Dr. Khir Saman Speaker, ADUN Perlabuhan Kelang Keluar PKR

Selepas mencetuskan kontroversi, Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akhirnya memfailkan saman mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggantung beliau daripada menghadiri sidang Dewan, menarik elaun serta tuduhan menghina Dewan.

Beliau menamakan Speaker DUN, Teng Chang Kim, Setiausaha Dewan dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai defendan.

Teng turut disaman atas kedudukannya Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Menurut Dr Khir, saman dikemukakan melalui syarikat guaman Athi Mulan and Co, pada Isnin.

“Saya hanya memfailkan saman bagi diri saya sahaja manakala empat lagi ADUN Barisan Nasional yang turut digantung kehadirian di Dewan akan berbuat demikian minggu depan,” katanya kepada Agendadaily.

Katanya, saman kedua terhadap Teng, kerana pembentukan Selcat dan kuasa jawatankuasa itu mempunyai banyak ruang yang boleh dipertikai.

Dr Mohamad Khir digantung selama setahun menghadiri sidang DUN kerana didakwa menghina Dewan Julai lalu.

Sidang DUN pada 16 Julai lalu,turut meluluskan usul penggantungan empat lagi Adun BN, Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd. Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam).

Selain hukuman itu, elaun mereka turut ditarik selama enam bulan kerana didapati bersalah guna media menghina Selcat.Sementara itu mengulas kedudukan Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang dilaporkan tidak menjalankan tugas sejak dipilih pada pilihan raya umum 2008, Dr Mohamad Khir mencadangkan, Badrul Hisham keluar PKR dan jadi wakil rakyat Bebas.

“Kalau beliau letak jawatan bermakna dia tunduk desakan Menteri Besar dan PKR,” katanya.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata, kedudukan Badrul Hisham akan ditentukan hujung bulan ini

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID