Apa faedahnya pulang Chin Peng kepada negara ini?


JIKA kita tanya pada penduduk negara ini terutama yang tinggal di kampung-kampung berhampiran sempadan Thailand sekitar 60-an dan 70-an, mereka tentunya belum lupa pada kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Beberapa kawasan di Kedah seperti pekan kecil di Padang Sanai, Pedu, Nami, Gubir, Belantik dan Baling, ketakutan terhadap gerila komunis dirasai hingga ke akhir tahun 80-an.

Ketika itu nama Chin Peng sentiasa meniti dari bibir ke bibir penduduk.
Bukan kerana mereka mengagung-agungkan kedua-duanya atau terlalu menghormati bekas Setiausaha Agung PKM itu, tetapi disebabkan gerun dengan imej kejamnya.

Nama Chin Peng dan komunis menimbulkan perasaan gerun di kalangan penduduk hingga ada yang sanggup meninggalkan ladang dan huma.

Disebabkan kegiatan komunis itu, penduduk tinggal dalam ketakutan. Ada yang terpaksa mengabaikan kebun getah dan dusun yang mennjadi sumber pendapatan mereka kerana sering diganggu oleh pengganas komunis pimpinan Chin Peng.

Itu belum dikira harta benda terutama tanaman yang dirosak dan dimusnahkan kerana ada penduduk enggan bekerjasama dengan kegiatan mereka.

Bagi penduduk Kedah terutama yang tinggal di daerah Sik, Padang Terap dan Baling, mereka sudah tentu tidak boleh lupa serang hendap oleh komunis terhadap pasukan keselamatan di
Gubir yang mengorbankan banyak nyawa anggota keselamatan.

Cerita-cerita ngeri mengenai anggota pasukan keselamatan yang terkorban kerana bertempur dengan pengganas komunis ini sering dipertuturkan.

Ini semua merupakan imej ganas dan kejam PKM pimpinan Chin Peng yang kesannya masih dirasai hingga ke hari ini terutama oleh mereka yang terlibat secara langsung.

Jangan pula kita lupa bahawa ramai anggota tentera dan polis kita terbunuh ketika bertugas mengawal negara daripada ancaman komunis .

Itu belum kita cerita mereka yang cacat seumur hidup seperti putus kaki dan tangan, buta, hilang ingatan dan sebagainya akibat terkena jerangkap samar yang di pasang pihak komunis.

Malah ada antara bekas anggota keselamatan yang berkorban jiwa dan raga mempertahankan negara dari ancaman komunis pimpinan Chin Peng ini, kini hidup terlantar dan terbiar.

Sesetengahnya pula yang cacat seumur hidup terus menderita kerana tidak mendapat pembelaan daripada sesiapa. Termasuk daripada parti-parti politik yang kini cuba tampil menjadi hero untuk membela nasib Chin Peng.

INGAT !!!Ini fakta sejarah. Sebab itu sebarang keputusan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini perlu mengambil kira aspek sejarah ini.

Kalau pun dia dilihat sebagai tidak lagi mengancam keselamatan negara, namun perbuatannya dulu masih lagi dirasai.

Memang ideologi komunis di seluruh dunia kini telah berubah. Namun ramai juga bekas pemimpin komunis di seluruh dunia yang dihukum kerana jenayah perang. Ada yang dijatuhkan hukuman mati macam Pol Pot di Kemboja.

Chin Peng juga banyak melakukan jenayah dan banyak berdosa kepada rakyat negara ini. Sehingga kini dia terlepas daripada berdepan dengan hukuman walaupun terlibat dengan segala tindakan kejam sewaktu menjadi pemimpin PKM.

Chin Peng seharusnya menerima nasib seperti Pol Pot dan Kue Sam Pan

Sebab itu apabila mahkamah pada 30 April lalu menolak permohonannya untuk kembali dan menetap di negara ini, ia tentunya dibuat setelah mengambil kira kesan jika bekas Setiausaha Agung PKM dibenarkan kembali.

Mungkin ada yang bersimpati dengan nasib Chin Peng yang kini sudah berusia 85 tahun dan ingin kembali ke Malaysia.

Tetapi bagaimana pula sensitiviti dan sentimen mereka yang pernah menjadi mangsanya dan kini masih hidup?

Kenapa tidak diambil kira perasaan hampir 5,000 bekas anggota tentera dan polis yang cacat dan masih hidup serta keluarga mereka yang kehilangan agngota keluarga, mereka ini masih menanggung trauma akibat pertempuran dengan komunis dahulu?

Adakah nyawa kira-kira 5,000 anggota keselamatan yang gugur ketika ketika mempertahankan negara daripada ancaman komunis pimpinan Chin Peng itu tidak ada nilai apabila hari ini tiba-tiba kita mahu memberi layanan istimewa kepadanya?

Persoalan-persoalan sensitif ini perlu dijawab sebelum sebarang cadangan memberi layanan istimewa kepada Chin Peng dikemukakan.

Lagi pula aktiviti komunisme di negara ini meninggalkan pelbagai kisah duka dan sedih selain dendam yang cukup mendalam.

Sepatutnya Chin Peng diheret ke mahkamah dan dibicarakan atas segala keganasan dan pembunuhan yang dilakukannya. Layanan ke atasnya perlu sama seperti Pol Pot dan ramai lagi pemimpin Khmer Rouge yang kini dibicarakan oleh tribunal antarabangsa di Kemboja.

INGATLAH !!!Apa faedahnya pulang Chin Peng kepada negara ini?"

Comments

Anonymous said…
chin peng ni elok di hukum bunuh je.. pasal dia dulu banyak askar melayu mati di bunuh komunis...
Pejuang said…
Ape2 aje le,
sila klick pejuang
Anonymous said…
Chin Peng jejak je....pedang samurai dulu sampai dekat leher dia.Pedang ala ninja tapi bangsa tetap teguh di bumi.Tak nak sejarah berulang....bangunlah dari mimpi orang melayu.Duri dalam daging makan minum kerja bersama kita.Belakang mintak macam2 pas tu menyalak macam anjing sebab masih tak cukup.
Anonymous said…
Kepada bekas prajurit..bersiap sedia lah..apabila chin Peng jejak je kaki di negara ini .... selesaikan di situ juga...tak perlu dibawa ke mahkamah...
kalu di bawa ke mahkamah dia pasti menang..sebab loyer-loyer memang diujudkan untuk menjadi pembelit..Sebab itu orang islam/Melayu jarang hendak anaknya jadi loyer..skrang apa dah jadi....
Anonymous said…
HIDUP KOMUNIS....YAAA HIDUP CHIN PENG
Anonymous said…
aku akan cangkul setiap kesan tapak kaki penjenayah tu.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.