Azmin Guna Laluan Belakang Untuk Jadi MB, Singkirkan Wan Azizah...


DAP tahu dan dapat menjangkakan, DYMM Sultan Selangor berkemungkinan besar tidak akan menerima nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor. Baginda sebaliknya akan memilih calon yang lain. Memandangkan PKR hanya menyediakan satu nama sahaja, iaitu Wan Azizah atas nasihat peguam-peguam DAP, nama Azmin Ali tersorok dan hanya akan muncul apabila Wan Azizah ditolak. 

Ditambah pula dengan sokongan daripada PAS kepada Azmin Ali, mengukuhkan lagi kedudukan Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar berbanding Wan Azizah. 

DAP dari awal lagi mahukan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, bukannya Wan Azizah. Kompromi dan konspirasi yang dijalankan antara kedua-duanya, memberikan banyak kelebihan kepada DAP jikalau Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. 

Dalam kompromi itu, Azmin Ali telah bersetuju untuk memberikan seberapa banyak kuasa dalam Majlis Kerajaan Tempatan (PBT) khususnya di Kelang, Petaling Jaya, Subang dan Kajang.

DAP juga mendapat tambahan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Lebih daripada itu, Azmin Ali juga bersetuju untuk melantik salah seorang ADUN DAP Selangor ke jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor. DAP juga akan diberikan kuasa untuk menggubal Enakmen Agama yang mempunyai kepentingan DAP serta kuasa yang lebih besar untuk mengukuhkan sekolah-sekolah vernakular, khususnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di seluruh Selangor yang menggunapakai peruntukan serta dana kerajaan negeri sepenuhnya. klik sini

Comments

Anonymous said…
Pas tanggung dosa melantik orang munafik sebagai pemimpin. Dah ada video sebagai bukti dan pengakuan ibu sendiri yang melihat anak sebagai derhaka.

Anonymous said…
Artikel yang tidak berdasarkan fakta dan bukti konkrit dan bernas. Harus dibakul sampahkan.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID