat berlawanan dengan ayat al-quran surah alhujuraat ayat 10 yang bermaksud sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara

Puak syiah mempunyai tiga kelompok besar iaitu ghulat,imammiyah dan zadiyah.

Puak imammiyah mempunyai 12 imam besar dan mengikut kepercayaan mereka bahawa salah satu daripada imam mereka iaitu imam Muhammad al-mahdi tidak mati dan akan muncul pada akhi zaman.

Puak zaidiyah tidak sealiran dengan konsep imam mahdi yang dipelopori oleh puak imamiyah.mereka mengamalkan konsep sederhana di dalam amalan mereka.

Setelah golongan dua golongan ekstrem ini muncul maka timbullah pula satu puak golongan yang mengambil pendekatan sederhana iaitu golongan murjiah.

GOLONGAN MURJIAH

Dipercayai mulai timbul apabila pembunuhan menyanyat hati yang berlaku ke atas saidina uthman r.a .

Fahaman mereka berpegang kepada konsep tangguh ( irja’ ) dimana mereka menyatakan sikap mereka yang tidak berani menghukum sesuatu perkara di dunia kerana konsep menghukum hanya akan berlaku di akhirat.(ini berlawanan dengan sikap parti pas yang terang-terang dan berani menghukum semua orang melayu hanya orang melayu tidak bersama mereka.ugutan seperti ini sedikit sebanyak melahirkan juak-juak ahli mereka menjadi terlalu taksub kepada pemimpin mereka)

Konsep perjuangan mereka adalah berkecuali dan mudah dimana iman ( syahadah ) orang islam tidak tergugat walaupun mereka berdosa kecuali orang islam yang tidak mengakui keEsaan Allah swt.maka orang sebeginilah yang akan dihukum di akhirat kelak.

Seperti biasa apabila fahaman ini berkembang maka timbullah kepelbagaian pendapat didalam corak fahaman ini.akibat daripada ini maka timbullah dua golongan didalam kelompok ini yang dinamakan qadariyah (kebebasan manusia) dan jabariyah (kekuasaan Allah swt keatas manusia).

Comments

Anonymous said…
And also we ensure that when we enter in this specific blog site we see to it that the topic was cool to discuss and not a boring one.
Anonymous said…
Thanks to the owner of this blog. Ive enjoyed reading this topic.
Anonymous said…
Saing orang main loteri.....Lotto...

Memang dah sah tolak ISLAM. Tapi blogger ni Islam HAD HARI kot.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.