29 Disember, Piala Suzuki AFF & Peristiwa Berdarah Kalabakan


Hari ini tanggal 29 dis 2010, pasukan harimau malaya akan bertandang ke stadium bung karno jakarta, dengan misi, menang, malukan indon dan pulang dengan selamat ke tanahair, aku yakin pasukan harimau malaya mampu merobek-robekan bulu burung helang (indon kata garuda, garuda tak wujud pun) sehingga togel.

Aku bukan nak ulas pasal bola dan team harimau malaya, aku yakin mereka pasti berjaya, bawak balik piala aff tu, tapi aku nak cerita pasal tarikh 29 dis ni ia ada kena mengena dengan malaysia dan indon juga.

Kira-kira 47 tahun dulu 29 dis 1963, kira-kira jam 9 malam gugurnya 8 orang askar melayu di tangan kira-kira 130 askar indonesia dalam konfrantasi, misi mereka untuk ganyang malaysia, operasi ganyang malaysia adalah operasi tajaan bung karno yang mana namanya di abadikan di stadium yang pasukan harimau malaya akan bertandang malam ini.

Mungkin banyak orang tak tahu cerita pertempuran antara askar melayu dan askar indon di kalabakan sabah, tapi ini sejarah, sejarah yang pihak indon cuba sorokan dari pengetahuan rakyatnya, semasa pertempuran di kalabakan, dikatakan askar indon seramai 130-150 orang telah menyerang pasukan askar melayu seramai 26 orang yang ditugaskan mengawal di satu kawasan sungai kalabakan sabah, dalam pertempuran berdarah itu, di ceritakan kepada aku oleh saad hj. razak jkkk kg pekan kalabakan, askar indon menyerang askar melayu ketika sebahagian mereka sedang menunaikan solat isyak, seramai 8 orang askar melayu gugur dan 18 lagi cedera, askar indon tidak dapat mengalahkan askar melayu walau pun jumlah mereka jauh lebih ramai dari askar melayu.

Korang boleh search cerita pasal pentempuran di kalabakan tu di sini, cerita ini menjadi bukti yang bertapa hebatnya askar melayu dan angkatan tentera malaysia dalam perperangan, ingat atm tak pernah kalah perang, itu rekord yang cukup di takuti oleh jiran kita seperti singapura dan indon.


Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.