Astro Penggalak Sumbang Mahram

Terjebak jugak la tadi aku layan program bodoh dalam astro, mari menari.

Siapa la punya idea buat program bangang macam tu, aku tak kisah kalau program tu di sertai oleh suami isteri, tapi buruk sangat la kalau mak dan anak lelaki, bapak dan anak perempuan menari berpeluk-peluk.

Macam tadi aku tengok pasangan anak perempuan dan bapak, syok betul bapak dia peluk anak perempuan dia dan lagi satu pasangan mak dan anak lelaki dia, tak pasal-pasal anak lelaki dia dapat tengok ketiak mak dia shave ke tidak. silap-silap mau ngaceng anak dia tu.

Come on la, kalau nak liberal pun beragak la sikit, jangan jadikan alasan pasal mereka tu muhrim korang nak halalkan adegan peluk memeluk anak beranak, kalau nak buat pun dalam rumah la, tak payah tunjuk- tunjuk depan satu malaysia.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Comments

Anonymous said…
setuju ... menjijikan .... islam ker selam depa nie yang masuk tuuu....
Anonymous said…
tu dah ok ler sbb ada pertalian,dulu pasangan langsung tidak muhrim,cuma pihak astro kena la sensitif sikit cara berpakaian serta gerak tari tu kalau terangkat situ sni nampak bahagian2 yang xsepatutnya,
Unknown said…
Salam tuan rumah, tak dapat komen, tak langgan astro :D
Anonymous said…
setuju..masa iklan nya keluar dulu ku dah agak dah...tak senonoh betul..
dah terminate astro kelmarin..
Anonymous said…
Saya teringat semasa tengok program "So You Think You Can Dance" di saluran Astro AXN di mana sepasang penari terdiri dari anak perempuan dan bapanya menari berpelukan di peringkat qualifying round. Walaupun jemaah hakimnya semua Mat Salleh (bukan Islam), mereka semua bersependapat bahwa mereka merasakan "weird" dan tidak selesa dengan gandingan anak dan bapa ini.Sepatutnya orang Islam lagi sensitif terhadap isu ini.
Anonymous said…
saya tonton rancangan menari us. komen juri kafir yang moden hidupnya terhadap pasangan anak bapa menari, ialah menjijikkan pasal emosi semasa menari, cintakah bapa kepada anak ? ni melayu, agama islam lagi, mak bapak tak tau hukum ka ? tak tanya ustaz dulu ker, ooopps ostaz sibuk dengan kartun ....dan berpolitik.
usin said…
ntah hape2 punya program pun aku x tau. apa ke jadah mak dgn anak jantannya, anak pompuan dgn bapaknya, adik pompuan dgn abangnya menari berpeluk2 mcm laki bini. nak tunjuk betapa liberalnya agama sekarang ni? come on la, ni sume isyarat2 penggalakan sumbang mahram. peserta2 yg muslim tu dh buta kayu nk kejar glamour ke sampai tergamak berlagak laki bini walaupun sebenarnya bukan laki bini? aku desak batalkan saja rancangan ini atau kalau nak teruskan jugak, hanya untuk suami isteri sahaja noktah
maun said…
Dari segi budaya Melayu pun dah salah apalagi agama
Anonymous said…
Astro apa dahal,duit ma.Zaman sekarang program cam ni bleh wat duit,program cam ni yg rating tinggi,Penonton lagi galak ar tgk.Cuba program agama,ermmm...
Dot said…
dah lama tak langgan..menyampah dgn semak samun dlm astro..kecuali 2,3 channel agama..tp tak suka penceramah indon lak..mcmla kita takdak ustaz2 yg berkaliber...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.