Bar Council Bela Lanun Sulu Yang Bunuh Anggota Keselamatan Kita...


Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah.

Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit akan mula di dakwa bermula 20 Mac 2013.

Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang terbabit.

Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri.

Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan untuk membela kesemua individu tersebut.

Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila dunia luar mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan dengan para pengganas.

Bagaikan sudah tabii semula jadi Majlis Peguam, pantang ada sahaja yang di tahan atas pelbagai kesalahan maka di situlah mereka segera muncul menawarkan bantuan kepakaran guaman mereka. Semuanya atas alasan hak asasi manusia. 

Waima bila ada segelintir individu mahu murtad dari agama Islam pun mereka bersedia membelanya konon demi hak kebebasan individu, jadi apa sangatlah bila Majlis Peguam tergamak membuat kerja gila untuk turut sama membantu golongan pengganas, tak gitu?

Tapi persoalan besar yang perlu dijawab, layakkah golongan pengkhianat dan tali barut pengganas Sulu yang telah membunuh 10 perajurit dan perwira tanahair di beri pembelaan? Beberapa orang wira kita yang terkorban tidak hanya di tetak malah isi perut juga terburai diperlakukan.

Sedemikian punya kejam pun masih ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan untuk membela rakan-rakan si pengganas Sulu, dah kemaruk sangat nak mentekedarah duit upah guaman ke? Memang betul-betul kerja gila.

Sebetulnya, amat tidak perlu dan tidak kena masanya untuk Presiden baru Majlis Peguam itu membuat kenyataan rasmi mahu membela tahanan terbabit, kot ya pun terburu-buru mahu mencari publisiti murahan, tengok-tengok jugalah keadaan sekeliling. 

Tolonglah jaga sikit sensitiviti rakyat dan ahli keluarga kepada perajurit kita yang terkorban. 

Alasan kemanusiaan mungkin betul dari satu sudut tertentu, tapi kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu terhadap beberapa orang perwira kita jelas sekali tiada sedikit pun sifat kemanusiaan.

Jika alasan hak asasi manusia masih juga mahu dijadikan sandaran, Majlis Peguam sepatutnya tak perlu terlibat secara rasmi atau terbuka, cukuplah sekadar menyerahkan tugasan 'kemanusiaan' itu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya sah...

Comments

Anonymous said…
Mmg sesuaila dgn nama BARua Council..tugasnya mmbela BARUA ...
Anonymous said…
Bar council patut menbela kerajaan dan menbela angota keselamatan kita.Harap kerajaan mesti ambil perhatian persoalan ni.

BAHAYA !!!!!!! Pada Negara
Anonymous said…
Inilah yang dikatakan Anjing-anjing pembangkang.

Modal air lior kerja melalak menang dapat 20%.

Haramkan saja Majlis ni. Pejabat Peguam Negara dok buat apa.

AGM pun tak sah. ROS buat apa? Takut kena saman.

Mana ada Melayu yang jadi Presiden Majlis. Balik balik kulit gelap dan kulit kuning langsat.
Anonymous said…
Perkara ini tidak dihairankan lagi pada masa ini, kerana pihak Kerajaan sendiri tidak menunjukkan ketegasan! sebab itu mereka berani melakukan sesuatu walau pun ianya akan memalukan negara. Malah Peguam Negara dengan senang hati mempelawa Majlis Peguam bekerjasama dengan Sabah Association Law untuk membela penceroboh ini? apa makna semua ini? Ini kerana kerajaan sendiri tidak menampakkan ketegasan dan kekuatan sebab itu semua orang tanpa segan silu lagi menunjukkan watak sebenar mereka, semuanya kerana apa? kerana mereka melihat Kerajaan tidak melakukannya bersungguh-sungguh dan tegas dalam menangani kedaulatan negara atau pun kerana WANG. mereka dengan sewenangnya menjadi pembela dipihak penceroboh berbanding menyokong kerajaan dan maruah Duli Yang Maha Mulia seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
Anonymous said…
The MCM [url=http://www.mcmstoresonline.com/#20141]MCM 通販[/url]
devalue was founded in 1976 in Munich, Germany,[url=http://www.mcmstoresonline.com/#20144]MCM バック[/url]
abort of the Hollywood superstar - Michael Cromer, the accurately "MCM" delineate Mondern Beginning,[url=http://www.yahoomcmstores.com/#12329]http://www.yahoomcmstores.com[/url]
Munich. The MCM disgrace specify commodity [url=http://www.yahoomcmstores.com/#12329]http://www.yahoomcmstores.com[/url]
pursuit of clothing, [url=http://www.yahoomcmstores.com/#16325]http://www.yahoomcmstores.com[/url]
raiment and leather goods.MCM oldest started to [url=http://www.yahoomcmstores.com/#15326]MCM 通販[/url]
non-standard presently leather, in the 1980s,[url=http://www.yahoomcmstores.com/#21320]mcm リュック[/url]
the heyday of the name, MCM [url=http://www.yahoomcmstores.com/#15326]MCM 通販[/url]
work, including jewelery, watches, perfumes,[url=http://www.yahoomcmstores.com/#15326]MCM 通販[/url]
clothing, bags, and trivial leather goods, including more than 500 models of products. It is quick, non-essential and economic products are decidedly popular.
[url=http://www.mcmstoresonline.com/#20136]http://www.mcmstoresonline.com[/url]

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.