Perhimpunan Bersih, Sedih Bila Menteri KDN Lembik...

Aku rasa dah ada dekat 30 laporan polis yang di buat oleh pelbagai ngo dan pihak umno terhadap perhimpunan bersih ni, tapi sampai la ni tak nampak pun sebarang tindakan terhadap penganjurnya ambiga dan mat sabu.

Soalnya sekarang ni, kenapa KDN terlalu lembap bertindak, kita semua tahu, bila setiap kali perhimpunan haram jadah di lakukan, maka akan banyaklah harta benda awam yang musnah, rosak dan terbakar. kita tengok masa hindraf berdemo dulu, pi tanya DBKL berapa banyak tong sampah mereka di bakar? berapa banyak tanda jalan yang kemik akibat di baling batu dan berapa banyak pulak harta benda orang awam seperti moto dan kereta yang rosak, dan berapa ramai pulak peniaga yang terpaksa menutup perniagaan mereka pada hari itu.

Perhimpunan bersih yang pertama dulu pun macam tu juga, peniaga di tepi jalan merungut pasal depa tak boleh meniaga, banyak motosikal yang jatuh di tempat parking kerana di terajang oleh pendemo yang tak puas hati dengan polis, marah dengan polis moto dan papan tanda yang jadi mangsa, tapi pihak pengajur langsung tak mahu bertanggung jawab dalam hal tu, mereka lebih senang mengatakan itu adalah provokasi sb (special brunch/ cawangan khas polis) yang berpura-pura memakai baju demo bersih.

Perkara ni boleh di elakan kalau polis menangkap berberapa orang dalang seperti ambiga, mat sabu, anwar ibrahim dan berberapa pemimpin lain seperti tony puah, khalid samad dan mereka yang di rasakan sesuai oleh polis untuk tidur lokap semalaman, kalau dalang-dalang ini tangkap aku yakin seratus-peratus, demo tu tak akan jadi, kalau jadi pun demo tu akan jadi macam acara jalan-jalan di bandar kuala lumpur.

Sedih tengok KDN sekarang ni, teringat aku dulu ketika arwah tan sri megat junid jadi timbalan menteri KDN, korang tengok sendiri bertapa tegasnya dia menangani perhimpunan haram masa anwar kena pecat dulu dan sebotok-botak syed hamid pun, berani juga di tangkap pemimpin pembangkang gunakan akta isa, hishamuddin buat apa? jangan kata nak gunakan isa, nak bersuara mintak anwar serahkan passport pun dia tak berani... itu pasal la sekarang ni pembangkang makin naik tocang...

Comments

Anonymous said…
Menteri KDN nie kena letak kat kementerian pelancongan patutnya.. Tak tegas langsung.. Dpn press cakap macam nak amik tindakan tapi... Hmm korang pun fahamkan.. Malu la aku asyik jadik bhn gelak kwn2 aku yg sokong PR.. Siap sound "arwah megat junid ngan syed albar lagi power laaa.." Malu siot.. Malu.. Malu..
Anonymous said…
hishamuddin ni sebenarnya lembik mulut jer cakap berapi2 tapi hakikatnya tiada apa yang dilaksanakan untuk membantah BERSIH dari awal lg,esok nak berdemo hari nie baru nak buat itu ini,walhal dari sekaranglah ambik tindakan,penganjur dah tau sape,buat ler kerja jangan jgn lembik sgt mcm pondan,tunjuk kejantanan sikit
Anonymous said…
Pls la Hishamuddin wake-up from your damp sleep.
You look coward and no lancau
Anonymous said…
Macam mana la kau boleh jadi Menteri KDN.
Jangan la takut bro, Malu la aku
Anonymous said…
KAMI RINDUKAN KETEGASAN MU.....NAK TUNGGU APA LAGI, BIARALAH KDN GAH DI MATA RAKYAT DAN BUKAN NYA INDAH PADA NAMA......ITU BAB PERHIMPUNAN BERSIH.....ISU YANG LAGI BESAR PATI (PENDATANG TANPA IZIN) MEREKA SEMAKIN RAMAI DAN BERMAHARAJALELA SAHINGGA KAMI PUN TAKUT UNTUK KELUAR KL .....NAK KELUAR RUMAH SEMINT PUN PUN SEMUA PINTU DAN TINGKAP KENA GRILL....KALAU TAK HABIS KENA KEBAS......TOLONG LAH ARAHKAN AGENSI PENGUATKUASA SAPERTI POLIS, IMIGRESEN, JPN, SERTA RELA BUAT KERJA BARULAH KAMI BOLEH TIDUR LENA SIKIT......MENTERI TAK APALAH SEMUA CERUK DIKAWAL...TAPI KAMI........
Anonymous said…
bro, kita jangan sebut ni perhimpunan bersih tapi sebaliknya demonstrasi jalanan oleh puak pengacau. it lah kerja mereka.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID