PAS Jangan Jadi Anjing Yang Menggelabah.

Cuba lu orang sorot kembali zaman sekolah dulu. Budak-budak ‘skema’ yang selalu menjadi pengawas ni, hanya bijak atas kertas. Konsep belajar menghafal. Tapi, nak praktik di dunia sebenar memang kelam-kabut. Memang selalu dibuli.

Begitu juga dengan PAS. Kebanyakan ustaz-ustaz suci ni tidak mempunyai imaginasi yang tinggi. Standard tipikal Melayu. Diberi statistik yang sama, fakta yang sama, dalil yang sama, akan berbezalah keupayaan imaginasi mereka berbanding manusia licik lain. Lemah!Suara mahu keluar dari Barisan Rakyat.
Secara profesionalnya, memang mereka berhak memberi pandangan mereka. Dan di sini wa menjawab secara profesional dengan kaedah wa.

Tidak pasti, apakah persimpangan yang dimaksudkan. Adakah :
1. PAS bergerak bersendirian.
2. PAS bergabung dengan UMNO.

PAS bergerak bersendirian.

Dengar sini ustaz-ustaz suci yang lembab. Ketika ini fokus utamanya ialah menumbangkan halangan besar kepada setiap kerja dakwah ustaz-ustaz suci sendiri. Barisan Nasional perlu ditumbangkan. Sekiranya PAS bergerak sendiri ketika sebelum BN ditumbangkan, mari kita senaraikan senarionya, wahai ustaz-ustaz suci, budak-budak skema / nerd yang lemah imaginasi :

1. Selangor + Perak akan menjadi milik BN. Jangan bermimpi ustaz-ustaz suci berpeluang berdakwah, memberi kuliah, bergerak dalam pentadbiran, mengimbangi / menasihati pentadbiran negeri seperti ini.
Ustaz-ustaz suci yang lemah imaginasi ini kembali seperti dahulu. Konon lantang bersuara. Tapi imaginasi sempit. Tidak sedar menjadi anjing. Lebih selesa lantang menyalak bukit dari jauh. Tanpa berpeluang fight dalam medan sebenar (pentadbiran).

2. Kedah menjadi negeri seterusnya tumbang PRU depan. Kerana tiada bantuan pengundi Barisan Rakyat. Jeling-jeling persempadanan semula ketika lalu. Jangan terlalu bengap. Kemarahan non muslim kepada BN akan berpindah kepada PAS sekiranya ketika ini (senario politik semasa ini) PAS tunduk kepada imaginasi tipikal Melayu ustaz-ustaz suci yang bengap ini.
Jika semuanya telah menjadi BN (kecuali Kelantan), maka gembiralah 800 000 ahli PAS menjadi anjing yang menyalak bukit seperti 50 tahun dahulu. Ianya adalah lebih baik dari cabaran 100 hari berada dalam pemerintahan. Berjuang di dalam pemerintahan.
Bengap ya amat. Baru kes konsert Caburator Dung / Ella dah putus asa, dah menggelabah, dah melatah. Tipikal bangang ahli agama genetik Melayu. Entah bagaimana la mahu menerajui Malaysia dalam paksi USA / dajal ini.

PAS bergabung dengan UMNO.

Senario politik semasa ini, dengan UMNO yang hampir karamnya, dengan sentimen anti UMNO yang turut melanda komponen BNnya, dengan kezaliman UMNO yang berada tahap tertingginya, sekiranya PAS tunduk kepada imaginasi bengap ustaz-ustaz suci, maka, malapetaka akan menimpa PAS. Mari kita lihat :

1. Demi imaginasi bangang ustaz-ustaz suci yang lebih selesa menjadi anjing, PAS akan berpecah dan terus berpecah.
a. Mula-mula PAS akan berpecah kepada 2. Satu golongan yang setuju menyertai UMNO, satu golongan yang tidak setuju dan terus kekal di Barisan Rakyat.
b. Kemudian, golongan yang berada di Barisan Rakyat akan terus berlogak dan berpecah apabila kestabilan pucuk pimpinan mereka belum matang.
c. Berlakulah satu situasi di mana ahli agama yang berada di dalam Barisan Rakyat akan berbalas salakan dengan ahli agama yang berada di dalam kerajaan (BN). Sedangkan pada ketika dahulu mereka adalah saudara sebantal dan setilam.
(Nampak atau tidak betapa bengapnya jenis manusia nerd ini. Menjadi ustaz / lawyer / jurutera / jawatan berpangkat kerana kaedah hafalan dan lurus-tekun belajar. Lurus yang membawa kepada bangang.)
Sanggupkah anda, generasi ketika PAS baru berada 100 hari dalam cabaran mengimbangi pemerintahan Barisan Rakyat, melihat akhirnya ahli agama menjadi anjing yang bergaduh sesama sendiri, semata-mata berasa lebih selesa menyalak dari jauh?
Sanggupkah anda?

PAS Jangan Jadi Anjing Yang Menggelabah.
http://adukataruna.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.