Lima Puluh Ribu Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Perak...



Alhamdulillah, MDSTP telah sekali lagi berjaya mengukir nama di mata dunia terutama sekali di dalam bidang pertahanan dan keselamatan industri dunia. Pada kali ini MDSTP telah mengambil bahagian dalam Pameran Antarabangsa Aeroangkasa & Maritim 2013 di Langkawi Kedah dengan membuka satu tapak pameran dan mengadakan beberapa siri perjanjian MoA dan MoU.

Semalam, pada 28 Mac 2013, MDSTP telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dan perjanjian memorandum (MoA) bersama sebelas syarikat pertahanan utama antarabangsa dan tempatan. Syarikat-syarikat ini bukan sahaja berminat untuk melabur di MDSTP , tetapi juga ingin menempatkan pusat Maintenance Repair Overhaul (MRO), pusat pembuatan , menjadi rakan kongsi dan juga pusat RnD syarikat mereka di Sungkai.

Sebanyak sebelas MoU/MoA telah berjaya ditandatangani dan disaksikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Y.B Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Malaysia , Jeneral Tan Sri Dato Seri Panglima Haji Zulkifli dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad. Keseluruhan perjanjian ini adalah sebanyak RM 2.7 billion untuk memajukan Taman Teknologi Pertahanan & Keselamatan Malaysia.

Saya di sini ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Y.M Datin Raja Azlina dan Dato Ahmad Faris di atas kejayaan MDSTP dan majlis perjanjian MoU/MoU ini. Untuk makluman semua, setakat ini sebanyak 33 jumlah MoU telah berjaya ditandatangani dengan syarikat-syarikat pertahanan dan keselamatan dari seluruh dunia sejak tahun 2009. Jumlah keseluruhan nilai MoU yang telah berjaya dimeterai adalah sebanyak RM 7.1 Billion dan mewujudkan kira-kira 50 ribu peluang pekerjaan. 

Semoga dengan termeterai kesemua MoU/MoA ini akan menjadikan pembangunan MDSTP lebih lancar sekaligus akan menjadi penggerak pembangunan pertahanan dan keselamatan negara bagi mencapai matlamat yg di sarankan oleh menteri pertahanan malaysia.

Comments

Langsi said…
Tabur sana... tabur sini... Parlimen tak bubar-bubar jugak. Awat masih tak cukup masa nak tunjukkan hasil segala transformasi2 lagi ka?

Transformasi2 tu boleh tunjukkan hasil dlm seminggu-dua ka? Apa la BaNgang punye PieM... malah lebih BeNgap la mike-mike yang dok angguk je dgn penuh TOTOK, terserlah sungguh keBiNgaiannya...

Nyawa dah hujung halkum... maka dihambur la segala bantuan dan sumbangan sbg umpan memancing undi. Awat 54 tahun lepas tak ingat kat kami?...

50 tahun lepas hangpa dok pegang kami dgn Hidup Melayu... rope2nye hangpa pulun segala rizab melayu!

hangpa dok teriak "Hidup Melayu... Pertahankan Tanah Air..." rope2nye Tok Ketua hangpa si MahaFIRAUN dok jaja warganegara kat pendatang asing sampai beratus ribu kat Lahad Datu...malah seluruh Msia. Makin bertambah la rakyat Malaysia dari Indonesia, Filipina, Nepal, Bangladesh, Kemboja, Vietnam, Kampuchea...

Kat mana UMNgOk Be-eNd bertempat...
Kat situ juga la melayu merempat...!
Anonymous said…
Apa masaalh ko?
Anonymous said…
Menatang ni aku rasa tak cukup kasih sayang anwar.
Anonymous said…
Langsi..manusia tak tau bersyukur. Pendokong LGBT, gadai nama Allah, penjilat pungkok DAP. Kalau kena buang negeri pon kerajaan takkan ambil laknat mcm kau.
Anonymous said…
Tetiba nak naik antu...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID