Bukan Senang Mahu Rampas Selangor atau Bukan Senang Nak Bangun Tidor
Ini adalah kenyataan yang det ambil dari laman web sinar harian 29 Nov 2009, dibawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua pemuda umno selangor, Suhaimi Mohd Ghazali dan Adun Hulu Bernam YB. Datuk Mohamed Idris Abu Bakar.
Det minta korang baca dulu kenyataan ini terutama kenyataan ketua pemuda umno selangor yang hurufnya det bold kan tu, nanti det akan ulas pula kenyataan dia dan sedikit kenyataan YB Datuk Idris untuk posting det esok.
SHAH ALAM – Usaha untuk merampas kembali negeri Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu tugas yang mencabar.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata demikian ketika mengulas kenyataan dalam satu blog yang mempersoalkan ADUN BN Selangor hari ini hanya dilihat ‘tidur’ dalam usaha merampas kembali Selangor terutamanya ketika PR dilihat aktif menggerakkan jenteranya.
Menurut Suhaimi, beliau percaya barisan pimpinan Barisan Nasional (BN)-UMNO terutamanya di Selangor sedang giat menjalankan pelbagai usaha masing-masing baik di peringkat bahagian dan kawasan mereka.
“Kita tidak akan ambil mudah kerana kita perlu bina semangat anggota dan strategi untuk mendapat balik Selangor. Kita tidak terlalu yakin tetapi InsyaAllah kita akan dapatkan Selangor.
“Kita telah mula ‘highlight’ apa yang perlu ditambah baik dengan menggerakkan penyusunan pelbagai program kemasyarakatan untuk rakyat. Di samping itu, kita mahu semua segala isu dalaman diselesaikan segera.
Suhaimi berkata, sekarang bukan masa untuk mencari kesalahan orang lain tetapi beliau dan jentera perlu lebih fokus untuk turun ke bawah membantu rakyat.
Beliau berkata, apa yang dilakukan tidak perlu dihebohkan tetapi apa yang ingin dilihat adalah hasilnya.
Menurutnya, beliau akan mendedahkan satu persatu rasuah, nepotisme, kronisme dalam kerajaan PR yang banyak berjanji tetapi tidak ditunaikan.
“Kita akan dedahkan satu persatu apa sebenarnya yang telah PR lakukan. Kalau pemimpin BN dapat semua dikatakan rasuah, tetapi kalau pemimpin mereka dapat itu hadiahlah, sagu hati dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar kini juga sedang gigih menggerakkan segala jentera bukan sahaja peringkat bawahan malah seluruh kepimpinan dalam usaha mencapai matlamat tersebut.
Mohamad Idris berkata, barisan pimpinan akan menggunakan pendekatan yang lebih baik dari sebelumnya untuk mendekati rakyat.
“Kita akan mengubah cara kita berpolitik. Mungkin rakyat tidak begitu selesa dengan cara dahulu oleh itu kita akan memperbaikinya. Dan pada masa yang sama kita perlu sentiasa turun mendekati rakyat.
“Di Selangor, kita sebagai pembangkang kita kena ubah cara, kita semua kena berubah ke arah yang lebih baik dan positif dari sebelum ini dan perubahan itu mesti dilakukan dari sekarang,” katanya.
Beliau berkata, BN akan sentiasa turun bersama rakyat untuk menjelaskan situasi sebenar
Selain mengadakan pelbagai program, seminar, bengkel dan sebagainya.
Mohamed Idris berkata, segala usaha yang dilakukan tidak perlu dihebahkan tetapi apa yang penting setiap pemimpin BN perlu bekerja keras untuk memajukan kawasan masing-masing.
Comments
Mereka hanya melepaskan batok ditangga!
dah kena macam ni, baru tahu...padan muka korang tu...nak rampas selangor balik, kena kerja kuat sikit....
ala, takat cakap berapi dalam paper, baik tak payah...buktikan kepada rakyat nak masih sokong BN @ UMNO, YB-YB BN masih boleh buat kerja...jangan kerja masuk dalam poket sendiri dah le ye...