Dalam Dunia Ini, Hanya Ulama Macam Nik Ajis Je Yang Tak Bangga Perjuangkan Bangsanya...


Satu-satunya bangsa yang para alim ulama’nya tidak mengambil berat, malu alah dan enggan memperjuangkan kepentingan kaumnya adalah ulama’ Melayu di Malaysia. Kalau ada pun hanya segelintir yang faham tentang fiqh ini tetapi enggan menyatakan pendirian dan tidak yakin boleh melawan arus kuat yang menolak perjuangan bangsa untuk Islam ini.

Rata-rata ulama’ atau para asatizah di sini bertanggapan bahawa memperjuangkan bangsanya adalah sifat ‘asobiah’ atau ‘qaumiah’ yang ditegah Islam. Ulama’ Islam bangsa-bangsa lain tidak pula faham sedemikian. Di Mesir, Libya, Palestin, Jordan, Indonesia malah di Selatan Thai yang pernah saya berbincang dengan mereka tidak berfahaman sedemikian.

Mengapa pula mereka yang di Malaysia faham sebaliknya? Adakah kefahaman ulama’ Melayu di Malaysia lebih hebat berbanding dari tempat lain? Apakah rujukan mereka? Atau ulama’ Malaysia yang mahu berlebih-lebih dalam perkara yang tak disuruh atau mereka sendiri yang salah tafsir perkara ini? Sesetengah mereka itu belajar di universiti-universiti di Mesir, Jordan, Yaman dan lain-lain. Saya terpaksa bahasakan mereka ini sebagai ulama’ ‘terlanjur baik’ dengan maksud tersalah baik.


Sebenarnya tidak ada satu pun dalil atau nas yang qat’ie (jelas) melarang sesiapa memperjuangkan atau mempertahankan kepentingan bangsanya. Yang dilarang adalah sekiranya wujud sifat ‘kekitaan’ atau ‘asobiah’ atau ‘sense of belonging’ yang melampau dan menzalimi kaum lain. Apatah lagi di dalam konteks bangsa Melayu yang beragama Islam di buminya sendiri dan ia sudah dianggap bangsa Islam  seperti mana bangsa Arab dan bangsa Turki. Tambahan, negara ini termasuk Sabah dan Sarawak adalah warisan bangsa Melayu dan diperintah secara Islam sehinggalah datang penceroboh-penceroboh asing.   Maka memperjuangkan kepentingan Melayu bermakna memperjuang kepentingan umat Islam sekaligus memenuhi maqasid syarak dan objektif berpolitik dalam Islam.

Begitu ramai ulama’ termasuk mereka yang diangkat oleh pengikut-pengikut mereka sebagai ulama’ atau Tuan-tuan Guru sudah ‘terlanjur’ yang amat merugikan kedudukan umat Islam khususnya orang Melayu apabila berpegang kefahaman sedemikian. Pada zaman pemuda dahulu, saya juga berfahaman demikian. Barangkali tanpa disedari, kefahaman ini timbul dari salah faham memahami penulisan tokoh-tokoh seperti Abul A’la Al-Maududi dan juga Sayyid Qutb. Tokoh-tokoh itu sendiri tidak menolak  kepentingan bangsa. Tambahan, bangsa itu rata-ratanya beragama Islam dan menjadi tonggak kekuatan Islam di realiti setempat mereka. Ulama’ terlanjur baik ini tidak pula merujuk kepada tokoh besar  sosiologi dan siasah Islam lampau seperti Ibnu Khaldun yang secara jelas mengiktiraf kepentingan kaum pendokong kuasa politik Islam.     

Salah faham ini tragis dan amat merugikan hingga nasib bangsa Melayu makin terancam dan kekuatan politik Islam yang ada pada bangsa Melayu menjadi terhakis. Salah faham ini juga membuat ahli politik dan pengikut-pengikut mereka berpecah-belah dan sukar dapat bersatu atau sekurang-kurangnya bersepakat untuk mempertahankan kaum bangsa ini. Pengikut ulama’ yang minda tertutup serta orang-orang Melayu yang lain terus sepi dan tidak merasa bertanggungjawab untuk pertahankan saki-baki hak mereka yang tinggal sedikit di bumi mereka sendiri.

Aduhai! Malang sungguh nasib bangsa Melayu yang pernah tersohor di dunia dan begitu banyak berjasa mendokong Islam suatu masa dahulu. Sudah jatuh ditimpa tangga. Bilakah agaknya ulama’ terutama ulama’ politik partisan itu akan membuka minda dan sedar akan kesilapan mereka? Atau terus mendokong politik perbalahan sesama umat Islam sehingga nasi sudah menjadi bubur, kuasa sudah tergadai baru mereka mahu sedar daripada kesilapan? Tragis dulu, apabila kerajaan Islam Melayu Melaka jatuh akibat permusuhan dalaman, kaum Melayu menanggung derita melarat kehinaan  sehingga lebih 500 tahun. Ketika itu tangisan darah tidak berguna lagi. Kesannya kita tanggung sehingga hari ini. 

Kini tragis lagi!

Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden ISMA

Comments

Anonymous said…
Saya tahu seorang anak perempuan Nik Ajis berkerja menjadi guru di SMKDU satu ketika dulu.Murid beliau termasuklah anak saya merungut ,cara beliau mengajar lemah dan tidak menarik minat.Cuba minta Nik Aziz semak balik macam mana anak beliau dapat bekerja sebagai guru,adakah kerana bangsanya atau kerana kebolehannya?.Rasanya kalau beliau sseorang bukan Melayu,tobat laham tak dapat jadi guru tu,kerana tak berbakat pun.Masuk IPTA pun belum tentu berjaya.
tobeng said…
Penyelewengan maksud assobiyah oleh pas ini sudah mendarah-daging dikalangan orang Melayu yg cetek kefahaman agama.Akhirnya wujud begitu ramai species2 malu jadi Melayu seperti nik ajis dan kuncu2nya di bumi Melayu ini.

Assobiyah tidak tertakluk kepada bangsa saja.Pas lupa atau pura2 buta, assobiyah kepada parti lebih teruk dan hina dari assobiyah kepada bangsa sendiri.

Assobiyah kata akarnya taksub.Agak2 siapa/puak mana yg sebenarnya sinonim dengan taksub ni?
Surrhead said…
apa la anon 5:09 PM.....bila kamu komen mcm tu, nampak sgt kaum lain di negara ini ditindas. BTW, mungkin anak kamu terpengaruh dgn tabiat kamu yg selalu kutuk TGNA, itu yg dia pun bergendang skali dgn kamu.....
Anonymous said…
awk yg xbetul.. tgna.meme menyelewengkn maksud asobiah sdgkn parti paslah yg bapak asobiah... pi belajo apa maksud asobiyah dulu bru bole komen
Anonymous said…
sbnr ne tgna bencikan umno sbb tu dia alergik dgr perkataan melayu pd umno. maka apa yg umno buat semuanya asobiyah sbb ada perkataan melayu. sdgkn dia sndiri berbangsa melayu. kaedah menyeleweng dia ni mnyebbkn dia sndiri xhormat melayu. patut dia malu jdi melayu..
mae said…
nik aziz menidakkan firman Allah bahawa Allah menjadikan manusia berbabgsa dan bersuku-suku. Tidak ada 'bangsa Islam' dalam Quran dan hadith.
Anonymous said…
OI anon 5.09pm, JGN. nak MENYAMAQlah! lu punya ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red BeanBANGKAI-CELAKA aaahh?! KURANG AJAQ lu hina BUMIPUTERA Melayu!

PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANGsi KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-CELAKA-si-RASIS-no-1!
Anonymous said…
Hendaklah kamu berbuat kebajikan.
Anonymous said…
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri. Macamana nik ajis tak ada kaum?
Anonymous said…
Setuju nik aziz bodoh
Anonymous said…
Melayu adalah bangsa yang sabar, bertimbang rasa dan bertoleransi. Ramai yang kagum dengan sifat dan sikap Melayu. Arab pun kagum dengan bangsa Melayu. Tapi ada kaum Cadbury yang ambil kesempatan di atas budi baik bangsa Melayu umpama paku Belanda. Sial betul cadbury2 ni.

Ni ada pulak mangkuk sekor yang perasan nak jadi Arab.
Anonymous said…
Melayu????kah..kah..kah...pimpinan atasan yg kaya raya...yg kt bwh mcm kita ni perit......hidup melayu...pimpinan atasan kaya raya...x pe...kita kt bwh ni susah..janji melayu pimpinan atasan kaya raya...melayu???kah..kah...skandal terbaru uitm pe cer?adek sharizat ngn pimpinan jati dpt kontrak lumayan?betul ke???kah...kah...hidup melayu..
.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID