Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini. Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

sumber: malaysiakini

Comments

Anonymous said…
anak menantu :bala dah sampai pak ...
Mertua :nanti bapak sembahyang tolak bala...
Anak Menantu :tak payah pak bala dah dekat tuuu
( dialouge madu tiga) ....

20 tahun dulu doa mintak petunjuk dan sembahyang hajat satu stadium di kote baharu dah makbul....sekali sembahyang hajat bkan anwar je yang tersungkur tok guru pun tertonggeng kena liwat kah kah kah ...
Anonymous said…
Salam..

Saya berharap pihak Kerajaan berhati-hati terhadap isu ini. Nampak agak meragukan. Kenapa tidak terus sahaja diserahkan kepada pihak polis atau Jabatan Agama Islam?

Ada kemungkinan ini merupakan strategi terakhir pemimpin pembangkang tersebut untuk mengalihkan perhatian terhadap kes beliau yang sedang meruncing sekarang. Apatah lagi apabila isu DNA dilihat seperti makan tuan.

Kalau betul video ini palsu, beliau akan menuduh pihak Kerajaan sengaja membuat video tersebut untuk menjatuhkan beliau. Ini secara langsung akan menaikan semua nama beliau di pandangan rakyat dan masyarakat.
Anonymous said…
betul rasanya seperti anon 3.53pm kata mungkin itu cara terdesak anwar untuk lepas diri dan memburukan kerajaan.. dalam gambar mungkin betul anwar sedang syok berasmara dengan pelacur yang dibekalkan oleh DAP....dia baru layan benda ni minggu lepas kot.....
Anonymous said…
gua juga amat curiga,,macamana anuar tahu perut buncit apakah dia sudah tengok,,[2]press bagitu cepat puak dia adakan,[3]kuda2 dia melenting menafikan dengan lantang,kebetulan vedio belum lagi keluar,,,,,gua rasa vedio ada udang disabalik mee,,,gua harap kita jangan melenting,,,mungkin ingin alihkan kes liwat dihujung maut,fikir22lah
Dust said…
I rasa tak perlu ghairahlah tentang video tu. Itu mungkin taktik parti pembangkang untuk alih perhatian. Mungkin mereka yang buat pun .... yang nampak tak masuk akal kita .....dan nampak ketua mereka jelas difitnah lalu membawa kepada simpati dan sokongan kpd mereka.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.