Happy Birthday YBK...

Yayasan Basmi Kemiskinan ditubuhkan oleh Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib ketika beliau menjawat Menteri Besar Selangor pada 1990. Antara tujuan murninya ialah menyalurkan bantuan kepada fakir miskin di negeri Selangor.

Visi dan misi YBK adalah ‘Membasmi Kemiskinan Tanggungjawab Bersama’ dan ‘Tiada Lagi Golongan Termiskin Pada Tahun 2005’. Tetapi selepas Kerajaan Negeri mengistiharkan Selangor Sebagai Negeri Maju, pada tahun 2006 YBK  merumuskan visi dan misi baru iaitu ‘Negara Sejahtera, Maju Dan Bebas Dari Kemiskinan’ dan ‘Memastikan Tiada Lagi Golongan Miskin Di Malaysia Melalui Program Pendidikan Yang Berkualiti’. Kali ini YBK cuba keluar dari kerangka di Selangor sahaja apabila meluaslebar liputan program ke negeri-negeri lain. 

Selepas perubahan pucuk kepimpinan negeri Selangor, Kerajaan Selangor yang dipimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengambil alih Yayasan Basmi Kemiskinan tetapi tidak berjaya.  Sehingga kini YBK diurus tadbir oleh Datuk Zainal Abidin Sakom.

Tan Sri Khalid mahukan jawatan pengerusi YBK, jika tidak pembinaan kampus UiTM diatas tanah yang di sediakan berkeluasan 190 hektar di Serendah, Rawang akan dihentikan. Tanah YBK di Serendah, Rawang adalah milik YBK yang dianugerahkan oleh Kerajaan Selangor terdahulu pada 1995. 

Bekas menteri besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berpendapat bahawa kerajaan Selangor tidak boleh mencampuri urusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana ia bukan di bawah kerajaan negeri, tetapi didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Segala aktivitinya dikawal oleh lembaga pemegang amanah.

Pada 1 Februari 2010, Kerajaan negeri Selangor enggan melanjutkan tempoh tunggakan pembayaran cukai tanah YBK sebanyak RM5.6 juta seluas 526 hektar di Serendah, Rawang dan Yayasan Melaka yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam membantu membayar tunggakan cukai tanah tersebut.

YBK hari ini berumur 24 tahun. Bila menoleh ke belakang,  banyak yayasan lain yang sebaya atau lebih muda telah lama menyepi. Namun YBK terus kekal sebagai satu wadah dan jenama yang membantu membasmi kemiskinan. Mudah-mudahan akan terus kekal dan tetap dikenang.















Comments

Anonymous said…
JOM Balik Kampung MENGUNDI
Pada pilihan raya umum yang lepas, kami kalah
di beberapa kawasan luar bandar dengan hanya
beberapa ratus undi sahaja.
Berikut adalah beberapa contoh nya:
Kerusi Negeri (DUN)
1. Perlis Simpang Empat 85 undi
2. Perak Lubok Merbau 53 undi
3. Perak Manjoi 132 undi
4. Perak Manong 231 undi
5. Perak Pasir Panjang 304 undi
6. Negeri Sembilan Kuala Pilah 113 undi
7. Negeri Sembilan Klawang 282 undi
8. Melaka Machap 152 undi
9. Johor Gambir 310 undi
10. Pahang Damak 64 undi
11. Pahang Sungai Luit 401 undi
12. Pahang Dong 481 undi
13. Kelanatan Air Lanas 47 undi
14. Kelantan Selising 107 undi
15. Kelantan Kok Lanas 169 undi
16. Kelantan Dabong 229 undi
17. Kiulu Sabah 44 undi
18. Elopura Sabah 251 undi
Kerusi Parlimen
1. Perak Kuala Kangsar 1,082 undi
2. Selangor Sungai Besar 399 undi
3. Selangor Kuala Selangor 460 undi
4. Johor Labis 353 undi
5. Johor Pasir Gudang 935 undi
6. Pahang Bentong 379 undi
7. Pahang Cameron
Highlands 462 undi
8. Kelantan Machang 850 undi
9. Kelantan Ketereh 972 undi
10. Sarawak Baram 194 undi
11. Beaufort Sabah 672 undi
12. Sabah Kota Marudu 842 undi.
Sila ke kampong anda untuk mendaftar diri
sebagai pengundi . Undi lah di kampung anda
pada pilihan raya umum yang akan datang. Ini
boleh meningkatkan peluang untuk menang lebih
Kerusi Negeri dan Parlimen. Ini ada lah hak kita.
Anda perlu menggunakan hak anda untuk
berbuat demikian.
Sila lawati kampong anda lebih kerap untuk
berbincang dengan saudara-mara dan rakan-
rakan. Akhbar-akhbar yang mereka baca tidak
boleh memberitahu kebenaran. Beritahu mereka
keadaan sebenar di negara ini . Menunjukkan
kepada mereka YouTube dan Facebook.
Berkongsi jenaka !
Kami boleh membantu kanak-kanak di
kampung . Beri kelas tuisyen . Menganjurkan
aktiviti kebudayaan. Bawa lah ilmu pengetahuan
ke budak-budak di kampung .
Apabila kampung menikmati banyak kemudahan
sebagai bandar-bandar , ia akan menjadi lebih
sukar bagi BN untuk menipu orang kampung .
Terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan
untuk membebaskan kampung daripada kawalan
BN. Dengan membebaskan kampung, kita
membebaskan diri kita dari kezaliman BN.
End.
Ini yang DAP war2kan dlm laman media sosial
dorang.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID