Akhirnya PAS Setuju Hudud Tak Baik Untuk Pakatan...



Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan perlaksanaan hukum hudud.

Menurut Karpal, pendirian PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata".

Satu kenyataan yang ringkas dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya dalam isu ini. 


Kelihatannya seperti DAP pun amat menyedari tujuan PAS mempropagandakan isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik kepartian sahaja dan tidak lebih sekadar retorik semata-mata.

Entah apa reaksi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat setelah membaca kenyataan tersebut yang bukan sahaja mencabar kewibawaannya malah turut bernada sinis memperlekehkan angan-angan PAS berkaitan hukum hudud yang dianggap sebagai satu retorik politik semata-mata oleh DAP.

Kita harap Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan tidak melatah sebagaimana kebiasaannya sebelum ini dengan mengalihkan perhatian ramai berkenaan isu hudud itu dengan menyalahkan UMNO atau Kerajaan Pusat. 

Harapnya untuk sekali sekala Nik Aziz dan semua pemimpin PAS dapat menunjukkan sikap gentleman menjawab kritikan Pengerusi DAP itu.

Setidak-tidaknya PAS perlu mengambil langkah tegas dan segera dengan mengikrarkan secara terbuka dan rasmi bahawa parti itu tetap jua akan melaksanakan hukum hudud seandainya PR menang dalam PRU 13 nanti sekalipun mendapat bantahan dari DAP.

Atau paling lekehpun, PAS patut berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan calonnya bertanding di minima 150 kerusi Parlimen supaya sekiranya menang kesemuanya dapatlah mengubah suai perlembagaan negara demi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud.

Tapi beranikah PAS bertindak sedemikian dengan melanggar arahan abang besarnya DAP yang sekarang ini memegang talian hayat untuk survival PAS di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang pengundinya bercampur dan sedang disandang oleh ramai pemimpin PAS pro Anwarinas?

Tergamakkah PAS menonjolkan dirinya sebagai ketua dalam PR selanjutnya menguasai lebih separuh kuota pembahagian kerusi Parlimen di antara parti-parti dalam PR untuk ditandingi dalam PRU 13? 

Tentu sekali tidak. PAS tidak akan sanggup menjadi ketua dan menguasai pembahagian kerusi Parlimen kerana sifat kewujudan PAS sejak dulu sudah termaktub sekadar menjadi alas kaki kepada parti pembangkang lain.

PAS mahupun Nik Aziz sendiri juga tidak akan sesekali berani mempertahankan angan-angannya untuk melaksanakan hukum hudud. PAS juga tidak akan sanggup mengasingkan dirinya dari PR demi kerana hudud.

Bukan sahaja kerana isu hudud itu sendiri adalah retorik PAS semata-mata, tapi juga kerana hakikatnya PAS juga tahu realiti semasa belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Sudah acapkali PAS tunduk diam mengikut sahaja arahan abang besarnya asal sahaja isu hudud menggugat PR dan tiap kali itulah selepas sesatu mesyuarat tergempar PR berkaitannya, PAS akan berbelit lidah seterusnya orang lain pula dijadikan kambing hitam.

PAS juga tergamak mengecam bekas Timbalan Presidennya sendiri hanya semata-mata takut kenyataan tegas Nasharudin Mat Isa berkaitan isu hudud bakal menjejaskan hubungannya PAS dengan DAP. Sayangnya PAS pada DAP sehinggakan Mursyidul Am PAS sendiri sanggup boikot mesyuarat Majlis Syura yang sepatutnya dipengerusikannya sampai tamat.

Bila sudah sedemikian rupa, janganlah salahkan rakyat bila ramai berkongsi ppendapat bahawa PAS akhirnya akan setuju dengan pandangan DAP bahawa isu hudud tidak mendatangkan kebaikan kepada PAS dan PR.

Seterusnya seperti biasa, PAS akan menyalahkan UMNO sebagai punca retorik hukum hudud yang dijajanya gagal direalisasikan. Dan, si balaci serta penyokong PAS akan meneruskan amalan rutin mereka, angguk-angguk tanda setuju pada tipu daya propaganda tersebut.

Comments

Anonymous said…
kah kah kah...

jadi yg dok gebang pasal hudud apehal? bagi penerangan dulu la. asal ceramah je, keletong pasal undang2 hudud. la ni belum smp masa pulak. sama je dgn apa yang najib kata sebelum ni..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.