Selepas Sampah, Kerajaan Selangor Kacau Pula Perkhidmatan BAS Awam..


Kenyataan Media GAPS

Bas adalah pengangkutan utama rakyat Selangor pergi dan balik dari tempat kerja. Sejak Cityliner memberhentikan perkhidmatan bas di Selangor bulan lalu kerana rugi, berpuluh ribu rakyat selangor menjadi mangsa.  Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Klang, Kapar, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Kota Raja, Subang dan Banting yang menjadi nadi ekonomi Lembah Klang.

Kini apabila persekolahan telah bermula permasalahan ini lebih serius kerana ramai anak Selangor yang bersekolah dengan menaiki bas. Ibu-bapa terpaksa ambil cuti atau mc, bersusah payah mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah dengan basikal, motor atau kereta.

Dimanakah tanggungjawab kerajaan negeri? Dimanakah slogan Negeri Kebajikan yang dilaungkan pada setiap hari oleh pentadbiran kerajaan negeri? Adakah tugas MB dan Exco cuma melahirkan rumah-rumah urut yang tumbuh bagai cendawan atau membiayai mahasiswa berdemostrasi di jalanan?

Menteri Besar Khalid Ibrahim seperti biasa akan menyalahkan orang lain pada setiap kali timbul masalah rakyat di Selangor, sedangkan beliau adalah ketua eksekutif pentadbiran di Negeri Selangor. Sebagai MB tidak ada cara lainkah untuk menyelesaikan masalah rakyat Selangor selain menudung ke pihak lain yang bukan dalam tanggungjawab mereka ?

Dimanakah inisiatif MB untuk membantu rakyat? Khalid wajar belajar dari MB Negeri Sembilan yang membantu pengusaha Bas yang mengalami kerugian dengan memberikan pampasan bagi memastikan perkhidmatan bas dapat terus diberikan kepada rakyat.

Wahai MB Khalid guna lah wang peruntukan RM300 juta mesra rakyat yang diluluskan dalam sidang Dun Selangor November lalu untuk membantu kebajikan sebenar rakyat, bukan menyalahgunakan wang itu untuk kroni politik dan projek tempelan yang merugikan rakyat.

Perkhidmatan bas sangat relevan di Selangor. Rakyat menuntut perkhidmatan bas diteruskan. Isu bas ini lebih penting dari isu Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor yang akan dijatuhkan hukuman atas kesalahan Liwat suka sama suka pada 9 Jan ini.

Hamidzun Khairudddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

5 Januari 2012.

komen aku: apa yang boleh aku komen ialah, kerajaan selangor pimpinan pakatan memang baghal.

Comments

Anonymous said…
Entahle..aku kesian dengan orang melayu Islam selangor asyik ditindas aje di selangor..isu murtad,isu penjualan arak,isu pasir,isu unisel,isu tanah,isu Yayasan Selangor..huhu..Pulau Pinang pun sama..melayu jugak kena tindas..Kat Kelantan rakyat kelantan minum air teh susu..huhu..mana le kebajikan yang pembangkang kata tu?? aku nak tengok jugak tapi hampa takde..hanya omong kosong saje..huhu
Anonymous said…
buat saudara yg kurang bijak, masalah bas di selangor bukan berpunca dr kerjaan negeri selangor, ia berpunca dari City Liner sendiri, apakah asasnya bukan city liner peralihan dari Transnasional Bhd, secara amnya ia berkaitan sengan SPAD sistem aliran pengangkutan darat. apa dan ia bukannya konsesi kerajaan negeri selangor. kalau dah syarikat bas dipunyai kerajaan perkara ni x mungkin berlaku. malu rasanya bila tgk dlm tv pasal xder bas di Johan setia, itu masalah kerajaan pusat kerana kegagalan menyediakan jarainga laluan darat untuk semenanjung, kes di negeri sembilan itu kerana konsesi tersebut masih dipunyai oleh kerajaan negeri usah nak tipula. mengenai sampah di shah alam kalau upload video ada menteri yg malu kerana nama dia bakal disebut menjadi anjing umno, sudah2 nak bangkitkan kes nilai integriti yang ingin di ketengahkan, mmg kubur masing2 tp bising kene seksa menyusah penghuni kubur lain
Anonymous said…
tu semua alasan..kata dulu nak kuasa..bila dah ada kuasa, semua kata tak leh wat..salah org ni, org tu..gunalaha akal untuk atasi semua masalah
Anonymous said…
saudara yg bijak sangat,

hang tu duk dlm opis aircond, taip buat alasan panjang2..apasal kerajaan Selangor tak ambik alih city Liner tu awal2 kalau kerajaan NS boleh punya konsesi bas mrk sendiri. nak salahkan SPAD pulak..kes samapah nak salahkan UMNO..kalau sampah tu kutip, tak jadi isu..simple thing pun tak boleh settle..ceramah tiap malam..
Anonymous said…
ni la mslhnya bila berjanji melangit..masa menifesto janji mcm2..dh menang x dpt tepati semua janji..itu yg buat rakyat mrh..sepatutnya parti politik berjanji perkara2 yg realistik..yg mereka mampu laksana..bukan sekadar janji utk raih undi

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.