PAS Dulu Kini Selamanya Sesat

Jika dahulu kata PAS, haram berpakat dan bekerjasama dengan orang bukan Islam di Negara ini dalam urusan politik dan pemerintahan hingga tahap mengkafirkan, mengharamkan memakan ternakan hasil penyembelihan saudara seagama, memulau kematian teman sekampung dan juga enggan berimam bersama.

Adakah mereka yang membuat ‘fatwa’ sendiri itu kini telah taubat dan memperbetulkan kembali penyelewengan itu?Hingga kini masih ada lagi penyokong-penyokong mereka berpegang kesan daripada amanat Haji Hadi dan juga sebagaimana Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Haji Awang Abu Bakar, ketika berceramah di Gong Duek, Besut, Terengganu, 1 April 1981 dengan mengatakan;“Dan lagu ni Allah Taala beritahu orang ini sebenarnya orang munafiq.“Orang munafiq ni lagu mana perangai?

“Siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik, siapa? (orang ramai jawab.. UMNO). Tengok tu. Sekali lagi saya ulang tayang. Siapa saudara-saudara yang mengambil orang kafir buat kawan baik? (penonton jawab.. UMNO). Haa.. UMNO.“Kalau pandai begitu senanglah dan tahu tanda gak! Buboh tanda ‘molek atas dahi gak ha yalah tu. Apa hukum orang ini? (sama-sama jawab dengan orang ramai) MUNAFIQ.”Tetapi, kini, bukan sahaja berpakat dan bersekongkol, malah hingga tahap ‘bersatu’ dengan penubuhan kelab penyokong dan terdesak ingin dijadikan sebagai sayap pula.Mudahnya dahulu mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan parti MCA, MIC, Gerakan dan juga parti bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Akhirnya PAS mengakui ‘menjilat ludah sendiri’ apabila bersekongkol dengan Dap, parti yang terang-terang memusuhi Islam sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Pengerusinya ‘langkah mayatnya dahulu jika mahu dirikan Negara Islam’.Kelu lidah pemimpin Pas ketika itu, hinggalah kini, langsung tiada kedengaran tentang Negara Islamnya!

Ke mana agaknya hilang slogan ‘Membangun Bersama Islam dan hududnya?Diganti pula dengan ‘Pas untuk semua’! PAS For All, Itu semua demi menjaga hati rakan sekongkolnya sahaja serta sanggup mencabuli prinsip dan dasar parti sendiri demi kepentingan rakan-rakan politiknya, satu bersifat liberal dan satu lagi sosialis.

Akhirnya, PAS mengakui formula yang selama ini dipakai oleh UMNO selama 52 ini adalah formula yang terbaik. Sebagai Negara majmuk, Negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, perlu ada perkongsian kuasa yang diwakili oleh kaum yang khusus kerana hanya sesuatu kaum sahaja yang tahu kehendak kaumnya.

Ianya kemudian bergabung menjadi satu gabungan yang kukuh, seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN), bukan seperti pembangkang yang semata-mata bepakat untuk menjatuhkan BN, bukan satu gabungan memberi khidmat yang terbaik kepada Negara dan rakyat ini.Tambahan pula, pakatan mereka jelas satu pakatan yang longgar dan tak tentu arah, ada sikap curiga dan tak percaya pada rakan, jika tidak, sudah lama mereka bergabung sebagai satu entiti.

Berbeza dengan UMNO kerana sejak penubuhannya tetap dengan agenda dan usaha untuk memartabatkan agama, bangsa dan Negara serta mempunyai satu gabungan dengan rakan-rakan komponennya dengan amat baik, dan ini di akui sendiri oleh Timbalan Presiden PAS.

Comments

Anonymous said…
SALAM ZIARAH
PAS TELAH SESAT SEJAK DARI MULA MEREKA MENINGGALKAN UMNO. SAMPAI SEKARANG MEREKA MASIH TAK BERUBAH. HANYA IDEOLOGI MEREKA SEMAKIN EKSTRIM DAN TANPA BATASAN LAGI SEPERTI DULU. BERSEKONGKOL DGN KAFIRUN DAP TAK SALAH DAN TAK APA. ISLAM MEMBENARKAN PAS BERSATU DGN PUAK KAFIRUN TETAPI HARAM BERSEKUTU DGN UMNO. NAUZUBILLAHHH..
Anonymous said…
Aku cadangkan mereka yang benar-benar memperjuangkan Islam/hudud ..buat parti baru..sebagai alternatif kepada PAS yang dah tidak memperjuangkan Islam lagi.PPIHS Parti Perjuangan Islam dan hudud Semalaysia...siapa orang Islam yang tak sokong ..Kafir lah ia..sebagaimana kata pemimpin pAS dulu...
Taminsari said…
Salam..

PAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP MENGHAPUSKAN KEKUASAAN MELAYU

Memang PAS boleh merelakan dirinya bersekongkol dengan DAP dan sebaliknya memusuhi UMNO dengan begitu ekstrim sekali. Apakah sebenarnya ini berdasarkan minda yang rasional dan budiman atau sebaliknya berdasarkan emosional dan minda yang masih kurang matang dalam sepak teranjang politik Malaysia?

Jika UMNO yang ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam sama seperti ahli PAS (langsung tidak berbeda), tidak langsung diberikan ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan PAS, kenapa pula DAP yang ahlinya terdiri daripada orang Tionghua serta berbeda penganutan agama, PAS sanggup bekerjasama?. Di sinilah ada sesuatu yang tersirat dan tersurat merasa pelik dan tertanya-tanya, apakah ini mengambarkan kebijaksanaan dan kebudimanan dalam membuat sebarang keputusan penting demi umat Melayu dan Islam dalam negara ini?

PAS seharusnya dapat melihat akan sikap chauvinist dan perkauman yang sebenar yang diperjuangkan oleh DAP sejak ianya tertubuh suatu ketika dulu. Sekarang sikap itu masih berterusan terutamanya di Pulau Pinang dan di Perak, walaupun di Perak Menteri Besarnya dari PAS. Namun kekuatan PR yang ditunjangi oleh DAP secara majoriti itu, menyebabkan PAS hanya kenampakan seperti boneka sahaja.

Dalam hal ini lebih efektif jika di Perak, PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerusi yang dimiliki oleh kedua parti tersebut sudah mencukupi bagi menubuhkan satu pemerintahan dinegeri tersebut. Kenapa mesti bekerjasama dengan DAP yang ternyata memusuhi Islam dan tidak rela pelaksanaan hukum hudud dalam negara ini? Yang berusaha untuk menghapuskan DEB dalam negara ini? Yang merendah-rendahkan mertabat bangsa Melayu di Pulau Pinang? Yang langsung tidak berusaha untuk mengangkat taraf ekonomi kaum bumiputera dinegeri dimana mereka memerintah?

Atau mungkinkah ini kerana sikap "berpatah arang" diantara UMNO dengan PAS? Sikap bermusuhan ini tidak baik dan amat tidak matang dalam politik abad yang ke 21 ini. Bukankah dikalangan penganut Islam, sangat tidak digalakkan sikap bermusuhan dikalangan saudara seagama? Secara teori/ideanya PAS pintar melontarkan kata-kata tentang betapa PAS memusuhi sikap yang buruk, tetapi secara praktiknya PAS adalah manusia yang selalu mengamalkan perbuatan buruk tersebut. Bermusuhan sesama kita adalah satu sikap buruk yang sepatutnya dibendung sedari dulu kerana ia boleh menghancurkan tamadun bangsa yang telah lama terbina.

Dalam perkiraan kasar, memang agak mustahil Melayu boleh kecundang dalam politik Perak. Namun kerana permusuhan dikalangan mereka, maka kini Melayu menggigit jari dinegeri tersebut. Nizar memenangi semula kerusi Menteri Besar seperti yang telah diumumkan tidak memberi apa-apa makna kepada kesinambungan kuasa tamaddun Melayu dalam negara ini, kerana kita nampak yang menang bukannya Nizar, malah DAP!!!!!

Sambungan....
Taminsari said…
sambungan..siri 2

PAS sekarang sangat berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari kaum India dan Cina dalam kancah politik negara. Tapi dalam masa yang sama mereka lupa, kaum India dan Cina juga telah menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan kaum mereka dan berusaha dengan keras dengan kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan tersebut.

Dimana budiman dan bijaksananya kepimpinan PAS dalam hal seperti ini? Kerana kemenangan itu sesuatu yang menyeronokan, mereka tidak kisah akan kesan buruk yang bakal menimpa bangsa mereka. Samalah ertinya seperti dalam peribahasa kita, "menang sorak kampong tergadai".

Tok Guru Nik Aziz dikatakan telah melakukan sembahyang sunat kesyukuran diatas kembalinya semula jawatan MB Perak ditangan Nizar. Ini menggambarkan bahawa beliau benar-benar tidak sedar akan apa yang dimaksudkan diatas dan merelakan demi kepentingan kuasa politik yang dinikmati bertahun-tahun. Beliau benar-benar menganggap DAP adalah rakan baik di Perak tanpa menyedari bahawa Perak bakal jatuh ketangan DAP jika DUN dibubarkan dan diadakan Pilihanraya semula.

Adakah PAS sedar, DAP telah berjaya mempunyai wakil Melayu? Jika pilihanraya diadakan semula dan andaikata majoriti kerusi DAP memenangi lebih daripada PRU12 yang berpihak kepada DAP, adakah Nizar diperlukan lagi dengan adanya wakil Melayu yang berpaksikan DAP? Fikir-fikirkanlah..

Salam perjuangan
Anonymous said…
umno sesat sebab
1-perjuangan dasar pun nak angkat bangsa
2-dah 50 tahun memerintah,masih tak dapat tegakkan hudud dan qisas...soal aurat pun depa tak setel lagi...tu punya sombong ngan Allah...nak jawap ngan Allah "ini hak individu la Allah".cuba la jawab cam tu.
3-membenarkan semua siaran di malaysia berhibur tahap melampau..supaya anak muda lebih seronok.
4-menyekat mana2 ustaz/imam/ulama/mufti yg 100% ikut quran dan sunnah.
5-kesemua pemimpin atasan tidak ada pegangan islam yg sebenar...semua pakai pilih2 hukum islam...riba?boleh...kilang arak terbesar?boleh...magnum berapa D?semua boleh...dah tak terkawal pun..
6-solat?ntah la,tak reti aku nak cakaP,nabi suruh berjemaah kalau lelaki...
7-mendustakan Ayat Allah pun boleh kafir inikan pulak tak mau laksanakan perintah Allah...
Kesimpulannya umno sesat dari awal penubuhannya sampai nak mampus pun tak berubah lagi...elok la umno buat wasiat siap2


hahhahahhahhahha



haahaahahhhahhha.....hati aku puas walaupun penat aku menaip...
Anonymous said…
jeng-jeng-jeng said:

nampak sangat penulis di atas ni terlalu taksub dengan perjuangan sempit PAS, atau pun ALLAH telah butakan hati dia untuk melihat perkara yang telah berlaku.
Unknown said…
Taksubnya gila kpd PAS. Akal diberi Allah swt tidak digunakan. Sedih ada banyak ahli PAS macam ini. Dan ada pula yang percaya orang UMNO tak pandai baca Al-Quran!!!!
Tahniah atas kekalahan Husam!...
comment & follow blog aku kat www.sd-malaysia.blogspot.com
anon anon tgk benda nil.. said…
Kalau pas betui betui pas dah lama benda yang anon cakap tu di moderate balik

tp pas hanya bantai masa piliharaaya je..

aku pun xsuka astro gila skrg, tp aku geram gak, pas
x guna tu utk moderate balik
terutama masa sekarang..lg lah cakap 'power'...

tpi dia moderate ngan DAP Plak kasi down lgi apa yg depa nak
xtau la..

jadi lah macam DAP Sket, masa NIlah nK perjuang apabenda PARTI Tu nak (DAP dapat tanah..pas dapat apa.. minta lumba kuda, arak ka kat seven elevent ka.. dan macam2 lg, biar umno terpaksa ikut..balik2 DAP jugk untung..bila presure kuat umno terpaksa ikut, kurang segan ngn MCA.. CAM TU kerja sama depa tu..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.