HINA Sultan Johor, 30 Buat Laporan Polis Terhadap Uncle Seekers...


Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya
yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.

Bernama.

Comments

Anonymous said…
Alhamdulilah Sultan Selangor dan Khalid Ibrahim makin rapat sekarang ni.
Anonymous said…
dia ni pon jenis penipu gak ni....
Anonymous said…
sepatut nya bersyukur lah, bukan dengki
Anonymous said…
Rosak mamat nie....dulu bapak dia timbulkan mcm mcm provokasi siapa tak kenal syed hussein atau pak habib...bukunya asyik menyalahkan semua pemimpin....
Unknown said…
sebagai rakyat,.uncle seekers punya hak nak bersuara,..

sultan johor bukan semuanya betul,byk salah dia buat,..mabuk arak,pukul orang awam,..

badjet gangster la,.gangster cap ayam

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.