Sah Tan Sri Muhyidin Timbalan Presiden UMNO selepas jam 4 petang ini.




Mari kita mengenali dengan lebih dekat lagi bakal Timbalan Presiden UMNO dan Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini...
Beliau di lahirkan 62 tahun lalu di muar johor, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Muar. ayahnya Allahyarham Hj. Muhammad Yassin adalah seorang guru agama yang terkenal di daerah Muar, mengasaskan Sekolah Men. Md. Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar dan Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri. apa bila beliau tamat pendidikan menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Pengalaman politik beliau bermula apa bila beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976 dan Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehinggalah ke hari ini.

Beliau pertama kalinya dipilih menjadi Ahli Parlimen apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978 Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing pada 18 Mac 2008 beliau di lantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Jika di lihat dari segi latarbelakang keluarga dan pengalaman politik yang ada pada beliau, jelaslah yang beliau amat layak untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan di yakini Malaysia akan terus maju di bawah pemerintahan beliau.
DI HARAP PARA PERWAKILAN BUAT LAH PILIHAN YANG BIJAK DALAM MENENTUKAN JATUH BANGUN UMNO DAN KESTABILAN POLITIK NEGARA.

Comments

tumpang lalu.. nak promote sikit

http://bloglist-politik.blogspot.com/
Jumayatara said…
Tahniah TS Muhyiddin....selamat UMNO.

Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
fahmy89 said…
kami sentiasa menyokong tan sri dan diharap akan memenangi kerusi timbalan kerana pengalaman,kelantangan dalam menyuarakan pandangan amat kami sanjungi dan tan sri org paling layak org lama dlm kabinet menteri.tahnih semoga berjaya
Anonymous said…
bodoh betul apr yang dipikirkan org umno ni. bingai sgt. ungul tombok.

kalimut hirang.

yg ali ketam ni kena halang bertanding.

yg KJ haram jadah ni kena amaran je.

nampak sgt tk adil. ungul.

itu yg korang kata umno ni adil.

sokong lah lagi. parti yng penuh dgn najis dan perampas.

ungul tombok, kalimut hirang
Malam ini Jam 9 di Conference Yahoo Messenger, sila datang untuk melihat debat perdana blogger Bpn dengan Bnm.

Add email saya di bawah untuk dijemput masuk sidang.

Email Panglimaperangcyber@yahoo.com

Tq

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID