"Third Force" Usaha Cari Makan Musim Pilihanraya.


Ada satu kumpulan di namakan "third force" kononnya mereka ni macam kumpulan pendesak atau kumpulan alternatif kepada pakatan haram, tujuan mereka untuk membekalkan calon-calon pilihanraya sekiranya pkr gagal meletakan calon yang sesuai.

Mereka akan bertanding di sekurang-kurangnya 20 kerusi parlimen, matlamat penubuhan third force ialah menjadi barisan penampan sekitar 20 Ahli Palimen untuk mempertahankan kerajaan sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaan. menurut penyelaras kumpulan third force, haris ibrahim yang juga seorang blogger, berkata calon-calon third force yang berpotensi akan melalui proses pemilihan ketat bagi mengelakkan kes-kes melompat parti selepas pilihan raya. setakat ini sudah ada 16 orang yang bersedia untuk menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Pandangan aku senang je, third force ni di tubuhkan oleh haris ibrahim dan berberapa orang lagi untuk cari makan dalam dalam pru ke 13 akan datang, mereka ni dah nampak, pkr akan ruyub dalam pru 13, so sebelum pkr ruyub, depa nak pau anwar dan pemimpin pkr, rakyat malaysia kalau mengundi yang pertama mereka akan pilih ikut parti dan yang kedua mereka akan pilih ikut calon, jadi kalau third force nak bertanding sebagai calon bebas, agak-agak ada orang nak undi depa ke? calon depa pun orang tak kenal, silap hari bulan hilang duit deposit beb. tapi bagus juga ada third force ni, kurang-kurang senang sikit kerja bn, adanya third force ni dapat pecahkan undi pembangkang. bagus haris teruskan la kacau undi pakatan haram dengan pasukan third force kau tu.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID