Anwar Mengaku Sukar Menjawab Orientasi Seksnya...


Baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik ke Youtube iaitu wawancara rangkaian radio BFM dengan Anwar Ibrahim pada 1 Mac 2013, menyaksikan bagaimana Anwar berbelit-belit dan berpusing-pusing untuk memberi jawapan kepada soalan mudah yang dikemukakan iaitu “apakah orientasi seks anda?”  

Anwar jelas tidak mampu menjawab sama ada beliau lelaki normal iaitu heteroseksual (straight), atau homoseksual atau biseksual secara terus terang.  Sebaliknya, beliau menjawab ala penglipur lara di mana kisah bermula apabila beliau telah difitnah oleh UMNO dan didakwa sebanyak dua kali tetapi ternyata tiada bukti kukuh untuk mensabitkannya ke atas tuduhan itu.   Sedangkan, hakikatnya, dalam kes pertama, ketiga-tiga hakim bersetuju bahawa beliau terlibat dalam aktiviti liwat tetapi tidak dapat disabitkan kesalahan atas sebab mangsa tidak dapat mengingati tarikh dengan tepat.  

Anwar kemudian memberitahu bahawa beliau seorang suami dan bapa kepada sebuah keluarga yang bahagia.  Ini juga tidak boleh digunakan sebagai jawapan kerana dalam kebanyakan kes, seorang homoseksual turut mempunyai keluarga yang normal bagi menutup aktiviti songsang mereka.  

Jelas sekali si-pengacara juga tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar dan meminta jawapan yang pasti.   

Tetapi Anwar hanya menjawab yang ianya tidak relevan atas alasan kononnya isu tersebut berbangkit kerana propaganda politik UMNO.  Tambahnya lagi, isu orientasi seks seseorang adalah soal peribadi dan jika ingin mendakwa seseorang atas tuduhan tersebut perlu ada bukti konkrit di mana dalam kesnya, tidak ada - kononnya.   

Selain itu, apa yang lebih menarik ialah Anwar juga menegaskan yang beliau tidak mahu mendiskriminasikan golongan songsang.  Nampaknya, sehingga ke akhirnya, selama lebih 2 minit menunggu jawapan untuk soalan mudah itu, si pengacara tetap tidak mendapat jawapan yang pasti dari Anwar.   

Bagaimanapun, Anwar di akhirnya, telah membuat pengakuan bahawa bahawa soalan yang dikemukakan adalah sukar untuk dijawab.  

Ini tentulah pelik sekali kerana jika diikuti dari mula, soalan-soalan yang dikemukakan adalah biasa-biasa sahaja iaitu tentang pencerobohan Lahad Datu, isu kad pengenalan di Sabah, isu DEB dan isu homoseksual.  Tiada satu pun isu yang memerlukan analisis, kajian, angka atau fakta tepat kerana ia hanya menyentuh secara umum – sekurang-kurangnya itulah yang dilakukan oleh Anwar, iaitu menjawab secara umum tanpa kupasan atau perbincangan terperinci. 

Secara dasarnya, semuanya merupakan isu yang sedang berbangkit dan menjadi topik perbincangan politik semasa yang mana seorang yang terlibat secara langsung dalam isu-isu tersebut, seperti Anwar, seharusnya merasa selesa membincangkannya kerana mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenainya.   

Apatah lagi soalan berkenaan orientasi seksnya sendiri.  Mana-mana lelaki Muslim yang normal pasti tersentak dan tercabar untuk mengesahkan secara jelas dan pasti bahawa beliau berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak mungkin mengamalkan seks songsang.  

Namun, itulah hakikatnya iaitu Anwar tidak mampu menjawab dengan baik serta menganggap soalan-soalan yang dikemukakan sebagai sukar walaupun di permulaan wawancara menegaskan yang beliau merupakan pelajar lepasan menengah yang cemerlang dan berjaya masuk ke Universiti bukan kerana kuota yang diperuntukkan oleh DEB.   

Entahlah, mungkin Anwar bercakap benar mengenai kelayakannya, tetapi apa yang kita tahu, trend di zaman itu, mereka yang memasuki bidang sastera atau pengajian Melayu seperti Anwar, adalah kerana keputusan HSC mereka  tidak cukup baik untuk melayakkan diri ke bidang lain.   Dalam ertikata lain, antara yang tercorot.   Malah, kita juga tahu bahawa di Universiti, Anwar hanya lulus cukup-cukup makan, itupun setelah beberapa kali mengulang.   

Justeru, tidak hairanlah jika Anwar si-pelajar corot ini, mendapati soalan-soalan biasa tadi sebagai sukar.  

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia sanggup menerima seorang yang tidak mampu menjawab soalan mudah dengan baik, sebagai Perdana Menteri?   Mampukah beliau mentadbir dan menangani masalah negara dengan hanya bercakap berbelit-belit dan berpusing-pusing keliling?  Sanggupkah kita, umat Islam sekalian, mengangkat seorang Perdana Menteri yang ‘kurang pasti’ dan ‘tidak suka’ dengan ajaran Islam yang menyatakan amalan LGBT itu berdosa besar, haram dan dilaknat? 

Comments

Anonymous said…
ini pun salah umno, tv3, utusan malaysia...
Anonymous said…
Betul......video sex dari siri 1 sampai siri 20, sex dengan isteri orang. Suami orang. Tumbuh-tumbuhan.kayu-kayan akan menyusul. Lepas tu di cabar untuk bersumpah laknat................
Anonymous said…
Nampak sangat puak2 umno bangang nampak sangat tak faham english.jawapan anwar adalah jenis semua ini adalah fitnah dan propaganda umno semata2 utk burukkan anwar demi utk kekalkan kuasa.semua fitnah ditabur melalui media perdana dan elektronik tanpa memberi anwar bela diri cuma kat mahkamah ajelah.namun Allah maha adil..anwar tetap menang kes 2 kali kat mahkamah walaupun penuh kekangan dan halangan pelbagai pihak.
Anonymous said…
Kalau fitnah, takkan sampai 2 kali nk bt kes yg sama kt mahkamah. Pikir la secara waras sikit wahai bangsaku, pemimpin orang UMNO pun orang ISLAM jugak. Dalam UMNO pun ada jugak ustaz/ulamak yg dilantik jadi penasihat dalam bab hukum agama ISLAM ni. Bukannya senang-senang jer MAHATHIR&NAJIB nak tuduh Anwar tanpa bukti. Diorang pun tahu jugak la dosa memfitnah tu macam mana.. Takkan hanya disebabkn kuasa saja MAHATHIR&NAJIB sanggup tanggung dosa yg lebih berat daripada membunuh tu.. Cubalah kita pikir secara logik sikit. Kalau btul Anwar tak bersalah, kenapa dia tak berani nk angkat sumpah depan KAABAH! Kalau dia tak mau lafaz sumpah depan kaabah, dia junjung AL-QURAN pun jadilah.. Ni tidak, Anwar langsung tak nak beri kerjasama. Kenapa Anwar tak berani pulak nk bela diri dengan mengangkat SUMPAH LAKNAT??? Cara tu kan lebih AFDAL & lebih TEPAT untuk kita sebagai umat ISLAM diuji samaada bercakap BENAR @ TIDAK!
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH!!
Kalau setakat berani bercakap depan kamera saja, sapa-sapa pun boleh... Anwar boleh terlepas untuk kali ke-2 bukan sebab Anwar tak bersalah, tapi sebab soal KESELAMATAN NEGARA! Kalau Anwar didapati bersalah & dipenjarakan pada hari tu, kemungkinan penyokong TEGAR Anwar akan membuat rusuhan dan tunjuk perasaan diseluruh Malaysia. Saya dulu pun penyokong Anwar jugak! Saya siap excourt Anwar lagi masa dia nak buat ceramah kat Sungai Petani PRU12 masa tu. Anwar kalau bercakap & buat lawak, memang MENANG kat dialah.. Tapi kita sebagai manusia ada AKAL & BOLEH BERFIKIR samaada logik @ tidak apa yang dijanjikan oleh Anwar. Kalau dulu saya TERTARIK yg Anwar berjanji nak bagi FREE 'WIFI' SELURUH MALAYSIA. Tapi bila saya fikir semula, boleh ka kalau nak buat macam tu. Macam mana pulak dengan syarikat kaum bumiputera yang jalankan bisnes WIFI ni?? Apa akan terjadi kepada ekonomi MALAYSIA ni kalau syarikat daripada luar negara dah tak melabur lagi dalam negara kita ni kalau semua benda Anwar nak bagi FREE??
TAPI UNTUK MANIFESTO PRU13 PULAK...
Anwar kata nak mansuhkan PTPTN pulak dah! Untuk nak bagi WIFI FREE SELURUH MALAYSIA ni langsung saya tak dengar dah.. Tu semua TIPU SEMATA-MATA SEBAB NAK TARIK PENYOKONG/PENGUNDI REMAJA YG MASIH BELAJAR DI IPTA&IPTS YANG MENDAPAT BANTUAN PINJAMAN DARI (PTPTN). Saya memang dah agak dah, Anwar ni cuma PANDAI CAKAP MENIPU saja. berjanji macam-macam untuk MENARIK MINAT PENYOKONGNYA!!!
TERUTAMANYAAA REMAJA YANG MASIH LAGI BELUM KENAL TUJUAN BERPOLITIK DAN 'ATAS PAGAR'.
## KEPADA ORANG-ORANG MELAYU DAN KAUM REMAJA YANG MENYOKONG ANWAR IBRAHIM, SEDARLAH WAHAI BANGSAKU! PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA SEMATA-MATA UNTUK MEMBALAS DENDAM SAHAJA. ANWAR SEBENARNYA BERNIAT UNTUK MENJATUHKAN UMNO ((YANG SEMEMANGNYA MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU)) KERANA TELAH MEMBUANG BELIAU PADA KETIKA DAHULU. APA YANG DIJANJIKAN OLEH ANWAR SEMUANYA HANYALAH SEMATA-MATA NAK MENARIK UNDI. APABILA BELIAU DAH BERJAYA JADI PERDANA MENTERI NANTI, BELIAU CUMA MEMERINTAH SEMENTARA SAJA KERANA BELIAU DAH BERJAYA MENCAPAI IMPIAN BELIAU. LEPAS TU, ANWAR AKAN SERAHKN JAWATAN PERDANA MENTERI KEPADA LIM GUAN ENG. APABILA LIM GUAN ENG DAN KONCO-KONCO(DAP) MEMERINTAH MALAYSIA, MAKA HANCURLAH ADAT DIRAJA, KELEBIHAN KAUM MELAYU & UNDANG-UNDANG BERLANDASKN AGAMA ISLAM YANG SEDIA ADA LANI....
BANGUNLAH WAHAI BANGSAKU!
BANGUNLAH WAHAI SEAGAMA DENGANKU!
MARILAH SAMA-SAMA KITA MENENTANG PENGKHIANAT (ANWAR) & MUSUH UTAMA BANGSA MELAYU(DAP).
MARILAH KITA LAWAN MEREKA HABIS-HABISAN!

ALLAHHUAKBARRR!!! 3x

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID