Ingatan saya kepada umat Islam; Pertama, jangan terlalu teruja dengan makanan yang dikeluarkan oleh ultra kiasu. Carilah makanan umat Islam dahulu dan terjamin halalnya. Sedap ini adalah persoalan masuk ke anak tekak sahaja. Bila masuk ke perut, hilanglah rasa sedap itu. Saya amat hairan kepada orang Islam, begitu ghairah pergi ke kedai ultra kiasu walaupun tidak ada sijil halal dari Jakim, seperti kedai yong tau foo, kopitiam, kedai kek campur arak dan banyak lagi. Adakah kita tidak ada pilihan? Kedua, berhati-hatilah dengan ultra kiasu. Mereka tahu kita ada undang-undang halal. Mereka tahu prosedur halal dan mendapat sijil halal, tetapi kenapa mereka masih lakukan? Ketiga, berasaskan pengalaman saya yang pernah menternak dan memakan babi sebelum Islam, minyak babi adalah antara bahan ‘terbaik’ pengilat, penahan dan penyedap, berbanding dengan minyak atau lemak lain. Jika ada makanan yang berkilat seperti mi, kek dan lain-lain, tidak mustahil telah dicampur dengan ...