Anwar Ibrahim di mata Mat Sabu.


Semua orang kenal Mat Sabu, dia seorang fighter dalam pemilihan Muktamar PAS baru-baru ini, Mat Sabu bertanding kerusi timbalan presiden tetapi dia tewas. dia mendapat tempat ketiga dibelakang Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa. Mat Sabu bukan dari team Erdogan dan juga bukan dari team presiden. Mat Sabu adalah Mat Sabu dia tak perlu ada team. Orang yang kenal Mat Sabu tahulah siapa Mat Sabu dan bagaimana Mat Sabu. Anwar dan Mat Sabu mempunyai sejarah politik yang tersendiri. Mat Sabu dan Anwar tidak boleh menjadi geng politik yang baik walaupun mereka berada dalam satu kolong. Anwar cukup menyampah dan meluat dengan Mat Sabu dan Mat Sabu pula tidak pernah ambil pusiang sama ada Anwar cukup menyampah dan meluat dengan dirinya, hanya yang Mat Sabu tahu, Anwar adalah seorang kaki penipu, pernah sewaktu Mat Sabu di interview oleh Portal web Malaysiakini mengenai projek Anwar 16 Sept, Mat Sabu gelak besar tentang projek Anwar itu.Pada Mat Sabu kalau tak betul dia belasah. Betul dia akan sokong. Itulah trademark Mat Sabu.

Dalam banyak-banyak pemimpin PAS Mat Sabu adalah pemimpin PAS yang paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim ketika Anwar dalam UMNO. Sewaktu berberapa bulan sebelum Anwar di pecat dari UMNO, dalam satu ceramah, Mat Sabu pernah menggelarkan Anwar Al-Juburi dan gelaran itu tidak pernah Mat Sabu tarik balik dan ia melekat sehingga ke hari ini, mungkin dulu ada orang yang menganggap mungkin Mat Sabu ni gila kerana menggelarkan seorang TPM dengan gelaran semacam tu, tapi selepas Anwar di pecat dari UMNO kerana salah laku sex, ramai yang mempercayai apa yang Mat Sabu katakan tu.adakah Mat Sabu tahu mengenai perilaku luar tabie Anwar? hanya Mat Sabu sahaja yang boleh memberikan jawapannya, Mat Sabu bukan calang-calang orang politik dia pernah ditahan dua kali dibawah ISA dan pernah menjalani perintah buang daerah di Kuala Pilah dengan akta kediaman terhad. Apa kesalahannya? Mat Sabu dituduh menghasut dengan melabel Anwar Ibrahim sebagai “eleman yang paling bahaya kepada umat Islam dan umat Melayu Malaysia”. apa yang Mat Sabu katakan tu sekarang ini sudah semakin nampak kejelasannya.

Pada tahun 1982 bila mana Anwar sertai UMNO, ramai rakan-rakannya dalam PAS terperanjat beruk. hampir semua tidak percaya termasuklah Allahyarham Ust Fadzil Nor yang bergitu mengharapkan sangat Anwar menyertai PAS ada cerita yang mengatakan Allahyarham Ust Fadzil sanggup memberi laluan kepada Anwar untuk Jawatan Presiden PAS kepada Anwar serkiranya Anwar menyertai PAS, tetapi keputusan Anwar untuk menyertai Dr Mahathir dan UMNO amat memeningkan kepala Ust Fadzil dan PAS. kerana sebagai Presiden ABIM, Anwar kelihatan sangat condong kepada perjuangan PAS. tetapi Anwar telah tercium bau kuasa dan kekayaan. Anwar melihat “kuasa dan kekayaan” dalam UMNO dan Anwar bijak mempengaruhi Dr Mahathir. Untuk sampai kejawatan kedua tertinggi dalam kerajaan dan parti banyak kepala orang telah dipijak Anwar.Pernah sewaktu pilihanraya umum, ketika Anwar bertanding melawan Mat Sabu di parlimen permatang pauh, dek kerana ingin memalukan Mat Sabu supaya Mat Sabu kalah dan hilang wang pertaruhan, Anwar dalam ceremah kampennya mengaku yang Dr. Mahathir adalah bapa angkatnya dan dia adalah anak angkat Dr. Mahathir dan taktik itu hampir-hampir berjaya menghilangkan deposit Mat Sabu.

Anwar banyak mencipta musuh dalam dan luar UMNO. Tetapi Anwar bijak menggunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kewangan. Anwar mencipta rangkaian (networks) bukan sahaja didalam negara malah juga di luar negara. Amerika, Britian, Israel, Indonesia, Iran, Turki dan berberapa negara blok eropah dan negara bekas blok komunis Russia adalah negara sahabat sejati Anwar. Anwar juga berjaya mencipta kekayaan yang luar biasa melalui berberapa proxi-proxinya nama-nama seperti Azmin Ali, Kamaruddn Jaafar, Kamaruddin Mat Nor, Rashid Hussain, Tajuddin Ramli, Kamarulbahrin Abbas dan ramai lagi. Rashid Hussain adalah manusia berwarga negara Singapura yang telah berjaya dikayakan oleh Anwar, dia yang memiliki firma saham sekuriti dan dengan bantuan Anwar dia berjaya mengambil alih D&C Bank di Malaysia sebaik sahaja Anwar menjadi Menteri Kewangan. Kecoh sekejap cerita itu tapi Anwar bijak menutupnya. Untuk menutup mulut pesaing-pesaingnya Anwar menggunakan Taktik ugutan dengan menggunakan Polis dan BPR yang berpihak kepada dia dan sekarang ini dua agensi itu bergitu teruk di hantam balik oleh dia.

Mat Sabu pernah menyatakan Anwar Ibrahim adalah seorang yang ganas, malah dia lebih ganas dari Dr Mahathir (Temuramah dengan majalah Tamadun pada 14 Jun 1998). pidato-pidato Anwar yang mengecam, mengutuk dan memperlekehkan kepimpinan ulama PAS ketika dia dalam UMNO masih terngiang-ngiang ditelinga Mohamad Sabu. Namun satu perkara yang terpaksa diakui beliau ialah Anwar Ibrahim mempunyai PR dan gaya temberang yang amat baik ketika berdepan dengan lawan atau kawan, PR dan temberang Anwar cukup bagus. Anwar bijak bermain dengan kata-kata sehingga musuh malah isteri dan ahli keluarganya tidak sedar mereka telah ditipu hidup-hidup oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Comments

Anonymous said…
kahkahkahkahkah
cukup baik dan terbagus
syabas
Anonymous said…
sila tulis lebih banyak lagi kepincangan pkr dan pemimpinnya...ramai yang lupa dek meluat dengan khairi jamaluddin....
Anonymous said…
SLM BRO..PAWER2!!!..MMG CUN!..MESTI TERBERAK PUNYE LAH SI JUBURI TU KLU DIA BACE KEHKEHKEH
harapan said…
Jangan dok kutup sangat abg nuwar,dia pun dah tua,baik berehat dari politik asyik kena kutup 24jam ke rakyat.

Berehat dan duduk dalam masjib lagi molek,Politik kotor.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID