Confirm Khusrin SUK Selangor, Khalid Nak Mengadap Sultan Lagi Nak Buat Ape?

Pelantikan pengarah jais datuk mohd khusrin munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) selangor yang baru muktamad, kata setiausaha sulit sultan selangor datuk mohamad munir bani.

Laporan itu kononnya dilihat menafikan pendirian kerajaan negeri pimpinan pakatan haram.

Munir berkata keputusan itu dibuat oleh jabatan perkhidmatan awam dan telah pun mendapat perkenan sultan selangor sultan sharafuddin idris shah.

“Pada pandangan saya, keputusan itu ‘confirm’ kerana tuanku telah memberi perkenan melantik beliau khusrin,” kata beliau dipetik sinar harian hari ini.

Munir berkata dalam perlembagaan negeri selangor, kuasa pelantikan terletak pada suruhanjaya perkhidmatan awam.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang semalam kira-kira tiga jam selepas pengumuman oleh putrajaya, kerajaan negeri selangor dan pusat dilihat terlibat dalam ‘konflik awal’ ekoran khabar angin yang dimainkan oleh pakatan haram kononnya pelantikan khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri selangor yang baru sebenarnya belum muktamad.

Kenyataan pejabat menteri besar berkata, cadangan pelantikan datuk mohd khusrin munawi sebagai suk selangor yang baru oleh kerajaan pusat tidak pernah dimaklumkan kepada khalid ibrahim.

“Justeru, khalid telah menghantar surat bantahan kepada sultan selangor memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Difahamkan khalid telah menghantar tiga nama ydp majlis daerah sabak bernam, majlis perbandaran subang jaya dan majlis bandaraya petaling jaya dan kerajaan negeri selangor tidak begitu senang dengan tindakan pusat menghantar nama khusrin walau pun pakatan tahu kebiasaannya pelantikan jawatan itu lazimnya dibuat oleh pusat.

Ini kali pertama kerajaan negeri selangor berhadapan dengan situasi itu selepas mengambil alih pentadbiran selepas menang pilihan raya umum lepas.

Pelantikan itu dikhuatiri akan menimbulkan konflik dan mengganggu kelancaran pentadbiran negeri memandangkan khusrin didakwa lebih cenderung kepada pentadbiran najib.

Khalid dijangka akan menghadap sultan selangor esok berkenaan isu itu.

Khusrin menggantikan datuk ramli mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 disember.

Comments

Hamdan Rukun said…
AKU TETAP DENGAN PENDIRIAN AKU BAHAWA SIAPAPUN YANG DILANTIK KERAJAAN PUSAT DAN DIPERKENAN TUANKU AKAN TETAP DIPERTIKAI PAKATAN.

MATLAMAT MEREKA IALAH NAK CABAR INSTITUSI RAJA DAN TIMBULKAN KEBENCIAN. INILAH KOMUNIS.
Anonymous said…
DAP dan PKR takut kat Datuk Kusrin.. sebab dia seorang yang tegas, berprinsip dan bukan bekerja untuk Tuan tapi untuk Tuhan.. tu yg gangster2 selangor ni takut.. susahlah mereka nak sembunyikan penyelewengan nnt.. ingatkan tahun depan ni la masa nak merembat apa2 peluang sebelum kalah pru13.. tapi ada pulak yang akan menghalang..
Puak2 PAS, x kisah boleh kawtim punya.. sbb diaorg semua 'islam flexible'.. boleh makan punya....

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID