Artikel Terbaik Dari Timbalan Editor SinChew Daily...


Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.  

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.  

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.  

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.    

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.  

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.  

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.    

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.  

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik.  

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.  

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.    

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.  

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.  

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.  

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?  

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.  

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.  

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’ Sinchew Daily 28 Ogos 2012.

Comments

Anonymous said…
itu gak apa apa tu ya.yang penting sekarang ya , kasi itu barisan nasional 1 malaisia itu ke kuburan ya, kerna mereka ini sering bikin warga malaisia berhantaman sesama sendiri ya. kasian malaisia masih mau ngomong politik SARA orang indo bilang.
Anonymous said…
Yang jelas dan nyata sekarang dibanding dengan cerita omong-omong rekaan penulis dan pemblog.

Mungkin jadi mungkin tidak, mungkin lebih teruk mungkin lebih baik.

Yang nak menakutkan pengundi dapatkan undi amatlah perbuatan keji dan langsung tidak bertamaddun.

Malaysia ni macam Afika ke?

Rakyat sekarang dah lebih matang tak macam dahulu dan orang banggang sahaja yang masih cuba berpolitik cara budak-budak.

Bodoh kan?
Anonymous said…
sementara itu di Pusat pentadbiran negara Putrajaya beberapa bangunan pencakar langit telah di bina.Juga mandapat kebenaran bagi The 7th Day Adventist Church membina sebuah Trinity centre yang terbesar di Asean. Juga Kuil Sri Mahabratamariamah kuppusamy juga telah hampir siap dengan menara yang tinggi setinggi dan terbesar juga diluar Kerala.Tidak ketinggalan Anwar telah meluluskan pembinaan wat Buddha yang terbesar diluar Bangkok di Putrajaya ini.
Nik Aziz yang telah mati meninggal dunia akan di semadikan di luar masjid Putrajaya kerana dia lah hero dan arkitek yang telah berjaya sehingga Pakatan memerintah Putrajaya.
Puak LBGT juga tidak ketinggalan dengan mendapat tanah untuk mendirikan aktivity centre mereka ditasik Putrjaya
Anonymous said…
tang mana yang matang nya ya? Berdemo macam kena rasuk hantu..
Guna kaedah samseng dan kebencian..
Fitnah dan spin demi menghalalkan apa saja untuk parti...
Semua benda dalam hidup ni nak disabitkan dengn politik sampai masjid pon berpecah...
macam la kerajaan ni memzalimi rakyat dan agama...
Michaelmkxe said…
itu gak apa apa tu ya.yang penting sekarang ya , kasi itu barisan nasional 1 malaisia itu ke kuburan ya, kerna mereka ini sering bikin warga malaisia berhantaman sesama sendiri ya. kasian malaisia masih mau ngomong politik SARA orang indo bilang.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.