Dewan Ulama PAS Angin Dengan Anwar Ibrahim...


Ibrahim Baba – Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.

Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkit kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri.

Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari ketelanjuran Anwar ini.

Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermatian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel tiba-tiba Anwar menyanggah PAS dengan menyokong Israel.

Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil “an after thought”.

Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu. Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama.

Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris.

Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan “depa tak reti Inggeris”.

Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawap apabila batahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC.

Siri keterlanjuran Anwar ini amat tidak disenangi oleh ustaz-ustaz di dalam PAS.

Di kalangan pimpinan PAS, isu liwat dan video seks sudah sukar untuk ditolak lagi. Hampir keseluruhan ahli dalam Dewan Ulama PAS yakin dengan video Eskay dan lebih separuh dari barisan pimpinan percaya dalam isu liwat II Anwar ini.

Sebab itu ramai di kalangan pimpinan PAS mengelak dari hadir di kediaman Anwar apabila dijemput untuk ke majlis “solat hajat dan doa selamat” malam sebelum 901.

Seorang yang bercakap dengan IB secara bersemuka mengatakan bagaimana mungkin beliau hendak menadah tangan untuk berdoa ke atas kemungkaran.

Malah ramai di kalangan “Anwariyyun” (atau yang kini digelar parasit) percaya isu video Eskay. Mereka semacam masih “bersama” sekadar kepentingan permainan politik sahaja.Setakat pergaulan dan pertemuan IB dengan beberapa pimpinan PAS isu moral Anwar jelas menjadi liabiliti besar kepada mereka malah ianya sedikit menggugat keimanan yang sentiasa dibisikkan dengan pelbagai persoalan kerena terlibat sama “mempertahankan” Anwar.Sebab itulah apabila Azmin ingin mengumpulkan 100,000 untuk 901, sasaran tersebut tidak tercapai.

Ini kerana pimpinan PAS tidak langsung memberi arahan untuk menggerakan ahli mereka hadir di mahkamah pagi tersebut. Mat Sabu sendiri pun antara orang yang awal percaya dengan masalah moral Anwar ini.

Sumber: anwaraidc.com.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Anonymous said…
alah ..cakap je berdegar2 si harun nie...sekali di herdik anwar..terus diam menyepi..macam tikuss..puak2 ulama pas nie nak nunjuk2 je ke ahli2 diaorang..kononnya merekalah pejuang islam
Anonymous said…
anon 1:27..betul kata awk tu sy stuju sgt2...ulamak penakut mcm ular dalam semak jer heheheh,,penakut...dr hasan ali jer yg berani betul2 anak jantan ...dr hasan ali sebutir permata
Anonymous said…
yg depa angin bukan orang lain pun..bakal PM depa jugak..
Nok said…
ala pas biasa la parti munafiq lagi haprak...rakyat dah tahu lama dah pasal kemungkaran anuar....baru la ni nak sanggah anuar...ini lah namanya hipokrit kepala butuhhhh harun, nik aziz....cakap tak serupa bikin....parti pas pun dah nak mampos dah...tak ada maknanya lagi tak sokong anuar...baik sokong terus...kan semamgat pakatan...lancauuuu kena herdik dgn DAP terus senyap....haramjadah punya parti....
Anonymous said…
Saya setuju dengan pendapat anon 1:27.
Ulamak PAS memang takut dengan Anwar.
Anonymous said…
Orang PAS sajer yg iktiraf mereka2 ni sebagai 'ulamak'...

Usahkan rakyat biasa.., Anwar Berahim pun tak respect mereka...

Syok sama2 sendiri jer...
sman said…
Aku pun setuju dengan anon 1:27Sebenarnya saya pun dah naik menyampah dengan sikap mereka yg di gelar ulamak dalam PAS.Bila org di luar kelompok mereka melakukan sesuatu yg boleh di 'hukum' tidak Islamik,macam kilat mereka menjatuhkan hukuman tanpa meminta penjelasn.Bila tiba giliran org dalam kelompok mereka,mereka menyorok kepala dan menaggal serban,mereka terus lupa taraf ulamak yg di beri kepada mereka,dan buat tak faham bahawa ulamak perlu berkata benar.

Sepatutnya dalam kes Anwar mereka sudah lama mejatuhkan hukuman kepada Anwar seperti mereka menjatuhkan hukuman kepada Tun Mahathir.

Sesiapa pun yg di gelar ulamak dari kelompok PAS,memang aku tak respek sikit habuk.Kebisuan mereka seolah-olah mereka tak takut Allah tapi lebih takut pada Anwar,LKS dan Khalid Gereja,mereka tak mahu syurga tapi lebih berselera untuk ke Putrajaya.Terusterang saya kata,Nik Aziz paling saya tak suka dalam grombolan ini.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.