GEMPAR... Benarkah Hadi Sakit Tenat...???


Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka.   Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya, namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi.  Seperti yang didedahkan, amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah  kepada kehilangan nyawa.  

Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa.  Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya, basi.   

Sedangkan Hadi Awang langsung tidak merasa terpanggil memberi komen terhadap pendedahan bekas penyokongnya yang menceraikan isteri, menghancurkan hati ibubapa sendiri atau mengecilkan hati jiran tetangga semata-mata percaya bahawa mereka semua kafir, berdasarkan amanatnya.  

Hadi Awang juga nampaknya tega memalingkan muka dari anak-anak yatim Memali yang sehingga kini nampaknya ada yang masih percaya bahawa bapa mereka adalah syuhada kerana meninggal dunia dalam keadaan memerangi kerajaan kafir.  

Sikap berdiam diri Hadi menunjukkan betapa kerasnya hati manusia yang menganggap diri sendiri Ulama ini.   Mungkin beliau hanya ingin menangani isu amanat ini di akhirat, dan bukan di dunia.  Bagi Hadi, jika ada yang terus-terusan keliru, atau terus-terusan percaya bahawa isteri yang dicerainya, atau ibunya yang telah meninggal dunia adalah kafir, maka itu adalah masalah mereka, bukan masalahnya.  

Buat masa ini, Hadi hanya berminat untuk bercakap mengenai pilihanraya dan bukan agama.  

Inilah persepsi ramai terhadap sikap membisu Hadi Awang.  

Walaubagaimanapun, adalah tidak wajar bagi kita untuk menjadi se-angkuh dan se-takbur Hadi Awang dengan merasakan persepsi kita benar belaka.   Kerana itu kita harus bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan yang persepsi kita adalah salah.  

Oleh itu kita wajar mengambil kira bisikan yang sayup-sayup kedengaran dari kedai-kedai kopi, yang mengatakan bahawa Hadi Awang sedang sakit.   Khabarnya, beliau bukan sengaja ingin membisu tetapi sebenarnya tidak mampu berhadapan dengan media dalam keadaan sekarang.  

Benar, hanya beberapa hari lalu, beliau kelihatan begitu sihat dan cukup kuat untuk memegang jawatan Perdana Menteri tetapi, entah kenapa hari ini beliau dikatakan tenat.   Ada yang berkata beliau begitu tertekan dengan isu amanat ini kerana tidak tahu cara yang terbaik untuk menanganinya tanpa menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.  

Jika beliau mempertahankan kepercayaan pengikutnya bahawa UMNO adalah kafir dan kematian penduduk Memali adalah syahid maka beliau pasti berhadapan dengan lebih banyak penceraian dan perpecahan di kalangan pengikutnya yang mana sudah pasti menimbulkan kegemparan dan membahayakan kedudukan PR.  

Jika beliau menafikan yang beliau pernah menyebar kepercayaan bahawa orang UMNO itu kafir maka beliau perlu berhadapan dengan bekas penyokongnya yang telah mengkafirkan adik beradik, saudara-mara serta jiran tetangga mereka kerana percayakan sebaliknya.   Beliau juga perlu memberitahu anak-anak yatim Memali bahawa bapa mereka sebenarnya telah mati katak, dan bukannya mati syahid.   Ini tentu menimbulkan masalah yang lebih berat lagi kepada PAS dan juga PR.  

Justeru, Hadi kini benar-benar tertekan kerana takut isu amanat ini akan menggagalkan cita-citanya untuk merasai kerusi empuk Putrajaya yang suatu masa dahulu ingin dilelongnya.  Kini, hidup mati Hadi adalah untuk Putrajaya dan beliau tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa sedikit pun peluang untuk ke sana.  

Tidak pasti sama ada khabar angin ini benar tetapi yang pasti ia tidak wajar diketepikan.  Perlu diingatkan bahawa adik Nik Aziz yang terkenal dengan doa K.O BN juga telah disahkan K.O iaitu tenat, hanya selang beberapa hari selepas doa kontroversi itu dilafazkan dengan gagah dan bersemangat sekali.   Menurut sumber orang-orang kampungnya, beliau begitu tertekan dengan ‘publisiti’ berlebihan terhadap isu tersebut.  

Nampaknya, tidak mustahil bahawa Hadi Awang mengalami tekanan yang sama iaitu akibat ‘publisiti yang berlebihan’.  Jika ini benar, maka sebagaimana kita mendoakan agar adik Nik Aziz cepat sembuh, kita juga mendoakan agar Hadi Awang cepat sembuh agar dapat bersemuka dengan media dan menjawab segala kemusykilan penyokong atau bekas penyokongnya mengenai kafir atau tidaknya mereka-mereka yang menyokong UMNO.   

Comments

Anonymous said…
sakit tenat...ha!!!! atau terlalu malu kerana memutusakan ikatan persaudaraan sesama Islam.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.