Anwar paksa pelajar UNISEL masuk PKR



Perkara ni dah berlaku dekat dua bulan dah dan sekarang ni benda ni berjangkit pada IPTA lain yang menjadi milik kerajaan Khalid Ibrahim, atas arahan Anwar Ibrahim semua pelajar-pe;ajar unisel di minta menghadiri krusus anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) yang seratus peratus dimiliki oleh PKR dan selepas krusus itu pelajar-pelajar di minta untuk menyerahkan salinan photocopy kad pengenalan mereka, rupa-rupanya salinan kad pengenalan itu di gunakan untuk mendaftar keahlian sebagai ahli PKR dan Daftar pemilih.

Memang sejak dua menjak ni PKR dah semakin ketandusan sokongan orang melayu dan plan anwar untuk memperbanyakkan ahli melayu dengan cara memaksa semua pelajar UNISEL menyertai PKR nampaknya berhasil. malah kebanyakkan nama pelajar-pelajar ini di daftarkan sebagai pengundi di bukan tempat yang sepatutnya mereka mengundi, dengan kata lain PKR dah setting nama-nama pelajar ni ditempat yang boleh memberikan kemenangan untuk PKR di situlah mereka akan mengundi.

Penyakit memaksa pelajar-pelajar universiti dan kolej di Selangor kini merebak pula di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) modius operandi mereka adalah sama, paksa pelajar jadi ahli PKR dan daftar nama mereka untuk mengundi di tempat yang PKR rasakan sesuai. bagi pelajar yang telah menyertai UMNO sebelum mereka datang untuk belajar di UNISEL atau KUIS mereka ini telah di pantau oleh berberapa pegawai yang di lantik dari kalangan orang-orang PKR. silap langkah pelajar-pelajar ini akan di buang Asrama atau dibuang
Universiti atau Kolej.

Selain IKD, Yayasan Selangor juga terbabit dalam siri brainwash pelajar-pelajar ini supaya membenci kerajaan Persekutuan, antara tempat-tempat yang selalu mereka menjalankan aktiviti-aktiviti ini ialah di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kem Princess Haliza Kuala Langat dan berberapa lagi kem-kem swasta yang di bina oleh puak-puak PKR. mereka mengunakan krusus motivasi dan jatidiri dan pelbagai judul latihan untuk megaburi mata pelajar-pelajar, bila pelajar sudah memasuki kem, mereka ni mulalah menyebarkan dakyah-dakyah songsang dan jahat mereka tu.

Dan mengikut desas-desus cerita warga Unisel, besar kemungkinan Khalid Ibrahim akan melantik Abangnya Anwar yang sama nama bapak tapi mak bapak lain-lain untuk menjadi Chancellor yang mana Chancellor sekarang ini ialah Datin Paduka Seri Rosmah Binti Mansor.

Comments

Anonymous said…
GILA BABI KER PER????
Anonymous said…
cakap kosong je ni..
bila mintak bukti,mesti habuk pun tadak..

PKR semakin ketandusan sokongan?
haha..dalam mimpi kau yelah kot..
cuba selitkan dgn fakta sebagai bukti..
kalau kau nak tahu,aku ada graf bulanan jumlah ahli-ahli PKR,berapa peratusan kenaikan ahli-ahli PKR sejak setahun yang lepas..
aku akan dedah selepas kau dedahkan bukti kononnya PKR semakin ketandusan sokongan..
pakngah santan said…
ketuananrakyat, dedah sajalah. apa nak takut kalau dah ada graph setinggi gunung everest. apa tunggu-tunggu lagi.

dedah, jangan tak dedah.
ONE said…
salam,

x sangka nie keja PKR..teruk betul nie
Anonymous said…
kang kalau di dedahkan, PKR kata fitnah, kalau tak dedah kata menipu.
biarkan SJ ketuanan rakyat tu.. said…
biarkan ketuanan rakyat tu..

aku pun dulu penyokong nuar juga masa tu KEADILAN sj.. tanpa ada warna merah PRM left right...

aku tau 'rasa' 'sgt' macam konspirasi tu lah punca
aku sokong dia dulu..

so jk dia mcm aku dulu..ginilah..
byk power melayu dia dah 'jual' -paham tak ni..(thats why DAP suka..)..

Kuan Yeu pun dah bg hint..
'kekuatan' jaga agama pun dia dah KURANG..eheheh xsedarin ke.. sampai Zulkfli Nordin pun naik angin ngan dia..

so byk tak dia boleh jual kat luar negara utk dpt so-call 'power' utk 'take over'

itulah dulu so-call gadaian Negara demi power.. MAHATHIR sgt berang.. biasanya kalu sayang tamby chekpun mahathir cover lg..

MAKA lengkap la..gadai, Negara, Bangsa dan Agama..

TAKDE SIAPA SANGGUP GADAI SEMUA2 UNLESS....jiwa bermuka-muka..
Anonymous said…
Jangan asyik salahkan pembangkang sahaja. Seolah-olah UMNO/BN itu semuanya betul. Cakap nak jaga kebajikan rakyat tapi rakyat tetap berhadapan dengan berbagai masalah. Sahabat saya bekas ahli koperasi MOCCIS merungut tak habis-habis fasal tak dapat keluar duit simpanan. Dia suruh saya tengok blog "Luahfikiran" yang menceritakan macam-macam masalah bekas ahli MOCCIS. Saya belum lagi ada kesempatan layari blog tersebut.
Anak Perelih said…
hahahaha bila daftar dgn spr, tempat mengundi tu ikut alamat dlm mykad... bukan boleh pakai hentam saja...

kem bina semangat princess haliza tu kem PLKN... macam mana boleh kadi kem org PKR punya... Kem tu lah yg diana daniell duduk masa dia ikuti PLKN dia tu... nampak sangat blog ni pakai serkap jarang... tapi kantoi....

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID