Saya Tengok Sendiri Mangsa Tersepit...

“Saya pergi ke tempat kejadian, menyaksikan pasukan penyelamat bekerja dengan keras. Saya nampak empat kaki... ia adalah mayat dua budak lelaki yang terperangkap serta tertimbus dihempap tanah dan dinding konkrit besar. Ia adalah tragedi yang amat menyedihkan”.

Demikian luahan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menceritakan tinjauannya ke tempat kejadian tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat dekat sini, malam kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tiba di tempat kejadian jam 11 malam.

“Hati saya sudah pun berada di tempat kejadian tragik di Hulu Langat itu,” katanya yang menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa.

Muhyiddin berkata, kerajaan sedang menangani keadaan dan akan memberikan bantuan kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh itu sebagai sokongan kepada mereka dalam menghadapi tragedi berkenaan.

Ketika melawat tempat kejadian malam kelmarin, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban.

Selain itu, katanya, kerajaan juga menanggung sepenuhnya kos perubatan mangsa yang cedera dan segala keperluan pengebumian mangsa yang meninggal dunia.

emm... mana mb selangor ekk.. aku dengar semalam dia pi melawat bukit antarabangsa tempat azmin ali, apa hal pi melawat bukit antarabangsa, tanah runtuh di hulu langat.... ntah laa.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.