Alhamdulilah Nik Aziz Akhirnya Dapat Hidayah...


Setelah membuat kenyataan yang tidak berapa konsistan selama dia menjadi menteri besar kelantan mengenai kalimah Allah, kini kenyataan terbaru nik aziz setalah pencen dari menjadi menteri besar agak mengejutkan, kenyataan terbaru nik ajis ini dilihat seolah-olah dia macam baru mendapat hidayah dari Allah Taala...

Baca kenyataan terbaru dari nik ajis ini, mungkinkah pemimpin-pemimpin pas pro evangalist akan mengatakan nik ajis bodoh, bangang dan tidak moderate...???

KUALA LUMPUR 25 Jan - Golongan bukan Islam diingatkan untuk tidak menafsirkan atau menterjemah kalimah 'Allah' pada mana-mana kitab agama mereka bagi menggantikan perkataan God atau Lord.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Tuhan bagi setiap agama adalah berlainan maka untuk mentafsirkan 'Allah' bagi mentafsirkan God dalam bahasa Melayu adalah tidak berpatutan.

Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta," katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Jelas Nik Aziz, Islam dan Kristian mempunyai fahaman berbeza dan Tuhan pada kedua-dua agama adalah berbeza dan tidak boleh disamakan.

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” ujarnya.

Beliau kemudiannya mengulangi pendirian Majlis Syura PAS yang masih berdiri teguh untuk melarang golongan bukan Islam mentafsirkan kalimah Allah mengikut kefahaman agama mereka.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya. Sumber

Comments

mat13 said…
dah dekat dah tu.Jap lagi Karpal Jin berdehem tukar balik lah tu
Anonymous said…
Harap-harap Nik Ajis konsisten dan tegas demi kesucian dan maruah islam. Kalau boleh Pas tinggalkan Dap dan Keadilan yang penuh menyesatkan dan memusnahkan kehormonian pelbagai kaum dan agama di Malaysia
Anonymous said…
Syukur Alhamdulilah

TAKBIR!!!
Anonymous said…
walau apa pun kenyataan nya...
Pas akan kekal dlm sejarah dimana parti islam yg menjual kalimah Allah demi kuasa dunia...
Anonymous said…
dah pencen baru terfikir banyak buat salah sesama islam...
kubur kata mari rumah kata pergi...
demi kuasa tak ingat semua tu...
orang tua ni lah terang terangan menjual kalimah Allah...
tak tinggi manalah ilmunya klw nama Allah pun sanggup jual...
Pas tolak islam ambik kuasa dan dunia...
Anonymous said…
PAS - PUTAR ALAM SAJA! Selagi PAS tak keluar dari PR, aku tak percaya cakap MURS*IT ni!
Anonymous said…
Harap pembenci-pembenci UMNO jangan mudah menuduh anasir-anasir dari UMNO yang memasang sepanduk mensyirikkan Allah itu. Orang-orang Islam PAS lebih utama.

Ini baru satu sahaja contoh dari berbagai-bagai perkara lain yang amat menghinakan Islam yang musuh Islam boleh buat.
Anonymous said…
Assalam...saya rasa org2 yg brkomentar di atas x mengetahui fkta mengenai Tuan Guru...
Anonymous said…
fakta ke auta...
setiap perkara perlu dizahirkan...
tolak islam..hudud campak longkang..
tahaluf sialsi dgn kafir lahanat...
jual kalimah Allah...
sokong LGBT...
itu yg PAS zahirkan...
lagi mau auta...
Anonymous said…
poster di atas lambang redha PAS terhadap penjualan kalimah Allah kepada kristian...
Terang terangan Hadi Anwar Kitsiang dan Sabu...menjual kalimah Allah..
itu FAKTA sebenar...
lepas tu 'U' turn itu AUTA...
kenapa Pas sebegitu sekali hilang arah????
Anonymous said…
sebab dlm Pas hukum Allah boleh 'U'
turn..kejap boleh...kejap tak boleh..
kejap lagi boleh pulak...
itu pun ramai keldai anggok-anggok "ya tuan guru ku semua nya benar belaka"
Anonymous said…
syaitan kawan tok guru dah tutup mata hati mereka...
dan kekal dgn assobiyah sesat...
Anonymous said…
tuk guru ada bela syaitan macam ayah pin ke...
buat salah pun pengikut tak sedar...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.