PRK Galas: Pas Halalkan Cetak Rompak
Parti islam semalaysia menghalalkan cetak rompak? ya itu lah yang aku tengok sepanjang 5 hari aku di galas, banyak cd dan vcd penyanyi top masa kini di jual di tempat-tempat ceramah pas, malah cd maher zain pun di jual dengan harga 10 ringgit. cd itu langsung tak ada logo kementerian perdagangan dalam negeri.
Pelik macam mana satu parti islam boleh membiarkan ahli-ahli dan panganut fahamannya menjual cd dan vcd cetak rompak? pas seolah-olah membiarkan penganut fahamannya memakan hasil haram dari penjualan cd dan vcd cetak rompak. pas selalu kata orang umno/bn makan duit haram tapi tak ada bukti, tapi ini terang-terang penganut pas makan duit haram, makan duit hasil titik peluh orang lain untuk kekayaan sendiri, apa cerita ni pas?
Bagi pengusaha haram,kegiatan penjualan cetak rompak boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada mereka. tambahan pula,pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang tulinnya dari segi publisiti dan iklan. mereka juga tidak payah keluarkan sesen pun untuk membayar royaliti kepada pihak pereka atau pencipta yang asal. oleh itu, mereka menikmati keuntungan yang besar, sedangkan penusaha terpaksa bersusah payah mengeluarkan belanja yang besar.
Comments