Gereja Berpendapat Larangan Guna Kalimah Allah Hanya Untuk Herald Tidak Untuk Al-kitab.


Sebarang percubaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam apa-apa bentuk media boleh ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mengacau bilau serta menjejaskan keharmonian masyarakat di Malaysia.

Pengamal Undang-undang Encik Azril Mohd Amin berkata, pendirian pihak gereja untuk terus menggunakan kalimah Allah kecuali dalam The Herald adalah bertentangan dengan kehendak dan semangat Perkara 11(4) Perlembagaan.

Mahkamah Persekutuan mengikut sebagaimana yang telah diputuskan Mahkamah Rayuan iaitu budi bicara oleh Menteri Dalam Negeri didapati secara objektifnya adalah betul.

“Benar penghakiman itu secara khusus hanyalah untuk penerbitan Herald sahaja.


“Walau bagaimanapun, Majlis Gereja-Gereja dan penganut Kristian perlu mengambil iktibar bahawa pengunaan perkataan Allah untuk merujuk terjemahan ‘God’ sebagai Tuhan dalam agama Kristian adalah menjadi perkara sensitif kepada umat Islam.

“Ianya boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan umat Islam,” katanya.

Semalam, Persekutuan Kristian Malaysia menegaskan bahawa masyarakat Kristian akan terus menggunakan kalimah “Allah” kecuali dalam penerbitan Katolik The Herald selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Gereja Katolik untuk mendapat kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam ‘The Herald’.

Tegas Encik Azril, kenyataan bersifat provokasi sebegitu ternyata bertujuan menghina dan berisiko mengundang tindak balas umat Islam terhadap pihak gereja.

“Mereka perlu maklum, di peringkat Mahkamah Rayuan, hakim telah menegaskan bahawa perkataan Allah tidak merupakan sebahagian daripada pengajaran Katolik.

“Jika gereja berkeras untuk menggunakan perkataan Allah, maka Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mempunyai banyak hujah untuk memihak kepada umat Islam,” ujar beliau ketika dihubungi ISMAweb.

Comments

Anonymous said…
MCB. Sokonglah kerajaan flip flop untuk meneruskan kekayaan pemimpin be end, kroni serta keturunannya..

Rakyat cukup makan brimmm dah ler.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID