Menyingkap Komplot Dan Tipu Muslihat Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim dipercayai mula merancang untuk memusnahkan UMNO dan menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1990 menerusi penubuhan Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan).

Perkara ini pernah didedahkan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan iaitu Ikatan ditubuhkan pada 28 Februari 1990, sebelum dipercayai ditukar nama kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dalam usaha Anwar mencapai matlamatnya itu.
Fungsi "Ikatan" antara lain adalah merancang pembentukan satu 'sangkar kosong' pada 1990 untuk dipenuhi penyokong Anwar pada masa sesuai nanti.

Bila Anwar dipecat, diarahkan "burung-burung perjuangan" itu masuk dalam sangkar ini (Ikatan).
Ini bermakna sejak 1990, sudah mula ada rancangan ataupun komplot untuk menumbangkan Tun Dr. Mahathir dan UMNO. Selama sembilan tahun, parti ini (Ikatan) dipegang dalam diam-diam untuk dijadikan senjata (oleh Anwar). Dan akhirnya lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Anwar juga dipercayai merancang dengan begitu teliti dan cermat perancangannya sejak menyertai UMNO pada 1982 dengan harapan untuk diangkat ke tahap tertinggi dalam parti tetapi dalam masa yang sama menunjukkan sikap berbaik-baik dengan Tun Dr. Mahathir.
Anwar turut meletakkan semua rakannya dari Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) serta penyokongnya dalam UMNO ke merata tempat untuk memastikan rancangannya mencapai matlamat.

Di seluruh negara Anwar juga memasang 'mentol-mentol' dari Abim dalam usahanya 'mengAbimkan' UMNO, kalau tidak silap antara sebab-sebab Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan parti Semangat 46 adalah disebabkan angkara Anwar.
Tengku Razaleigh berpendapat wujudnya anasir yang cuba memusnahkan parti seperti tukang karut, tukang pecah-belah dan orang yang mahu menjahanamkan UMNO.
Lihatlah dimana Anwar meletakkan Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung Pas , Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden Pas) yang mana golongan ulama Pas menggelar mereka sebagai aliran sekular dalam kepimpinan ulama Pas.

Anasir ini (Anwar) yang tidak pernah rasai menjadi ketua cawangan, ketua bahagian atau kerja keras untuk UMNO tetapi mudah menjadi timbalan menteri dan menteri. Kemudian mahu lebih tinggi daripada itu.
Orang Melayu perlu mengetahui dan memahami perancangan sulit ini supaya mereka tidak mudah menerima kehadiran serta dakyah Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dan sekarang ini pun niatnya masih sama iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Yang menariknya Anwar sebagai Penasihat Umum PKR tetapi masih belum mendaftar sebagai ahli PKR. Mungkin ada muslihat disebaliknya.

Mungkin Anwar bercita-cita untuk menubuhkan satu lagi parti baru selepas beliau berjaya menjadi seorang ahli Parlimen sekiranya satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan dalam masa terdekat dan seterusnya dengan impiannya hendak menarik 30 orang ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk menyertainya.
Adakah Anwar melihat Datuk Seri Najib sebagai batu panghalang untuknya menjadi PM sehingga sanggup melakukan apa saja seperti yang dilakukan pada Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun yang lalu.

Apakah yang Anwar telah lakukan pada Allahyarham Tun Ghaffar Baba sehingga Tun Ghaffar berasakan beliau begitu terhina dan menjadi terlalu kerdil di dalam parti yang turut sama-sama didewasakannya sejak berpuluh-puluh tahun dahulu!
Jika dilihat dari apa yang berlaku sekarang tidak mustahil Anwar sanggup melakukannya sekali lagi dalam usahanya untuk menjatuh dan mengaibkan Datuk Seri Najib.
Datin Seri Wan Azizah tentu masih ingat sepuluh tahun yang lalu di mana Pas memperalatkan Keadilan dengan menjadikan kes Anwar sebagai batu loncatan untuk mengabui mata pengundi terhadap perjuangannya.

Sekarang Anwar pula mengguna dan memperalatkan Pas sebagai kuda tunggangnya untuk mencapai hajat dan cita-citanya menjadi PM.
Lihatlah bagaimana Anwar menyusun kedudukan Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung Pas manakala Nasaruddin Mat pula sebagai Timbalan Presiden Pas supaya senang untuk beliau menjalankan rancangannya.
Tindak tanduk Anwar sejak akhir-akhir ini boleh mengancam dan memporak- peranda keamanan negara.

Penulis berharap semua pemimpin dan ahli PKR tidak menjadikan masalah dihadapi Anwar sebagai penghalang kepada perpaduan bangsa Melayu.
Penulis menyeru Dr Wan Azizah agar mengambil langkah positif untuk kepentingan bangsa. Ingatlah yang PKR bukan lagi parti Melayu, kembalilah kepada perjuangan asal menerusi UMNO.
Kalau betul Anwar melakukan liwat, biarlah mahkamah yang menentukannya.

Comments

Anonymous said…
Kenapa orang2 Muslim Melayu dalam UMNO menyokong RASUAH dan SALAH GUNA kuasa di kalangan Pemimpin mereka.

Cuba tanya diri masing 2 mana lebeh penting menegakkan Keadilan-Kebenaran {Haqq) atau pura pura buat tidak tahu atau pejam mata.

Tidak kah Allah kamu Maha Melihat Maha Mendengar bahkan Allah kamu Maha Mengetahui hingga ke dalam hati kamu.

Orang2 Muslim yang sejati tetap memperolehi kemenangan jangan TAKUT kepada bangsa kamu.

Kuat kan Ke Imanan dan Ke Taqwaan.

Itu sahaja jangan terlalu asyik fikirkan bangsa Java, Rawa, Minang, Pattani, Banjar ... yang penting adalah Iman dan Taqwa.
Anonymous said…
Yang ada sekarang lagi banyak menipu.....

Tak payahlah kita nak andaikan kalau Anwar memerintah banyak penipuan.

Dah 50 tahun pun lagi nak tipu rakyat. Cukuplah
mrf said…
penipuan, rasuah, penindasan yang di canang oleh pembangkang hanya omong kosong..mereka terasa diri mereka ditindas oleh kerajaan atau hanya mendengar ceramah dan fitnah dari pas dan pkr..

PKR selepas ambil alih selangor dalam KDEB dah diselitkan adik beradik anwar sebagai penasihat bergaji RM20000..
dulu tuduh umno kronisma, so apa bezanya dengan anwar?lagi teruk tak sampai setengah tahun dah ambik kesempatan.
pegawai khas MB plak sabit rasuah. baru ambik alih kerajaan dah mcm2 hal jadik.tu belum ambik alih malaysia.

nik aziz ulamak yang disanjung pas kata hentikan muzakarah dengan umno sebab boleh pecahbelahkan pas.. Pas kelantan cakap tak guna muzakarah sebab dulu umno jual mahal, dah kalah teruk baru nak muzakarah..
komen aku sebagai insan yang digelar ulamak oleh penyokong pas nik aziz sepatutnya menyokong hal ini sebab boleh menyatupadukan umat sesama islam. salah satu peranan ulamak adalah menyatupadukan ummah..tapi dia lebih risaukan perpecahan dalam pas daripada penyatuan ummah. siap tuduh umno ada agenda nak pecah belahkan pas. isk2..ini satu lagi fitnah.

pas kelantan cakap dulu umno sombong, kenapa sekarang dah kalah teruk baru nak terhegeh2..
umno tak kalah teruk.BN yg kalah teruk..mca,mic gerakan semua hancur..UMNO?UMNO masih utuh mendapat sokongan rakyat.
siapa yang cadangkan muzakarah?bukan umno tetapi hadi awang..
kenapa umno terima cadangan hadi? sebab umno kini bukan dipimpin oleh mahathir, dipimpin oleh pak lah yang bersifat terbuka dan kepimpinan umno sekarang bukan lagi mcm dulu..masih ingat kah kamu semua pak lah memimpin tangan nik aziz semasa menuruni tangga pentas di kelantan?

benarkah paklah lebih terbuka..memang betul kerana anwar(pembangkang) di beri ruang muncul di kaca tv..
adakah anwar akan berbuat begitu jika menjadi PM? tentunya tidak kerana naib canselor unisel(milik kerajaan negeri) dipecat kerana pro umno. dan pengarah muzium selangor juga dipecat sebelum tamat kontrak.

azmin ali diberi peluang berjumpa dengan pak lah selama 1jam berbincang isu anwar. dalam kesibukan dan kepadatan jadual pak lah masih sudi bertemu azmin. sebelum itu wan azizah juga berpeluang bertemu paklah dan dia sendiri terkejut kesudian pak lah menemui beliau.

tapi malangnya apabila pak lah arahkan keselamatan anwar wajar diberi perhatian kerana anwar dakwa ada cubaan membunuh beliau, kerajaan pula dituduh menjadikan anwar sebagai pesalah paling besar sebab diiringi oleh deretan kereta dan anggota polis..

lu orang pikir la sendiri!!
czackPY said…
TAK HABIS-HABIS UMNO NIE BANGANG

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.