PAS tak takut ALLAH tapi Takut kat DAP..???

Pas sekali lagi terpaksa membuka pencak silat apabila terus diterjah rakan sekutunya DAP mengenai Negara Islam. Yang nyata walaupun secara terang-terang dan tanpa mengenal jemu DAP mempertikaikan perjuangan negara Islam, Pas masih lagi mampu untuk duduk semeja dengan rakan pakatannya itu.Pas seperti tidak berdaya untuk tegas memegang prinsipnya apabila diasak sebegitu rupa oleh DAP.

Nada pemimpin-pemimpin Pas semakin kendur terutama selepas pilihanraya umum lalu.Malah jauh dari itu, Pas sentiasa beralah termasuk isu kandang babi yang dipelopori pemimpin DAP. Bukan sahaja beralah malah pemimpin Pas membuat sokongan terbuka ditambah dengan fatwa-fatwa tertentu bagi menyakinkan para pengikutnya bahawa tiada salahnya menyokong kehendak menternak babi secara besar-besaran di Selangor.

Tidak diketahui di mana silapnya Pas bersikap sedemikian rupa. Kalau dibuat perbandingan pendekatan DAP ternyata jauh lebih berjaya meyakinkan Pas dalam isu babi berbanding dakwah Pas mengenai negara Islam.Dalam hal ini dan dalam keadaan suasana politik keuntungan politik ketika ini, tidak nampak cara bagaimana Pas hendak melawan kehendak DAP ini.Sebagai bukti Pas pada pilihanraya umum baru lalu tidak lagi lantang melaungkan perjuangan negara Islam seperti mana pilihanraya-pilihanraya umum lalu sebaliknya lebih menjurus kepada kesesuaian kempen untuk menjaga hati DAP.

Ramai yakin dalam keadaan sekarang pemimpin Pas terpaksa mengambil jalan selamat untuk tidak lantang menegakkan prinsipnya.Oleh yang sedemikian adalah lebih baik Pas menggugurkan sahaja agenda negara Islamnya seperti mana yang dituntut DAP.Yang mana patut jadi keutamaan Pas, sama ada lantang meneruskan prinsip agenda negara Islam tetapi kehilangan DAP dan undi kaum bukan Melayu atau tunduk atas kehendak DAP dengan menggugurkan negara Islam sekaligus meraih keuntungan politik.

Kalau mengikut keadaan sekarang, , sudah pasti Pas akan memilih pilihan yang kedua tadi.Atau pilihan alternatif mengambil pendekatan berbelit-belit agar dapat berkawan terus dengan DAP dan pada masa yang sama mengekalkan kepercayaan orang Melayu betapa tulusnya mereka memperjuangan negara Islam. Tunggu dan lihat.

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.