HUDUD: PAS Tersungkur Di Kaki DAP...


KENYATAAN PENUH PAKATAN RAKYAT

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang

Tak payah pusing-pusing nak jawab lah... ceritanya sekarang pakatan haram memang tak setuju pas nak buat hudud, kalau korang baca portal fitnah haprak daily, pas terang-terang menyalahkan umno dalam isu ini padahal dalam mesyuarat mereka semalam dap terang-terang kata tak bersetuju dan anwar pula kata dia bersetuju tapi secara peribadi bukan persetujuan pkr. keputusannya pas kalah 2-0.

Comments

Anonymous said…
bila pulok umno nak pecah belahkan pakatan rakyat dengan hukum hudud pas. yang memulakan bicara hukum hudud pas ialah pokenick dari pas, yang menentang keras hukum hudud pas ialah kumpulan kafir harbi dari dap. yang mula-mula sokong hukum hudud pas ialah brother anuwar bin ibrahim, kemudian menyedari desakan agar selain hukum hudud, hukum-hukum lain jugak kena dimasukan iaitu hukum qarinah, takzir dan qisas dimasukan dalam hukum jenayah syarie maka brother anuwar bin ibrahim pun menentang kembali hukum hudud. brother anuwar bin ibrahim bolih bersembunyi dibelakang hukum hudud tetapi akan terkantoi dalam hukum qarinah maka kenalah pusing 180 darjah tolak hukum hudud. er yang pergi mesyuarat bukannya pokenick tetapi aji adi pelopor negara kebajikan, tentulah dia bersetuju saja dengan usul brother anwar bin ibrahim dan puak pas. kenapa pokenick tak pergi mesyuarat itu?

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID