Pembangkang Perak makin bercelaru.

BN amat yakin parlimen Bukit Gantang akan dapat di tawan semula, berberapa minggu sebelum bakal Perdana Menteri Malaysia ke 6 Datuk Seri Najib mengumumkan calon untuk parlimen Bukit Gantang, kedengaran berita yang PAS Bukit Gantang telah berpecah, seramai lebih kurang 70 ahli PAS kawasan itu telah mengishtiharkan keluar parti, sewaktu roadshow penerangan UMNO yang di buat di Kampung Air Kuning yang di sertai oleh ADUN Cangkat Jering, YB Osman Jailu hari tu, perpecahan pembangkang ini makin ketara apa bila Timbalan Ketua Bahagian PKR Bukit Gantang iaitu Saudara Naim, Ketua Penerangan PKR dan berberapa Ajk Bahagian PKR Bukit Gantang turut sama hadir dalam roadshow itu.

Ada juga kedengaran bisik-bisik dari pihak PKR Perak yang kemungkinan sekiranya video sex liwat yang pelakon utamanya anwar ibrahim tersebar maka, PKR Perak akan di bubarkan bergitu juga dengan berberapa cawangan PAS yang di tubuhkan selama ini atas ehsan Anwar juga akan mengikut jejak PKR Perak. Pendekatan yang di gunaka pakai oleh bakal Perdana Menteri Malaysia ke 6 Datuk Seri Najib, ‘tiada projek mi segera’ memang tepat. Rakyat perak sudah muak dengan permainan politik murahan pembangkang yang tidak sudah-sudah menyalahkan orang lain sekiranya berlaku kekusutan di pihak mereka, apa pun kita tunggu dan lihat PRK Bukit Gantang akan menjadi titik permulaan kejatuhan pembangkang di negeri-negeri lain.

Benar seperti apa yang di ulas oleh berberapa blog sebelum ini yang mana si peliwat anwar ibrahim sekarang ini sedang berhempas pula cuba untuk meyakinkan pentadbiran Obama untuk menempatkan dirinya di white house sebagai wakil atau penasihat khas agama Islam, sebenarnya itu adalah salah satu dari berpuluh-puluh taktik yang di gunakan oleh anwar untuk melepaskan diri dari di sumbat kedalam penjara, sekiranya kerajaan Obama melantik dia sebagai penasihat agama Islam white house, maka senang la si peliwat tu melarikan diri sekiranya dia kantoi dalam kes liwatnya dengan cara meminta suaka politik dari amerika. Itu adalah salah satu plan anwar, sekiranya plan itu tidak berhasil, kita jangan pula terkejut sekiranya si anwar ini sanggup mati dalam keadaan sesat, dia sanggup membunuh diri, kerana menurut sumber si anwar ni ‘mati hidup balik pun’ dia tak nak dah masuk penjara lagi. PAS dalam satu kenyataan off recordnya ada menyatakan yang mereka kurang senang sekiranya anwar turun berkempen pada PRK Bukit Gantang, kerana anwar sekarang ini dilihat sebagai beban (pikul biawak hidup) untuk pembangkang, PAS sedar, punca runtuhnya kerajaan pembangkang perak kerana anwar, maka kalau di lihat sekarang ini pun PAS sudah semakin menjauhi anwar, Hj Hadi pernah berkata yang dia akan menyalahkan anwar dan geng edorgan sekiranya PAS berpecah.

Pembangkang kini sedang bergelut dengan seekor biawak hidup.
Insyaallah BN pasti merampas kembali Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau dari pembangkang, sama-sama lah kita berdoa agar kemenagan berada di pihak kita.

Comments

insyallah...saya pasti kemenangan akan berpihak kepada kita...
Jumayatara said…
BN akan menang besar....DSN masterpiece......selamat BN


Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
Tok Pambu said…
Bukit Gantang mempunyai penduduk melayu sebanyak 63%

Mungkin kah semua penduduk melayu ini 100% menyokong BN?
Jawapan nya TIDAK MUNGKIN.

Jika 25% SAHAJA penduduk melayu ini menyokong PR, maka BN akan TUMBANG.

Kami kaum india dan cina akan berdiri teguh dihadapan PAS bersama sama DAP dan PKR @ Pakatan Rakyat
Anonymous said…
Saya perlukan pemimpin yg boleh membawa kpd keselamatan, kemakmuran, dan kemewahan. Bukannya demonstrasi & porak peranda.

View Profile: Rantong™
Anonymous said…
Kepada muslimin dan muslimat, pengundi Bukit Gantang,

Penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat telah menyebabkan nama ALLAH hendak dikongsi bersama-sama oleh puak kristian. Keistimewaan orang melayu nak dihapuskan. Hak sama rata diperjuangkan.

Mana pergi perjuangan menegakkan negara Islam, hukum hudud. Yang dihebohkan adalah PAS for all.

Nik Aziz menolak mentah-mentah kerjasama dengan UMNO (saudara Islam) tetapi berbaik dengan DAP kafirun harbi dan golongan munafik.

ALLAH SWT telah membebaskan negeri Perak yang kita cintai daripada golongan ini. Marilah kita bersatu menjadikan Bukit Gantang sebagai titik permulaan menghapuskan golongan munafikin yang menjadikan Islam sebagai alat untuk mendapatkan kuasa.
Anonymous said…
Islam: Prinsip Atau Alat?
BEBERAPA email saya terima meminta saya menyatakan pendirian kepada media berhubung dengan isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Ada juga yang meminta supaya saya membantu dengan memberikan dalil-dalil dari al-Quran dan sunnah yang membuktikan bahawa perjuangan menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dua mata pelajaran adalah perjuangan agama.


Saya berterima kasih atas kepercayaan dan harapan, namun saya menarik nafas panjang dan merasa amat gusar dengan permintaan itu. Amat menakutkan apabila agama ini sering dijadikan alat untuk melariskan atau menghalalkan atau memenangkan sesuatu isu atau cita-cita. Padahal agama sepatutnya menjadi prinsip, bukannya alat untuk mencapai matlamat tertentu.


Saya secara peribadi mungkin boleh menyokong samada bahasa melayu atau bahasa Inggeris menjadi bahasa pengajaran kedua mata pelajaran tersebut. Itu adalah urusan kebijaksanaan dalam kehidupan yang terserah kepada manusia untuk menilainya. Pemerintah ada hak dalam ijtihadnya. Rakyat juga ada hak mencadangkannya. Zaman dan tempat mungkin berperanan dalam menentukan tindakan atau pilihan yang terbaik.


Islam tidak pernah menyatakan kita mesti belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, atau Melayu, atau Arab atau sebagainya. Hanya yang Islam perintah adalah agar muslim bertindak dengan bijak. Menentukan perkara yang seperti ini amat subjektif. Setiap pihak boleh berbeza disebabkan perbezaan latar fikir. Islam tidak menghukum secara putus siapa yang betul atau siapa yang salah dalam hal yang seperti ini. Di sini saya rasa, sekali lagi kena dijelaskan beza antara Islam sebagai prinsip dengan Islam sebagai alat.


Islam sebagai prinsip bererti kita meletakkan Islam sebagai pegangan dan panduan. Kita akan melihat salah atau benar sesuatu berdasarkan kepada prinsip Islam. Kita akan menilai dengan adil setiap perkara dengan timbangan Islam sekalipun jika keputusannya itu tidak berpihak kepada kita, kita tetap akan akur.


Inilah yang diarahkan oleh al-Quran dalam Surah al-Nisa 135: (maksudnya)


“Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu..”.


Dalam Surah al-Maidah ayat 8 pula Allah menegaskan: (maksudnya):


Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.


Sementara menjadikan Islam sebagai alat atau umpan adalah mempergunakan Islam sebagai bahan untuk sesuatu tujuan, padahal tujuan tersebut hanya bersifat puak atau peribadi, bukan untuk kepentingan Islam yang hakiki. Nas-nas agama akan ditafsirkan atau disalahgunakan supaya sesuatu pandangan sekalipun tidak tepat, dapat dibela atau dijustifikasikan. Atau agama digunakan agar orangramai tertarik dan percaya kepadanya sekalipun hakikat agama bukan sedemikian rupa.


Inilah yang ditempelak oleh Allah dalam Surah al-Nahl, ayat 116-117: (maksudnya)


Dan janganlah kamu berkata dengan apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.


Malang sekali dalam sejarah umat Islam, kecenderungan menggunakan agama sebagai modal begitu banyak dan berterusan. Kesannya amat bahaya dan mendalam. Bukan sedikit darah dan nyawa yang ditumpahkan kerananya. Umpamanya, Mazhab Syiah dan Khawarij tidak wujud pada zaman Abu Bakr, Umar dan ‘Uthman. Apabila berlaku krisis politik pada zaman ‘Ali disebabkan isu yang berlarutan dari penghujung pemerintahan Saidina ‘Uthman maka lahirlah kedua aliran ini.


Bermula daripada isu-isu politik yang dibangkitkan dari zaman ‘Uthman, merebak menjadi sentimen agama. Sehingga Syiah terbentuk dengan segala doktrin yang tersendiri; daripada isu ‘Uthman berkembang membentuk prinsip-prinsip kepercayaan mengenai Ahlul Bait yang tersendiri. Penindasan yang dialami oleh aliran Syi’ah di bawah kuasa-kuasa politik Bani Umayyah, juga ‘Abbasiyyah menyebabkan berbagai akidah dan dalil baru muncul dalam aliran berkenaan.


Maka disebabkan sejarah politik yang panjang, menjelmalah Syiah dalam wajahnya yang kita lihat pada hari ini. Padahal ia bermula daripada isu yang boleh diselesaikan. Demikian Khawarij, bermula isu tidak puas hati dengan pendirian ‘Ali dalam menghadapi Mu’awiyah, maka terbentuklah Khawarij dari ‘parti politik’, menjadi aliran agama yang mengkafirkan ‘Ali, ‘Uthman, Mu’awiyah dan sesiapa sahaja yang tidak menyertai mereka.


Bagi menjustifikasikan pengkafiran itu, maka satu kaedah yang amat bahaya telah dijadikan pegangan iaitu setiap pelaku maksiat menjadi kafir. ‘Ali dan Mu’awiyyah, bahkan ‘Uthman dianggap tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka semua kafir. Slogan mereka: “Tiada hukum melainkan hukum Allah”. Kata Saidina ‘Ali mengenai slogan mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).Tumpah darah yang banyak telah berlaku antara tentera ‘Ali dan Khawarij.


Inilah bahayanya menjadikan agama sebagai modal politik atau apa sahaja. Ia boleh berlarutan terutama di kalangan mereka yang jahil sehingga tidak dapat membezakan antara isu politik semata dan isu agama yang sebenar. Jika ia isu politik semata, Islam menyerahkan kepada kebijaksanaan manusia akan menentu keputusan yang memberikan kemaslahatan untuk umat. Jika ia benar-benar isu akidah dan hukum, hendaklah penentu benar dan salahnya adalah al-Quran dan Sunnah bukan pandangan politik kepuakan.


Sebab itu kita wajib membezakan antara berpolitik berdasarkan prinsip Islam, dengan mempolitikkan Islam. Berpolitik berdasarkan Islam akan membebaskan seseorang dari daerah taksub, hukuman membabi-buta, kepuakan dan permusuhan yang melampaui batas dan segala akhlak yang jelek. Hanya yang menjadi teras adalah prinsip Islam. Rela membelakang parti atau puak, asalkan prinsip terbela.


Sementara mempolitikkan Islam bererti menggunakan nas-nas Islam untuk menjustifikasikan tindakan-tindakan politik. Kita akan lihat dalam ‘wayang politik’ sikap mempolitikkan agama akan menyebabkan mereka terbabit hilang pendirian, berubah-ubah prinsip dan etika. Namun yang pasti nas-nas agama akan terus digunakan walaupun akan menyebabkan berlaku kontradiksi yang jelas dalam pegangan mereka.


Dalam sepanjang sejarah, menjadikan agama sebagai modal politik telah dilakukan oleh pihak pemerintah dan pihak yang menentang pemerintah. Dalil-dalil agama pada bukan tempatnya akan digunakan oleh kedua belah pihak bagi mengekalkan pengikut yang mempunyai sentimen agama. Bahkan dalam sejarah, antara sebab kemunculan hadis-hadis palsu adalah politik.


Maka muncul hadis palsu yang menyokong Syiah, menyokong Muawiyah, menyokong ‘Abbasiyyah dan seumpamanya. golongan yang menggunakan agama yang ‘lahapkan habuan dan pangkat’ ada di mana-mana. Mereka ini bersedia untuk mendendangkan dalil bagi menghiburkan slogan atau tindakan pemerintah.


Sebagai tindakbalas, golongan agama yang menentang pemerintah juga akan melagukan nas-nas agama bagi menghalalkan tindakan mereka menentang sesuatu pemerintahan. Hilanglah fungsi agama; daripada ia agama hidayah yang membimbing manusia bertukar menjadi alat yang memboleh manusia pijak di atasnya untuk sampai ke matlamat mereka.


Berpolitik berdasarkan agama memang tanggungjawab kita. Namun kita wajar berhati-hati, jika terleka kita akan tergelincir menjadi mempolitikkan agama. Seperti berniaga berdasarkan prinsip Islam memang diperintahkan.


Namun berhati-hati, jangan sampai memperniagakan Islam. Justeru itu, bezakanlah antara menjadikan Islam sebagai prinsip, dengan menjadikan Islam sebagai alat. Bezakanlah antara berpolitik berdasarkan Islam dengan mempolitikkan Islam.
MK IV said…
nalapambu said...
Bukit Gantang mempunyai penduduk melayu sebanyak 63%

Mungkin kah semua penduduk melayu ini 100% menyokong BN?
Jawapan nya TIDAK MUNGKIN.

Jika 25% SAHAJA penduduk melayu ini menyokong PR, maka BN akan TUMBANG.

Kami kaum india dan cina akan berdiri teguh dihadapan PAS bersama sama DAP dan PKR @ Pakatan Rakyat


ok la tu, dah memang jenis bangsa perangai macam lalang, nak buat macam mane, masa miskin takde duit mintak tolong kerajaan, bila dah kaya dah senang korang tentang kerajaan pulak, bangsa spisis macam ni elok terajang balik negeri je, buat menyemak je kat sini...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.