Petunjuk Terbaru: Trick Anwar Nak Lari Sebelum 9 Januari Ini...


Cara paling mudah untuk anwar lari dari masuk penjara kerana kantoi kes dia meliwat saiful...

1. wujudkan seberapa banyak ngo-ngo haram yang kononnya menyokong dia, padahal kepala ngo tu semua budak-budak pkr, contoh macam samm kepalanya chegubard, jingga 13, kepalanya faris musa, fack dan lain-lain.

2. Buat wave, kononnya anwar kena naya dengan umno, umno memang nak sumbat anwar dalam penjara, padahal semua orang tau, pelakuan liwat antara anwar dan saiful tu dibuat atas dasar suka sama suka. (menurut karpal)

3. bakar semangat rakyat, kononnya kalau anwar kena penjara, sistem keadilan di malaysia dah mati, tak ada lagi dah sistem keadilan di malaysia, mahkamah zalim.

4. hasut rakyat yang bodoh-bodoh, supaya merusuh dua tiga hari sebelum 9 januari ini, macam dulu depa buat black 14 dulu.

5. bila ada rakyat yang bodoh ni percaya anwar kena naya dan sistem kehakiman negara tak adil dan dibakar dengan sedikit sentimen perkauman maka rakyat akan merusuh, kepala-kepala ngo ini akan jadi kambing hitam untuk di tangkap.

6. bila kambing-kambing hitam ini ditangkap, anwar akan kata, polis di malaysia mengganas dan dia yakin dia kan di tangkap sebelum hukuman dijatuhkan.

Kepada semua pembaca dan seluruh rakyat malaysia, aku harap korang jangan percaya pada trick anwar ini,  apa pun ceritanya dia akan cari jalan untuk lari....

Comments

Anonymous said…
taktik anwar mmg hebat..dia mampu hasut ribuan org utk simpati dgn dia..harap2 rakyat mampu menilai dengan rasional
tabligh said…
Salam Ehsan,

Apa yang anda katakan itu ada kebenarannya.Untuk itu,jalan yang paling selesa ialah GHAIB pada 9/1/2012.

Tanda-tandanya ada,pertama dakwaan imam mahadi. Kedua program-program yang dirancang sebelum tarikh 9/1/2012.

Lain keberangkalian ialah lebih baik hidup bebas seperti Raja Petra dan Balasundram daripada merengkok ke dalam penjara.

Matlumat lanjut,sila baca postings terbaru saya.

http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/12/miliki-keramat-imam-mahadi-malaysia.htm
Anonymous said…
Mari kita lihat perbezaan diantara Anwar dan Saiful dalam menangani kes liwat ini:

ANWAR

1. Anwar tidak berhajat langsung untuk bersumpah mubahalah walaupun ia disyorkan oleh Nik Aziz dan Bekas Mufti Perlis Dr. Asri. Amat aneh orang yang mendakwa dirinya tak bersalah takut untuk bersumpah. Sedangkan dengan bersumpah dia sudah dapat politikal mileage yang hebat.

2. Dia lebih suka menggunakan khidmat bomoh dari seluruh dunia untuk membantunya selain daripada peguam2 non Muslim yang ramai. Yang peliknya dia gunakan Karpal Singh sebagai ketua peguam bela yang pada tahun 1997 telah menyerang dia di Parlimen.

3. Dalam keadaan kemlut begitupun, dia tidak mahu menunaikan haji atau umrah dengan membawa seluruh keluarganya sekali. Tetapi dia sanggup terbang ke seluruh dunia barat untuk memburukkan negara sendiri.

4. Pembohongan adalah pakaian Anwar. Apa yang keluar dari ucapannya kebanyakannya adalah bohong belaka. Oleh kerana dia ada keistimewaan yang dikurniakan Allah kepadanya kerana petah berucap maka ramailah yang tertawan termasuk rakan2nya yang telah meninggalkannya. Semua sedar mereka sudah kena kencing. Dia telah salahgunakan keistimewaan itu.

5. Mengenai jam Omega, sampai hari ini tidak ada jawapan darinya.

6. Belum pernah dalam sejarah penghakiman dimana2 negara didunia yang telah menangguhkan perbicaraan sehingga lebih 40 kali. Hakim menurut tanpa bantahan.

7. Dalam perbicaraan dia takut untuk memberi keterangan dari kandang saksi kerana takut mengangkat sumpah dan takut disoal. Dia pilih berada dikandang orang salah supaya dia sahaja memberi keterangan.

8. Setelah habis segala usaha dan ikhtiarnya untuk membela diri, dia gunakan pula rakyat konon hakim rakyat. Kesalahan itu adalah kerjabuat peribadinya dan dia nak libatkan rakyat pula untuk membelanya. Kita tunggulah tanggal 9hb. Jan. 2012. Kita akan lihat berapa ramai rakyat yang bodoh yang sanggup jadi lembu membela seorang peliwat.

9. Tolong jawab. Bagaimana boleh air mani Anwar berada dalam karung kunyit Saiful?

10. Selain dari bersumpah banyak lagi Anwar takut lakukan. 10.1) Serahkan darahnya untuk ujian DNA. 10.2) Ujian polygraph bersama Dato Eskay 10.3) Saman orang yang menuduh dia seperti Ezam, Ummi Hafilda, Dato Nalla, Anuar Shaari, Lokman Adam, Zahid Md Arip dan beberapa bekas temannya.

SAIFUL

1. Saiful pula konsisten pendiriannya. Apabila ditanya pendapatnya dia serah bulat2 kepada mahkamah membuat keputusan. Dia akur walaupun keputusan nanti tidak menyebelahinya. Dia yakin kepada ketentuan ALLAH. Baginya YANG HAK PASTI BERDIRI DAN YANG BATIL PASTI JATUH. Jadual hariannya penuh dengan berdoa dan bersolat hajat.

2. Bila disyor untuk bersumpah mubahalah, dia tanpa ragu-ragu menyahutnya. Hanya orang yang benar berani bersumpah. Jadi nilaikanlah.

3. Walaupun penangguhan demi penagguhan Saiful tetap bersabar. Sabar itu pakaian orang beriman.

4. Dua tahun sudah, Saiful telah menunaikan ibadah haji bersama datuk perempuan. Apabila dia pulang dari haji, wajahnya kelihatan bersih dan berseri. Dia dapat berdoa di Multazam, Hijaz Ismail, Raudah, di Jabal Nur dan banyak lagi tempat yang mustabak doanya.

5. Dia tidak langsung menggunakan khidmat bomoh kerana dia yakin dengan pertolongan ALLAH.

6. Di Mahkamah Saiful telah duduk dikandang saksi, mengangkat sumpah dan boleh ditanya sebarang soalan sehingga pada ketikanya Anwar takut dengan jawapan Saiful sehingga meminta supaya keterangan di beri dalam kamera.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah kehendak ALLAH belaka. Kerana lagi lama ia ditangguhkan lebih banyak perkara yang terbongkar dengan sendirinya. Lebih banyak hikmah rupanya.

Tolong berfikir. Ikut contoh rakan2nya yang telah meninggalkannya.

Pelihara Agama, Bangsa dan Negara.

Wassalam.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.