Jadikan Cerita Ini Sebagai Ikhtibar Buat Kita Seluruh Ummat Islam...


Seperti yang di ceritakan oleh Admin SSTDMM

Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. 

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu. 

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.

Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun? 
"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik? 
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ? 

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

Comments

Anonymous said…
Mungkin Gereja buat macam tu hanya di tempat dimana mereka mahu mengembangkan ugama mereka,tapi di negara di mana mereka adalah mejoriti mungkin ianya tidak diamalkan.
Anonymous said…
Di Kuching Sarawak Nun mewakli gereja pergi agih makanan seperti beras dll kepad keluarga miskin di kawasan setinggan dan kampung dalam bandar. Manakala paderi nya pula melawat pesakit2 di hospital umum Kuching termasuk orang islam.
Anonymous said…
tak kisah la apa tujuan gereja buat begitu..

yg penting pusat pungutan zakat harus melakukan yg terbaik utk membantu umat islam di malaysia..atau sekurang2nya ikut cara pengagihan zakat zaman sahabat..

tahun tu dpt zakat..tahun tu jugak agihkan kpd yg layak sampai habis..yg ko simpan duit lps tu umum kutipan ratus2 ribu ke juta ke buat ape??
Anonymous said…
Sekarang ni rakyat makin dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi. Kita fokus kepada golongan pertengahan yang hidup di bandar. Keadaan mereka nampaknya semakin tersepit dan terdesak. Terus-terang saya ingin katakan bahawa gaji RM5,000 bolehlah dikategorikan sebagai miskin bandar. Dengan perbelanjaan harian, persekolahan anak-anak, bil-bil utiliti, belanja dapur, hutang kereta, hutang rumah dan macam-macam kos lagi yang perlu diserap oleh rakyat marhean. Dalam keadaan sebegini dan terdesak, saya tak heran kalo mereka meraih simpati dari pihak gereja. Kita mempunyai institusi zakat yang diuruskan secara professional, tapi kita fail dari segi "bantuan segera". Kerana kesilapan kita sendiri, mungkin ada insan di luar sana yang boleh tergelincir aqidahnya. Nauzubillah...harap pihak pungutan zakat semakin prihatin dengan masalah ini.
Anonymous said…
Orang dalam institusi zakat tak kreatif...banyak bercakap daripada berfikirdan bertindak.
Anonymous said…
bila para ilmuan agama lebih mementingkan kerjaya masing-masing mereka peduli apa dengan kesusahan orang lain.
ilmuan agama yg terlibat politik mereka sibuk menguasai pentas ceramah politik kepartian.yg tidak berapa cenderung politik mereka menguasai surau dan mesjid.

penganjur majlis keagamaan sekarang pun satu hal juga mereka amat berbangga jika dapat menjemput ustaz yg terkenal,sehingga sanggup berbelanja tinggi,sedangkan pada hakikatnya mereka amat berkira pd golongan tidak berkemampuan.
Anonymous said…
PPZ oh PPZ...
Janganlah buat kerja kerana nama...
Janganlah memandang orang fakir islam atau bukan islam itu seperti
"kucing kurap"...
Jadi lah lebih baik dari pihak gereja bukan gereja lebih baik dari PPZ...
Berprasangka baik lah pada semua orang islam atau bukan islam...
Anonymous said…
Assalamualaikum semua.

Saya rasa tuan-tuan yang memberi komen di sini tidak pernah cuba bertanya sendiri dengan Baitulmal berkenaan kaedah dan prosedur pengagihan wang zakat. Tomahan yang dilontarkan oleh tuan-tuan tidak lebih dari persepsi dan andaian sendiri.

Tahukan tuan-tuan melalui Baitulmal... perbagai kaedah dan cara wang zakat disalurkan? Malah ada kala para "fakir miskin" ini menjadi lebih "mewah" berbanding kita yang tidak layak ini.

Penyaluran bantuan secara segera (one-off) tanpa sebarang borang ada. Bantuan secara bulanan ada. Dana untuk program2 khas ada. Dan banyak lagi...

Pernahkah kita sendiri bertanyakan sikap sebenar para "fakir miskin" ini... sehingga ada yang sanggup menerima bantuan gereja kerana KONONNYA pihak Baitulmal tidak membantu. Benarkah kisah mereka? Atau ada antara mereka ini sebenarnya lebih layak digolong sebagai PEMALAS TEGAR!!!

Sebelum balun institusi agama kita sendiri... eloklah siasat dahulu. Bertanya sendiri dengan pihak PPZ dan Baitulmal. Jangan suka sangat "tolong promosi" baiknya gereja... hanya berdasarkan laporan akhbar/media sosial yang adakalanya berniat tidak baik...
Surrhead said…
Bagi seseorg yg lemah iman, bantuan dari gereja akan dilihat sebagai salah satu cubaan tuk mengembangkan agama kristian.

Bagi wakil gereja pulak, mungkin cara yg dipraktikkan itu kena adil dan tidak mengenal bulu, bahasa, bangsa atau agama.

Bagi yg betul2 memerlukan bantuan, mereka akan cuba dari saluran yang senang, dan tak banyak kerenah.

sila rujuk link berikut untuk org2 Islam WP. http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/muat-turun/category/24-buku-terbitan Tapi sayangnya, bantuan hanya diberikan kepada warga Islam sahaja.
Anonymous said…
PPZ juga perlu siasat seseorang yg di golongkan sebagai "pemalas tegar" tetapi sekurang kurangnya selepas bantuan one-off...
Kenapa golongan ini menjadi "Pemalas Tegar" juga perlu dikenal pasti...mungkin ada masalah kesihatan sebagainya...
Lebih berkesan jika PPZ mencari Fakir bukan Fakir mencari PPZ
Unit pantau kena lah selalu turun padang...
Sekadar pandangan...
Anonymous said…
Salam cik, kn blogger ni ckp yg. Pak long 2 brenti kerja sbb nk jga ank2 dia.. (mugkin kecik2 lg kot).
Ok, klu kta pak long 2 PEMALAS KETEGAQ, sy rsa x kot.. Sbb dia bleh kerja sbg SECURITY utk gereja 2. (KALAU ORANG DH MALAS, MEMANG DIA XKEJA DAH..)
Tapi dia memerlukn wang scukupnya utk menyara ank2 dia. Mugkin gereja 2 bg gji yg tinggi kt dia utk jga gereja 2.. Klu nk ikut kelulusn pak long 2, mugkin stakt skolah rendah sj kot.. Mn bleh dpt gji rm2000 lbeh.
Ok, klu dia nk brniaga plak.. Dia bleh minta kt MARA, tapi brapa buln smentra nk dpt modal 2??
Pihak PPZ ada x cra insentif len utk tolong glongan jnis mcm pak long ni sblum dia trmakan lbeh budi agma len??
Sy tkut nnti trgadai plak body pak long ni kt agma len(MURTAD)...


#BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT#



*BUDAK KEDAH*

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.