Mak Bapak Mazlan Aliman Pemalas...
Mak bapak mazlan aliman pemalas, itu lah ayat yang keluar dari seorang otai peneroka felda yang aku jumpa khamis lepas bila aku tanya dia pasal mazlan aliman dan pakatan haram kata felda bankrup. aku yakin pakcik yang dah berpuluh tahun jadi peneroka felda itu jujur memberi jawapannya tu.
Menurut pak cik tu, mana mungkin felda boleh bankrup, setelah berpuluh tahun felda ditubuhkan sudah banyak peneroka yang sebelum ini miskin melarat kini ada yang sudah bergelar jutawan, kalau tak jadi jutawan pun kehidupan mereka menjadi 100 kali lebih baik dari sebelumnya. tambah pak cik tu lagi, "walau pun saya ni tak belajar tinggi, tapi skim yang dibuat oleh kerajaan macam felda ni, hanya ada 1 sahaja di dunia, negara lain tak buat pun, dari tak ada tanah, felda bagi tanah, dari tak ada modal, felda bagi modal, dari susah, kini dah senang, hanya orang malas sahaja kata felda tak bantu dan makan duit peneroka.
Tambah pak cik tu lagi, "mana ada orang berniaga asyik untung je, sekali-sekali mesti rugi, kalau nak untung je, siapa pulak nak rugi, macam tu juga lah dengan felda, ada rugi dan ada untung, tapi nampaknya alhamdulilah felda ni banyak untungnya dari rugi, kalau rugi tu biasalah, adat orang berniaga, tapi tak lah sampai bankrup, orang yang kata felda bankrup tu dia bodoh".
"Hanya orang yang malas dan yang tak mahu merebut peluang-peluang yang felda sediakan je akan cakap macam tu, di beri tanah tapi tak mahu usahakan sendiri, pajak kat indon dan bangla untuk kerjakan, bila jual, hasil dapat sikit, mulalah kata felda tak adil, felda itu dan ini dan felda dah nak bankrup. kalau felda ni dah bankrup, dah tentu satu persatu tanah rancangan dah dijual, tapi saya tengok felda makin berkembang maju".
Sebelum aku balik, sekali lagi pak cik tu pesan pada aku, hanya orang malas sahaja yang kata benda-benda buruk pasal felda, mereka malas tapi mereka tamak, kerja tak mahu buat, tapi nak untung macam orang yang buat kerja.
Comments