Titah YDP Agong, Apa Komen Aziz Bari...?


Teks penuh titah khas SPB YDP Agong mengenai perhimpunan haram berSHIT 2.0 korang baca teks ni dulu nanti aku komen...

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

komen aku: apa pulak komen profesor yang mengaku dirinya pakar perlembagaan, aziz bari, adakah aziz bari nak kata, YDP Agong pun mahu menentang perlembagaan?? aku nak tunggu sangat apa komen profesor kang-kung ni.

Comments

usin said…
yess!! kita tunggu prof kangkong ini memberi komennya. harap2 komennya ada ilmiah kali ini. kankongpun kalau buat sayur goreng sedap juga, hehehe
Anonymous said…
Saya harap kita jangan buang masa menunggu komen aziz bari yang tak cerdik, tak pndai bercakap dalam tv dan sentiasa bias. Kami heran bagaimana dia boleh sampai jawatan sekarang. Kami nampak dia tiada berkebolehan sapoerti professor lain saperti Dato Shad Faruki dan lain2 yang lebeh mantap pengucapannya.Please donot pay any attention or entertain any nof Bari's comment.Just ignore and leave him alone playing with his fantasies and never make him feel important.He deserved to be taught a lesson.His subordinates speak better than him him.Tq.
Anonymous said…
nak dengar komen jamban tak siap nie wat per??

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.