Tragedi Natrah Bakal Berulang Kalau Pakatan Haram Perintah Malaysia...


Kenyataan Media

Kenyataan Khalid Samad MP Pas Shah Alam yang mencemuh bekas pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Ali menjadikan isu membaptis orang melayu di Gereja Methodist Damansara Utama yang diserbu oleh JAIS menjadi polemik yang sangat hangat dipasaran. Lebih hebat dari itu rakyat Selangor ditontonkan dengan tendang terajang politik Pas yang bergaduh sesama sendiri dalam menangani isu Murtad yang membelenggu umat Islam khususnya di Selangor.

MP Pas itu wajar mengerti yang Dr Hassan Ali adalah Exco Hal Ehwal Islam Selangor yang bertanggungjawab penuh sebagai wakil PAS paling Kanan yang sah dalam kerajaan Dap, Pkr dan Pas di Selangor.

Amat malang Pas Selangor yang kini dipimpin Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjaya nya tidak faham prosedur dan undang-undang dengan terus mencela, mendesak dan mengutuk tugas yang dilaksanakan oleh JAIS. Khalid lebih berminat meraih sokongan politik murahan dari menyelesaikan persoalan yang rumit dan sensitif ini.

Juga bertambah malang Presiden Pas dan barisan kepimpinannya yang selama ini sangat lantang mempertahan kepentingan Islam kini menikus. Mereka seolah-olah menyokong usaha memurtadkan umat Islam.

Tindak tanduk pegawai penguatkuasa JAIS dalam isu ini dipercayai berlandaskan peruntukan undang-undang Enakmen Jenayah Islam Selangor yang terpakai untuk seluruh umat Islam yang berada di bumi Selangor. Rakyat yakin pasukan JAIS telah membuat pelbagai penyelidikan, risikan dan intipan sebelum ini bagi memastikan kes ini sahih.

Menurut sumber, gerakan Katolik membaptis orang melayu & muaalaf di Selangor kini berjalan dengan sangat aktif. Peristiwa yang berlaku digereja methodist itu merupakan 'Tips of Iceberg' yang sangat menyentuh hati dan perasaan umat Islam.

Adalah amat dikesali Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tunduk kepada tekanan barisan Exco Dap dan mengambil pendekatan menyalahkan JAIS dalam isu ini. MB wajar memahami perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan dengan lebih fasih sebelum mengambil pendirian yang sangat berat sebelah menghentam pasukan penguatkuasa JAIS.

GAPS mengesa agar semua pihak akur kepada kedaulatan undang-undang dinegara ini yang menyebut soal kebebasan beragama seperti yang terkandung dalam perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan. Jika kedua-dua perkara ini di patuhi tidak timbul soal ada usaha mubaligh katolik yang beria-ia mahu memurtadkan umat Islam.

Kes membaptis umat Islam ini amat malang dan menyedihkan kerana ianya berlaku dan ini bertentangan dengan undang-undang di negara ini.

Sudah jelas lagi bersuluh kerajaan Dap, Pkr dan Pas Selangor telah menguris hati dan perasaan umat Islam di Selangor dalam bulan Ramadhan ini.

GAPS berdoa agar Tragedi Natrah kekal menjadi lipatan sejarah. Hanya kebijaksanaan pemimpin negara yang berjiwa besar sahaja yang mampu merungkai isu agama yang sensitif dan rumit ini.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

8 Ogos 2011

Comments

Anonymous said…
kafir di dahulukan, islam di kemudiankan, itulah prinsip perjuangan pas di zaman edan ini...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.