GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 3


PERSAMAAN DASAR PEMERINTAHAN ISLAM UMNO DAN PEMERINTAHAN RASULULLAH SAW,KHULAFA AR-RASHIDIN DAN KERAJAAN ISLAM.

Dasar pemerintahan umno terhadap memartabatkan islam dan melayu khasnya adalah berkait secara langsung dengan faktor-faktor bagaimana kebangkitan islam itu dimulai dengan menurut contoh junjungan besar nabi Muhammad saw,para sahabat,para tabiin dan kerajaan-kerajaan islam berikutnya.

Umno mengambil pendekatan yang cukup serius akan keperluan keutamaan yang telah dianjurkan.ini bagi memastikan bahawa tiada aspek di dalam mengejar kebaikan dunia dan akhirat tertinggal kerana konsep islam adalah cukup luas mencakupi keseluruhan hidup manusia.

Ini berdasarkan hadith rasulullah saw yang bersabda ‘ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu memegangnya kamu tidak akan sesat selama-lamanya.iaitu al-quran dan hadith’dan hadith lain yang berbunyi ‘berusahalah kea rah dunia seolah kamu hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok.’

Sepanjang pemerintahan kerajaan umno telah banyak dasar Negara islam digarap dan diimplementasi/diamalkan bagi memenuhi kehendak dan suruhan yang terkandung di dalam al-quran dan hadith.

Permaslahan pemantapan asas islam itu sendiri dijadikan faktor pertama menguatkan orang melayu.ini berdasarkan kepada sejarah umat dahulu bahawa akidah yang mantap secara langsung memberi kesan positif terhadap sumbangan individu dan masyarakat kepada agama,bangsa dan Negara.

Bertitik tolak daripada asas pemantapan akidah maka kita boleh mengklasifikasikan sumbangan pemerintahan kerajaan umno terhadap kekuatan islam itu terbahagi kepada beberapa faktor yang cukup penting antaranya penjanaan ilmu,kekuatan ekonomi,system politik,system masyarakat,ketenteraan,hubungan di diplomatik,pentadbiran dan pelbagai lagi sumbangan.

Malah bukti-bukti ini akan menunjukkan sebenarnya bahawa kerajaan pimpinan umno telah memenuhi syarat-syarat ayat al-quran,hadith dan ‘piagam madinah’ yang mempunya 47 fasal.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.