Perpecahan Dalam PAS, Khalid Samad Salahkan Polis Cawangan Khas "SB"

Pemimpin PAS Khalid Samad memberi amaran hari ini mengenai munculnya 'golongan baru' dalam parti itu yang mahu ia meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan mewujudkan jenama Islam yang lebih 'eksklusif' dan fahaman 'chauvanis-Islam'.

Melalui blognya, ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, berdasarkan pengalaman berada dalam PAS lebih 30 tahun, beliau melihat PAS sedang berdepan "masalah dalaman yang agak kronik yang  tidak pernah dihadapi sebelum ini".

Katanya, kumpulan itu dipercayai muncul lewat 1990-an dan awal 2000 dan kemungkinan di kalangan pegawai cawangan khas (SB) yang menyusup dalam PAS sejak 1980-an.


"Kalau golongan baru ini bukan SB sekalipun, mereka merupakan orang yang mahu merungkai kembali segala yang dibina PAS selama ini.

"Dengan itu akan hilang segala yang tercapai sekian lama, termasuk kejayaan PAS menzahirkan corak politik Islam yang berprinsip, bersih, adil dan bebas perkauman," katanya.

Beliau kemudiannya memberitahu The Malaysian Insider, kumpulan ini lebih chauvanis daripada kumpulan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

"Mereka mahu tukarkan parti ini menjadi lebih eksklusif dan mahu menyisihkan golongan profesional dalam PAS," katanya.

Dalam tulisannya, Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata matlamat di sebalik strategi yang sedang dilaksanakan golongan baru itu ialah menukar pendekatan inklusif yang diguna pakai PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama dengan "pendekatan yang lebih syadid dan tertutup".

Katanya, bagi mencapai matlamat itu, beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka yang beliau namakan strategi ‘Langgar Golongan Profesional’.

Beliau menyenaraikan 3 langkah yang diambil golongan itu, pertama menaikkan panji 'kepimpinan ulama' yang tafsirannya terpesong daripada kefahaman asal; kedua menyerang pimpinan lama yang khususnya golongan profesional yang pro-PR; dan ketiga menyerang rakan dalam PR iaitu PKR dan DAP.

Katanya, matlamat asal penubuhan Majlis Syura Ulama ialah memantau perjalanan parti bagi menentukan ia tidak terkeluar landasan syariat, tetapi golongan baru itu membawa fahaman yang lebih mirip pendekatan 'Theocracy Barat'.

"Yang bergelar ulama (sebenarnya ustaz) perlu diberikan jawatan dan kedudukan walaupun mereka sendiri tidak begitu mahir dalam bidang yang ingin ditugaskan kepada mereka.

"Ia menyempitkan ruang keterlibatan semua pihak dan dengan sendirinya cogankata ‘gandingan ulama dan profesional’ sudah lama tidak kedengaran," katanya merujuk fahaman yang dibawa golongan baru itu.

Khalid berkata, pada masa yang sama, kumpulan itu juga mahu merosakkan hubungan rapat antara profesional dan ulama dalam parti dengan memasukkan "jarum syak" di kalangan ulama terhadap profesional.

"Dengan menggunakan emosi dan sentimen, harapan mereka adalah pimpinan sasaran mereka ditolak ahli PAS," katanya.

Golongan ini melabel pimpinan sasaran mereka ini liberal, tidak wala' pada presiden, menentang ulama dan lebih wala’ pada PR/PKR, katanya.

"Pimpinan sasaran mereka terdiri daripada golongan profesional yang kuat menyokong pendekatan tahalluf siyaasi dan kerjasama melalui PR,” katanya.

Khalid mendakwa, dengan menyerang PKR dan DAP, mereka kelihatan lebih lunak dan mesra terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kumpulan ini berselindung di sebalik slogan seperti ‘cintakan presiden, cintakan ulama’.

Khalid berkata, objektif mereka ialah memastikan PAS tinggalkan PR, tetapi beliau tidak pasti sama ada mereka mahu PAS bersama dengan Umno atau bersendirian.

"Apa yang jelas, mereka ingin PAS tinggalkan PR dan dengan itu, secara sedar atau tidak sedar, Umno/BN akan kembali bernafas lega.

"Igauan Umno selama ini akan berakhir. Ini kerana yang mampu mengalahkan Umno/BN setakat ini hanya PR. Oleh itu sesiapa saja yang berusaha menggagalkan PR sebenarnya membantu Umno/BN," katanya. 

Comments

Anonymous said…
bukan pas yang menjahanamkan umno tapi pr yang dikepalai oleh dap.. pkr hanya pak turut dan pas adalah balaci atau alas kaki dap... pkr masih boleh dapat apa yang dia nak tapi pas akur dan angok aja ..barula ni pas terhantuk dan mendongak baru dia sedar siapa dia?
Anonymous said…
Alah, Khalig gereja ni hanya syok sendiri tulis artikel tu. Sebelum ni pun puak-puak PR kata UMNO menang pilihanraya kerana pengundi hantu, tipu undi, tapi sampai sekarang mereka tak dapat buktikan dakwaan mereka tu. Kini Khalid Gereja nak jadikan UMNO sebagai kambing hitam atas apa yang berlaku dalam krisis parti komponen PR tu pulak.

Tak payah cari alasan la Khalid Gereja, rakyat semakin cerdik, bukannya bododh hanya ikut telunjuk pemimpin taik dalam PR tu je...
Anonymous said…
Apa guna berada dalam PR kalau hanya jadi alas kaki ! Kalau kita berjuang untuk agama,bangsa dan negara,kita tidak akan sanggup jadi lembu d cucuk hidung selama-lamanya.
Ada sesetengah orang tu konon jadi pemimpin untuk rakyat,hakikatnya dia jadikan parti sebagai batu loncatan untuk cari makan.Isi tembolok anak beranak dengan konon memperjuangkan nasib rakyat.Dulu boleh , sekarang orang kampung dah tahu .

Sudahlah tu, jangan jual temberang lagi.

By;Cikgu"S"
Anonymous said…
Yang marah sgt kat umno ni adalah golongan professional dalam pas sendiri. Sebab nakkan kuasa kebendaan. Mereka dulukan kehancuran umno sebelum nak mertabatkan agama. Sebab tu kalau sahabat mereka menentang syariat islam mereka boleh bertoleransi semata2 nak hancurkan umno. Mereka yakin syariat islam itu boleh ditegakkan selepas umno hancur.

Mereka dah diberi peluang di pulau pinang dan selangor. Tetapi kenapa masih tunggu umno hancur baru nak angkat islam? Kenapa x hancurkan MCA/ MIC dan lain2? Tak sedarkah mereka bahawasanya lagi kuat pakatan rakyat bermakna islam itu akan semakin lemah? Kekuatan islam dalam pemerintahan PR hanya boleh dilihat pada institusi masjid sahaja. Tapi tidak pada pandangan penganut agama lain. Kita boleh lihat sendiri tindakan2 oleh bar council, langsung xda unsur syariah. Sekarg ni akta hasutan pula nak dimansuhkan tanpa ada rujukan kepada undang2 syariah. Sedangkan dlm islam kerja fitnah itu dosanya amatlah berat. Hasutan itu merupakan satu cabang fitnah. Kesimpulannya, mereka hanya mahu lihat negara ini hancur dulu (kaedah yahudi). Dan mereka yakin islam itu boleh ditegakkan kemudian.

Ya, kita yakin islam itu akan lebih hebat di masjid2 semasa pemerintahan PR kelak. Tp setakat tu je. Mcm kt penang dgn sgpore. Kat selangor pun sama, penceramah sekarang senang cari makan. Tapi tempat maksiat makin bertambah.
Anonymous said…
Teori yang paling bodoh dan tidak masuk akal... kan lebih bagus kalau Khalid Samad katakan bahawa Nik Ajis dan Awang Hadi merupakan Polis Cawangan Khas SB dan sedang menghuru hara PR. Tidak payah lah nak berselindung dan menyalahkan orang lain.
Anonymous said…
Sebenarnya orang yang pro ANWAR seperti Khalid yang merosakkan PAS...mereka inilah yang mengikut telunjuk Anwar dan DAP...ramai penyokong ANWAR yang telah masuk PAS setelah ANWAR disingkirkan dari UMNO
Anonymous said…
Sebenarnya orang yang pro ANWAR seperti Khalid yang merosakkan PAS...mereka inilah yang mengikut telunjuk Anwar dan DAP...ramai penyokong ANWAR yang telah masuk PAS setelah ANWAR disingkirkan dari UMNO
Anonymous said…
kata albangi depa tu datang dari irc@jim...

sasaran mereka bukan sekadar menguasai pas malahan mahu menguasai semua parti yang majoriti malayu termasuklah umno...

cuma yang dalam umno belum lagi menonjolkan diri...

hat yang dalam pas ni pun tertonjol akibat dikocak Hj Hadi!

Hj Hadi kan pandai menjala...

hangpa jangan main-main sama orang tua tu...

sekilat ikan di air dia sudah tahu yang mana jantan yang mana betina...

tang mana lubuk ikan tang mana lubuk udang tang mana lubuk buaya pun dia buleh tahu.
Anonymous said…
Si mamat-disyaki-puak SODOM ni -tengok muka pun, KOTOR saja! Baiklah yg. KOTOR mcm. ni BERAMBOS dari PAS - kerana perangai lu yg. mcm. ANJING-KURAPlah yg. MENJAHANAMkan PAS! MENJIJIKkan saja!

Macik Sambal Belacan.
Anonymous said…
Bersetongkol dengan DSAI memanglah Pas jadi jahanam.Pas elok aje perintah negeri kelantan,apa sebab nak wujud teori tak berasas langsung,Tahaluf siyasi dlm konteks yang mana satu,kesatuan ummah dan bekerjasama dgn pehak lain utk menentang musuh atau hanya utk kepartian.Kenyataannya sekarang,umat islam kian berpecah.
Anonymous said…
Dokumen langkah kajang yang sebenarnya akan memusnahkan krebiliti sebuah parti Pas,berimej islam yang bekerjasama dengan PR.Kesannya, drpd dokumen tersebut,jika di laksana akan menyebabkan ketidaktentuan indeks BSKL,nilai matawang ringgit menjadi susut dan di perdagangkan akan menjejaskan rezeki kaum pekerja dan melemahkan pertumbuhan ekonomi dlm negara yang mengakibatkan hutang isi rumah meningkat di sebabkan nilai mata blr meroket.Kadar inflasi mencanak.Penyakit sosial menjadi masaalah terbesar dlm negara.Lambakan hartanah kediaman,kedai akibat di sita oleh pehak bank akibat tidak mampu membayar ansuran bulanan akibat dari krisis matawang ringgit.Ramai yang akan menjadi gila dan miskin Persoalannya,adakah islam membenarkan kita menzalimi kehidupan orang lain?
Anonymous said…
Khalid samad ni menang dulu pon bukan sbb dia hebat... tapi sebab persepsi rakyat yg dibakar utk anti umno. Hujah2 dia pon guna otak kat lutut... nak komen pon buang masa.
Anonymous said…
Khalid ni pandai berpura-pura innocent!
ucop said…
Apa yg kau merepek ni "khalid"...kamu saudara sesama islam, insaflah bertaubatlah selagi msh ada waktu jgnlah pecahbelahkan org islam...tak takut/percaya neraka ke...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID