Bekas Laksamana TLDM Dedahkan Aset & Kekuatan ATM

Boleh dikatakan kebanyakan rakyat malaysia tidak tahu malah mereka tak mau ambil tahu pun apa aset dan peralatan yang dimiliki oleh ATM, kalau yang beria-ia sebok nak ambil tahu tu sudah tentu mereka ada agenda tersembunyi.

Dalam satu artikel dalam suara keadilan, bekas laksamana besara secara terang-terang mendedahkan kekuatan yang dimiliki oleh ATM, katanya "Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer." lokasi laluan panas itu juga turut di dedahkan iaitu pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Untuk apa si bahalol nie dedahkan semua itu? Untuk mencari glamour atau untuk memberi tahu kepada musuh negara, kalau nak ceroboh malaysia korang boleh masuk laluan lain, tempat yang aku sebut tu jangan masuk, malah si bahalol itu dengan terang mendedahkan keupayaan radar pengesan milik ATM, untuk apa dia bagi tau semua tu?

Secara tak langsung musuh negara dengan mudah menganalisis, dengan jarak 100 kilometer mereka sudah boleh mengagak apakah jenis radar yang digunakan oleh ATM dan apakah jenis jemmer yang sesuai di gunakan untuk jem kan radar itu, tak bahalol punya laksamana pencen macam nie...

Pada aku tak ada sebab untuk dia beritahu semua itu, kerana rakyat tak mau tahu, rakyat boleh faham kedudukan perairan sabah, sedangkan di port klang yang sekangkang kera tu pun pendatang boleh bolos masuk inikan pulak perairan sabah yang berdepan dengan laut lepas. 

Jadi aku minta lah pihak keselamatan peka sikit dengan kenyataan yang di buat oleh laksamana pencen nie, kalau dengan suara keadilan pun dia boleh dedahkan aset dan keupayaan ATM, bayangkan kalau dia dok syok sembang-sembang dengan anwar tak tau la apa pulak yang dia dedahkan tentang keupayaan dan aset tentera yang ATM dan TLDM ada...

Ingat aset tentera adalah rahsia keselamatan negara.

Jangan lupa buat undian, siapa layak ganti hisham ckmm jadi menteri dalam negeri (poll di atas)

Comments

Anonymous said…
i miss the ISA
Anonymous said…
Kerajaan perlu wujudkn satu akta, supaya geng2 pencen tentera atau polis boleh ditangkap kerana dedahkn rahsia negara.
Anonymous said…
yup... ISA tak sepatutnya dimansuhkan.... sesuai untuk orang2 macam ni, Tian Chua, Sivarasa, Latheefa Koya, Guan Eng, Ngeh cousins etc
Anak Lenggong said…
Nak tanya menteri amaran..apakah tindakan pendedahan aset keselamatan negara boleh didedahkan kepada umum...dan apakah tindakan susulan daripada menteri berkenaan...cukup ke dengan amaran je tanpa sebarang tindakan. Sebenarnya ini lah sebabnya pihak pembangkang maukan sangat supaya akta ISA dihapuskan supaya mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang tindakan..cuba semak balik dinegara lain adakah akta ISA tidak digunakan.
Anonymous said…
Pendapat aku senang je. Dia dedahkan sbb nak kasi tau yg org2 najib ni dh kena suap. Dia nk tunjukkan yg kononnya atm pejam mata je kasi masuk geng2 kiram free2 sbb takkan radar canggih takleh kesan bot2 yg banyak tu. my 2 cent
Anonymous said…
HANYA GENERAL YANG BANGANG AJE YANG AKAN MENYERTAI PARTI YANG BANGANG.ADAKE NAK SAMAKAN APA YG BERLAKU DI SABAH DGN DI SAUK.
Anonymous said…
SAUK RAKYAT TEMPATAN....
BILA2 KITA BOLE SAUK....
MCM ANAK BERANAK 1 RUMAH....

NI PENJENAYAH DARI LUAR....
YANG MELIBATKAN 2 NEGARA....
KALO SALAH LANGKAH....
NEGARA KEPADA PENJAJAH BOLE KENEKAN MCM2 PADA KITA....

AMERIKA DAN SEKUTU SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK MASUK CAMPUR URUSAN KITA....
Anak Lenggong said…
Kawasan yang diduduki oleh kumpulan almaunah tu dalam kebun getah berdekatan dengan jalan raya dan tak meliputi kawasan yang luas. Penjenayah nya pula merupakan warga malaysia dan tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan senjata dan pertempuran..apa bodoh punya jeneral nak disamkan kes almunah dengan kes pencerobohan lanun sulu yang terlatih..
Anak Lenggong said…
Kawasan yang diduduki oleh kumpulan almaunah tu dalam kebun getah berdekatan dengan jalan raya dan tak meliputi kawasan yang luas. Penjenayah nya pula merupakan warga malaysia dan tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan senjata dan pertempuran..apa bodoh punya jeneral nak disamkan kes almunah dengan kes pencerobohan lanun sulu yang terlatih..
Anonymous said…
SAYA RASA PEGAWAI2 ATM YANG BERSARA BERBEZA DENGAN PEGAWAI2 PDRM, TANGGUNGJAWAB MEREKA ADALAH LEBIH TINGGI DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA KEPADA PASUKAN TIDAK AKAN TERPUTUS WALAUPUN MEREKA TELAH BERSARA. SEBAB ITU MEREKA DIBENARKAN MENGGUNAKAN PANGKAT TERAKHIR MEREKA DENGAN TAMBAHAN (B) BERMAKNA BERSARA. KALAU TIDAK SILAP SAYA WALAU PUN MEREKA TELAH BERSARA, DEMI KESELAMATAN NEGARA MEREKA BOLEH DIPANGGIL BILA-BILA MASA UNTUK MEMBANTU PASUKAN ATM SEKIRANYA BERLAKU KEADAAN YANG TIDAK TENTERAM DAN ANCAMAN KEPADA NEGARA. INI BERMAKNA TANGGUNG JAWAB MEREKA WALAU PUN TELAH BERSARA, MEREKA MASEH KENA LOYAL KEPADA PASUKAN SELAGI PANGKAT MEREKA DIGUNAKAN DAN DUIT PERSARAAN DITERIMA DARI KERAJAAN. JADI SAYA TIDAK PASTI SAMADA PIHAK ATM BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN-TINDAKAN SEWAJARNYA KEPADA MEREKA INI, APA LAGI TINDAKAN MEREKA MENDEDAHKAN RAHSIA-RAHSIA ATM. KALAU HENDAK HARAPKAN PEGUAM NEGARA HENDAK MENGAMBIL INISIATIF MEMBUAT DAKWAAN KE ATAS MEREKA-MEREKA INI, TUNGGU DIA BERSARA DULULAH. SEKIRANYA SESUATU TINDAKAN TIDAK DIAMBIL OLEH ATM, IANYA AKAN MENJADI IKUTAN KEPADA DARI SPECIES YANG SAMA NANTI. MENTERI PERTAHANAN KENA AMBIL PERHATIAN SERIOUS MENGENAI LOYALTY MEREKA INI KEPADA ATM DAN KESELAMATAN NEGARA. MUNGKIN MARSHAL COURT BOLEH AMBIL TINDAKAN?
Anonymous said…
Mamat ni silap silap kaki arak semasa dalam army...
Anonymous said…
Adakalanya memberitahu kekuatan aset yang kita miliki boleh membawa kebaikan....bilamana musuh akan gerun atau berfikir seribu kali sebelum bertindak ........
Mari kita tanya kenapa orang takut pada bekas banduan? orang takut pada bekas banduan kerana sejarah silamnya......Begitu juga angkatan tentera kita sejarah pernah terjadi tentera kita bertempur dengan kominis.tentera kita hebat hambat koninis dalam hutan ...sampaikan kominis dah tak berani duduk dalam hutan sekarang ni........merika lebih senang tingal dibandar bandar ......koninis bandar lagi celaka ...merika ni pandai ambil peluang.......dan kedaan semasa ....nampak ok tati talibarut.....macam mana kita nak kenal merika semua......disinilah kepakaran perisik diperlukan .....perisik kita juga tidak kurang hebatnya .
Anonymous said…
Sebenarnya bukan isu besar sbb sblm ni pun dah masuk dalam surat khabar. Yg tak boleh dimaklumkan adalah lokasi radar2 tu di darat dan pulau2 di sabah timur sbb radius luas kawasan pengawasan radar senang diplot pada peta.
Anonymous said…
Apa boleh tak jeneral jeneral bahlol ni didakwa di bawah OSA dan kalau susah sangat hantar mereka ni ke Sabah kemudian humban kat laut Sabah

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.