Isu Kalimah Allah, PKR Tolak Keputusan Majlis Syura PAS



PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Azmin juga menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa  menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan.

"Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah.

"Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Azmin juga menjelaskan keputusan itu dicapai berdasarkan persetujuan bersama secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 8 Januari lalu dalam banyak perkara dengan mengambil kira kepentingan bersama.

"Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang telah dipersetujui secara kolektif dalam majlis presiden PR, maka kita berpegang kepada keputusan itu," katanya.

Azmin kemudiannya berkata Majlis Syura Ulama PAS hanya sebahagian daripada struktur organisasi PAS dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu. 

"Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR," jelasnya.

Bagaimanapun Azmin tidak menolak pandangan yang dilontarkan Majlis Syura sebagai menghormati hak berdemokrasi dan hak bersuara mana-mana pihak.

"Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tak boleh halang orang daripada bercakap," katanya.

Ahad lalu, mesyuarat Majlis Syura Pas memutuskan supaya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi nahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Comments

Anonymous said…
masyallah.Bukan kah hak agama islam adalah dibawah sultan.Depa ni siapa nak buat keputusan.betul kah orang bukan melayu semenanjung nak baca alkitab berbahasa melayu.Klau org sabah dan serawak dah lama dorang dah guna kita pun tak ambil hal tp kalau dh samapai kat semenanjung untuk siapa pulak bukan kah semua oranr melayu semenanjung adalah islam jd sapa yg nk baca????so klau sultan dah kata akan menimbulkan kekeliruan siapa org politik nk bagi pendapat sedangkan sultan adalah ketua agama dan termaktub dalam perlembagaan..Perasan betul org2 politik ni..you guys are no where..ok..
Anonymous said…
itulakan, serupa kaduk naik junjung...sengal! seperti sultan kita takde askar ya, tunggu eh!
Anonymous said…
Kenapa Kita perlu Pertahankan Kalimah ALLAH???

Ingatlah kawan-kawan, demi Agama,Bangsa dan Negara tercinta ni, ayuh bangkitlah untuk mempertahankan kalimah Allah daripada digunapakai oleh Kristian. Ye memang ada Ulama yang setuju penggunaannya oleh orang bukan islam tetapi ingatlah dalam konteks negara Malaysia banyak sangat implikasinya jika kita benarkan mereka menggunakannya. Sangupkah anda semua melihat negara ini menjadi sama seperti negara jiran kita disana??? saya pasti anda semua tidak sanggup bukan.. Jangan lihat isu ini sebagai isu politik walhal banyak lagi perkara lain yang perlu kita settlekan. Mamang Allah, Tuhan sekalian makluk di langit dan dibumi, tetapi adakah kaum-kaum kafir itu mempercayai Allah sama seperti kita umat islam? Sanggupkah mereka mengEsakan Allah S.W.T??? jika mereka tidak sanggup kenapa kita sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk mereka gunakan?? Semoga Allah mengampunkan kita..Amin Ya Rabbal-alamin.

Disini ada satu cerita yang saya ambil dari Mawar Cinta

Pengalaman Pelajar Kita di Indonesia


Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.

SK - Bagi aku permintaan mereka untuk dibenarkan mengguna kalimah Allah adalah satu permainan/taktik/helah bagi menarik orang-orang Islam di Malaysia supaya menukar agama kepada Kristian. Kalo sebelum ini amat berbeza antara 2 agama ini tapi sekarang makin ada persamaan (Tuhan ko Allah tuhan aku pun Allah cuma beza Nabi Isa dengan Nabi Muhammad je, tuhan sama). Kalo yang iman kuat tu mungkin la tidak terpengaruh, tapi bagi yg da memang jahil tu? Wallahualam...
Anonymous said…
Azmin ni penganut ugama kristian ke? jika tengok tingkahlakunya seperti tidak berugama betul ke azmin. jika Islam tentu kau mempertahankan Kalimah ALLAH.
Anonymous said…
Kalimah ALLAH yg ada kt tapak kasut jenama buaya 2 mcm mna plk?? Korg xnak p'tahan kan ker?? Boikot Barangan 2!! Lmbang israel yg. Ada kt dwet syiling 10cen 2 mcm mna plk?? Org Yahudi ALLAH langnat smpi bile2 taw!!
Anonymous said…
azmin toksah sibuk pasal kalimah.pi cek bini mu kot 2 si kutty ada rasa kat rumah hang.niaya tu.hee!pru13undi BN

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.