MCA Gunting dalam lipatan


MCA mengadakan mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya pagi ini - dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Najib Razak - susulan rombakan kabinet perdana menteri yang dijangka lebih kecil.

Pertemuan itu diadakan di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya selepas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga menteri pengangkutan, bertemu perdana menteri baru kelmarin.

Dalam sidang media selepas mesyuarat selama 90 minit itu, Ong berkata MCA menggesa Najib mengekalkan kuota parti itu - rakan komponen kedua terbesar dalam BN - seperti sejak pembentukan gabungan itu pada 1974.

MCA mendapat empat jawatan menteri dan enam timbalan menteri dalam setiap kabinet yang dibentuk oleh perdana menteri lalu, kata Ong.
Najib kini dalam proses rundingan dengan barisan pemimpin atasan 13 parti komponen BN, termasuk Umno, sejak dilantik secara rasmi sebagai perdana menteri keenam di Istana Negara, Jumaat lalu.

Beliau menangguhkan pengumuman barisan kabinetnya - yang dijangka membawa kejutan - tengah hari ini bagi meneruskan rundingan tersebut.

Kalau kenyataan di atas adalah sah yang keluar dari mulut MCA, maka MCA sepatutnya berterimakasih kepada Datuk Najib kerana masih sudi mengambil berberapa kerat pemimpin mereka untuk menganggotai kabinet baru itu.

MCA harus sedar diri, mereka sudah tidak mempunyai kekuatan dan pengaruh terhadap kaum cina, bermula di permatang pauh ke kuala terengganu sampai ke bukit gantang dan bukit selambau, MCA langsung tak mampu untuk menarik kaum cina untuk kembali mengundi BN.

Bergitu juga dengan berberapa parti komponen BN yang lain seperti MIC, PPP dan Gerakan, jangan kecoh-kecoh nak mintak lebih jawatan dalam kabinet. sejak BN kalah teruk dalam PRU 12 dan empat PRK kita masih tak nampak apa strategi yang di gunakan oleh mereka untuk membantu UMNO dalam ke lima-lima PRK itu. yang kita nampak ialah desakkan yang berbau ugutan MCA supaya Datuk Najib mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 2, apa ni? MCA tak tau malu ke?
MCA sebuah parti Cina tapi sudah tidak mendapat sokongan cina masih mau demand jawatan Timbalan Perdana Menteri. MCA dan parti komponen BN harus ingat, UMNO dan parti-parti komponen BN di Sabah dan Serawak la punca kerajaan BN masih memerintah sekarang ini. Tampa kemenangan UMNO Ong Tee Kiat sekarang ini tak mungkin jadi menteri, tidak keterlaluan jika kita mempertikaikan apa sumbangan MCA.MIC,PPP DAN Gerakan selepas PRU yang lepas?

Kalau nak demand lebih tempat dalam kabinet komponen BN dari sabah dan serawak la yang patut dapat lebih, kerana mereka lah BN masih berkuasa di Malaysia. MCA,MIC,PPP dan Gerakan sekarang ini boleh di umpamakan gunting dalam lipatan. sekiranya Datuk Najib memberi MCA lebih jawatan dalam kabinet, boleh kah MCA menarik semula pengundi cina untuk mengundi semula BN? pemimpin MCA harus dan perlu untuk menjawab soalan itu sebelum demand lebih jawatan menteri pada Datuk Najib. Berpandukan jumlah kerusi parlimen ini jelas lah parti mana yang sepatutnya demand lebih jawatan dalam kebinet.

Comments

Anonymous said…
aku setuju dgn ape yang tuan blog ni tulis. betul tu buat ape nak layan mca ni, hari tu kat bkt gantang aku tengok bilik gerakan mca tu tutup je, aku rase mca punya petugas pi makan angin kut, aku setuju kita lebihkan kengkawan kita dari sabah dan sarawak, kalau tak kerana mereka dah tentu malaysia ni di perintah oleh DAP dan Anwar.
PAPA GOMO said…
SALAM BRO..
AKU SETUJU DENGAN KENYATAAN HANG NI.
APA DEPA MCA INGAT INI DEPA PUNYA KUASA KA??

MCA. GERAKAN DAN MIC LAH PUNCA UTAMA KEKALAHAN BARISAN NASIONAL PADA PRU KE 12 YANG LEPAS. DAN PADA PILIHANRAYA KECIL NI JUGA MEREKA LAH PUNCA UTAMA DALAM MENGAGALKAN BN KHUSUSNYA UMNO.

AKU KALAU BOLEH MCA DI BERI SATU KERUSI JE DALAM KABINET, MIC TAKPAYAH. GERAKAN BOLEH BLAH.
KITA LANTIK DARI SABAH DAN SARAWAK YANG SEMEMANGNYA MENYOKONG KUAT KERAJAAN BARISAN NASIONAL INI DAN JUGA MELAKUKAN TUGAS DENGAN LEBIH BAIK BERBANDING MCA, MIC DAN GERAKAN INI.

AYUH KITA GEMPUR PUAK PEMBANGKANG

PAS,DAP,PKR CELAKA
Anonymous said…
betui tu broo mereka langsung tak membantuu
yg terok kena hentam ialah umno
tengok ajer la di perak
berapa kerusi yg menang pada pilihanraya ke12 dulu
yg teruk dihentam ialah umno
walaupun dun diperak dikuasai umno
mca,mic,gerakan.ppp sama jer dengan dap
kalau dah cina tu cina la juga hati mereka walaupun partinya lain
sama jer mereka semua tuuuuu
Fadhlah said…
klu dah cina...cina jugak!
masihsygUMNOBN said…
btul la..ms tgk pics makan2 kt kuala sepetang tu nmpak cam rang cina dh sokong BN, tp rupernyer derang juz dtg ngisi perut jek, tp dlm ati tetap da nekad nak pangkah pembangkang.

Aku pn sokong lebihkan kerusi menteri pd komponen sbh n serawak, dsbbkan komponen sbh n swak la BN masih boleh bernafas.Aku tgk jg kt tv, mcm 'sayup' je bendera mca,mic,ppp,gerakan.Aku pn bengang jg.Tp mmg btulla,derang tu hanya bendera je lain kaler, tp hati derang tetap sama.Lu pikirla sendrik.

Apepun, bg aku walau mcm mane sekalipun, takkan aku sedekahkan undi aku kt pembangkang selagi UMNO BN masih relevan.Klu pun umnoBN dah tak relevan pd masa2 akan dtg, aku sanggup TAK NGUNDI, drpd sedekah pangkah aku kt pembangkang.Tgk muka 'YG SORG'(phm2 le sape aku maksudkan)tu pn aku tak sudi, apetah lg aku nk undi.
IPOH MALAY said…
jangan-jangan puak-puak ni hasut ahli dia semua pangkah pembangkang selagi tak dapat TPM II ...

melayu bepecah org lain untung..
Anonymous said…
Aku sangat-sangat setuju Menteri kabinet dari MCA dan MIC ..dikurangkan..sebab hanya segelintir saja Cina & india support BN..
Anonymous said…
La ni merekan nak kan jawatan TPM pulak dah..cilakak
Prof. Era Pasca said…
MCA-MALAYSIA CINA AMENO

Surat Tok Guru

Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak

Posted by Skuad Dun Batu Caves

Sumber - blogtokguru
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS
Anonymous said…
memang tak salah kalo cina ke, india ke, ape ke nak kenal islam, alhamdullilah.tapi kok meng tu baca ayat quran depan cina, surah yang dia sebut tu langsung tada dalam quran, niat dia baca ayat quran tu bukan nak belajar tapi nak raih undi.boleh ke macam tu? kalau dia nak belajar pi la belajar elok2 kenal huruf,kenal baris, baru betul, ni tengok dia main bantai je ape hal.
Anonymous said…
dah dasar cine....komunis
cina mana bole bagi kuasa...contoh bintang 3...13 mei
bERANIKAN hATI said…
Aku juga setuju bahawa MCA harus berterima kasih atas ehsan dari UMNO mengenai keanggotaan dalam kabinet. DS Najib harus bertegas dan tidak melayan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan ketika ini. TPM kedua dari MCA juga tidak wajar dibincangkan langsung. Antara DAP dan MCA mungkin sudah ada persefahaman untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan kita selama ini - hangan kita biarkan: bERANIKAN hATI
Anonymous said…
MCA mmg gunting dalam lipatan kat bukit gantang pun bukan buat kerje pasal dia tau kalau bn menang org cina dapat untung kalau kalah pun org ciana? babai? pun dapat untung
celaka MCA tu bagi akulah kalau MIC,MCA dan GERAKAN nak kuar BN pun takperlah total dorg baru ada 20 kerusi tak jatuh pun kerajaan bn skrg BIAR UMNO MENJADI PEMBANGKANG SEKALUI PUN DIA MALAYSIA AKU TETAP TAK KESAH KERANA UMNO TETAP AKAN MERPERJUANGKAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM HIDUP UMNO HIDUP MELAYU MATI UMNO HILANG LAH MELAYU

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.